Sunday, November 21, 2010

SEMINAR KESUKARELAAN.

LAPORAN RINGKAS SEMINAR:

Lokasi seminar di KDM (Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan amat sesuai dan memenuhi keperluan kemudahan berkaitan.

Seminar berjalan lancar sebagaimana aturcara dijdualkan bertujuan memasyarakatkan semangat kesukarelaan di kalangan anggota masyarakat khasnya golongan muda selaku pewaris kepada badan-badan NGO yang banyak di seluruh pelusuk negara.

Amatlah diharapkan akan lebih banyak orang menyertai badan-badan sukarela bergelar SUKARELAWAN baik semasa aman dan ketika dilanda bencana atau kecelakaan.

Tuan Hj Ismail Nihat selaku YDP PSK telah menyampaikan ucapan aluan kehadiran para peserta untuk sehari suntuk dari pagi hingga petang mengikuti pembentangan kertas kerja / ceramah mengikut bidang berkenaan.

En Muthusamy Suppiah selaku National Cooradinator –SGP GEF UNDP telah menekankan peranan organisasi diwakilinya dalam menyalurkan bantuan dana membiayai program/projek/aktiviti berkaitan dengan pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia dengan syarat NGO berkaitan adalah berdaftar dan memenuhi kreteria diperlukan.

Berikunya En Amran Talib seorang sukarelawan telah menyampaikan ceramah “Gerakan Kesukarelaan” serta berkongsi pengalamannya membuka minda para peserta tentang keperluan melibatkan diri sebagai sukarelawan bersemangat kesukarelaan untuk faedah masyarakat dan diri sendiri.

PSK diwakili oleh Bendahari (Hj Mohd Shari Md Pilus) pula menyampaikan ceramah “Kesukarelaan PSK” berdasarkan penglibatan PSK dalam program / aktiviti senjak ditubuhkan dan daftarkan tahun 2003 hingga sekarang.

Para peserta dibawa meneroka perjalanan PSK - sejarah pembentukan diilhamkan oleh Mendiang Bisan Singh yang menjadi YDP pertama 2003 – 2006 dan diambil alih oleh Alllahyarham En Mohamad Nor Ismail YDP kedua 2006 – 2010.

Kedua-dua YDP pertama dan kedua PSK telah meninggal dunia semasa masih memegang jawatan YDP. Kini YDP ketiga PSK disambung oleh Tuan Hj Ismail Nihat.

Jawatankuasa PSK semasa sesi 2010-2011 tetap meneruskan plan tindakan senjak era YDP pertama berterusan hingga kini dengan penekanan kepada “20 Program / Aktiviti “ teras dan bolehubah ikut perkembangan semasa. PSK menekankan kepada jaringan / hubungan baik yang mesti diujudkan dengan jabatan / agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu bertanggungjawab berkenaan untuk kelicinan pelaksanaan aktiviti / program.

Seminar Kesukarelaan PSK kali ini bertuah kerana turut dihadari oleh Tuan Nik Ismail b Nik Wan Haron (Timbalan Pengarah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang dengan penyampaian ceramah tajuk “Kesukarelaan”.

Selepas rehat makan tengahari / solat, perbincangan dalam bengkel ikut kelompok peserta diadakan dan diakhiri dengan pembentangan hasil bengkel kelompok masing-masing yang berfokus kepada Program / Aktiviti Kempen Pemeliharaan / Selamatkan Sungai kuantan @ KRCC”.

Adalah diharapkan dengan input dari sudut pandangan dan pengalaman wakil-wakil coordinator, individu sukarelawan, Jabatan Belia & Sukan dan juga PSK selaku NGO berdaftar aktif telah melengkapkan pesepsi positif para peserta untuk turut bersama sebagai sukarelawan bersemangat kesukarelaan.

Kesediaan para peserta untuk tamatkan seminar jam 5.20 petang sebelum minum petang dan bersurai adalah petanda baik yang positif untuk gerakan kesukarelaan di Kuantan.

Terima kasih kepada semua telibat dan para peserta & peceramah yang hadir .
Mohon banyak maaf atas sebarang kelemahan & kekurangan dalam pengendalian seminar sehari tersebut.

Laporan oleh:
Bendahari PSK
26.11.2010.


RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR SEMINAR
Tarikh : 20 NOVEMBER 2010 ( sabtu )
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang



Backdrops ..SEMINAR

Gambar sebahagian peserta bersama-sama para penceramah..

YDP PSK Tn Hj Ismail Nihat ...ucapan aluan

En Muthusamy Suppiah..SGP GEF National Coordinator ...."Peranan SGP GEF UNDP"

En Amran Talib .."Gerakan Kesukarelaan"

Tn Hj Mohd Shari Md Pilus..Bendahari PSK.."Kesukarelaan PSK"

En Nik Ismail bin Nik Wan Haron (Timbalan Pengarah - jabatan Belia & Sukan Pahang) ..."Kesukarelaan"

En muthusamy Suppiah...ikut serta ceramah-ceramah disampaikan.

Rehat / Makan tengahari...

Rehar / Makan tengahari....

Perbincangan / penulisan hasil bengkel kumpulan..."Aktiviti/Program KRCC"

Perbincangan / penulisan hasil bengkel kumpulan..."Aktiviti/Program KRCC"

Perbincangan / penulisan hasil bengkel kumpulan..."Aktiviti/Program KRCC"

Pembentang Hasil bengkel.....oleh wakil peserta.

Pembentang Hasil bengkel.....oleh wakil peserta.

En Amran & Cik Wati ..sukarelawan PSK ..fasilitator bengkel

Thursday, October 28, 2010

SGP TRAINING WORKSHOP TAHUN 2010

SGP Training Workshop pada 25 – 26 Oktober 2010 bertempat di Shah’s Village Hotel, Petaling Jaya, Selangor dihadiri oleh wakil-wakil seluruh Malaysia mewakili semua penerima @ Grantee dana sumbangan GEF-SGP-UNDP di lokasi masing-masing.

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) selaku ‘Grantee’ bagi projek ‘Kuantan River Care Campaign’ (KRCC) / Kempen Selamatkan/ Memelihara Sungai Kuantan untuk tempoh tahun 2010 hingga 2012 ikut serta diwakili oleh Cik Salawati bt Makhtar

Selain PSK, SUSDEN @ Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia yang beribu pejabat di Kuantan selaku ‘Grantee’ bagi Projek ‘Empowering Local Communities to Document their Knowledge and Actively Participate in the Current Management / Restoration Planning Process of Tasik Chini’ untuk tempoh tahun 2010 hingga 2012 telah diwakili oleh Pn Hjh Rohani Mohamed.

Tempoh dua hari 25 & 26 Oktober 2010 telah dimanfaatkan dalam penekanan peranan GEF-SGP-UNDP selaku penyumbang dana dan kesemua ‘Grantee’ yang menerima dana sumbangan mengikut projek yang dipersetujui secara dua hala melalui MOA yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak terlibat.

Semua wakil ‘Grantee’ telah diperjelaskan tentang isi kandung MOA yang dipersetujui – kefahaman tentang frasa penting MOA, tanggungjawab ‘Grantee’ dan kesan kegagalan mematuhi MOA.

Semua peserta dipandu bagaimana untuk menyediakan pelaporan pelaksanaan (progress report) sepertimana garis panduan lampiran kepada MAO termasuk format & kandungan laporan kewangan.

SGP Training Workshop secara tidaklangsung telah membantu menemukan kesemua ‘Grantee’ yang meryertai yang tidak mungkin berlaku andainya program workshop tersebut tidak diadakan. Perkongsian pengalaman bersama akan banyak membantu penambahbaikan atas sebarang kekurangan / kelemahan pengurusan projek berkaitan.

Rakaman setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penganjur serta diharapkan program seperti ini akan diteruskan lagi mengikut kesesuaian oleh pihak penganjur demi kemantapan semua ‘Grantee’.

Laporan oleh:
Bendahari PSK
28.10.2010.

Sunday, October 17, 2010

BENGKEL KONSULTASI MASYARAKAT - KRCC


Dari Kiri...En Puzi wakili JPS kuantan, En Wan Azan pengerusi/pengacara Majlis, en Zulkifli wakili YDP MPK dan Tn Hj Ismail Nihat YDP PSK.

Para peserta berbincang dalam kumpulan bengkel masing-masing...

Para peserta berbincang dalam kumpulan bengkel masing-masing...

En Gopinath Nadaraj (Fanli Marine And Consultancy Sdn bhd)




BENGKEL KONSULTASI MASYARAKAT
KEMPEN SELAMATKAN SUNGAI KUANTAN (KRCC)

Tarikh :02 OKTOBER 2010 (Sabtu)
Masa : 8.30 pg – 2.00 ptg
Tempat : Hotel Megaview, Kuantan, Pahang

Pengendalian majlis “Bengkel Konsultasi Masyarakat Kempen Selamatkan Sungai Kuantan” telah disempurnakan seperti dirancang.

Para peserta dan hadirin disediakan minum pagi sebaik selepas sesi pendaftaran kehadiran yang dikuti dengan Taklimat tentang kempen dan bengkel oleh Yang DiPertua PSK (Tn Haji Ismail Nihat).

Tuan Hj Mohd Puzi dari Jabatan Perparitan & Saliran (JPS) Kuantan telah berkongsi maklumat tentang Sungai Kuantan melalui Tayangan Slide bagi lebih menjelaskan keadaan Sungai Kuantan kepada para peserta.

Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk berbincang dalam kumpulan masing-masing dan hasil perbincangan dibentangkan sebagai hasil kerja kumpulan masing-masing:
(a) Kumpulan 1 : Mewakili Tanjung Api / taman Gelora
(b) Kumpulan 2 : Mewakili Tanah Putih / Muara Sungai

Encik Gopinath Nadaraj dari Fanli Marine And Consultancy Sdn Bhd telah membentangkan kertas kerja berkaitan.

Maklumat yang dikongsikan oleh JPS melalui Tuan Hj Puzi dan Fanli Marine And Consultancy Sdn Bhd melalui En Gopinath Nadaraj telah banyak membantu merancakkan perbincangan kedua-dua kumpulan bengkel yang diwujudkan.

Kedua-dua kumpulan bengkel telah merumuskan LIMA resolusi berkaitan supaya pemuliharaan Sungai Kuantan dapat dijalankan sebaik mungkin dan meminimakan kesan pencemaran dengan merujuk kepada punca pencemaran itu sendiri seperti berikut:
(a) Kilang-Kilang
(b) Penempatan / Kediaman
(c) Peniaga / Gerai / Warung
(d) Nelayan
(e) Penduduk / Warga Setempat sekitar sungai.
(f) Cadangan-cadangan lain termasuk saranan adakan:
(i) Rizab Sungai (50 meter)
(ii) Aktiviti kesedaran
(iii) Kempen berterusan

Dengan sambutan dan penyertaan menggalakan para peserta BENGKEL KONSULTASI MASYARAKAT Kempen Selamatkan Sungai Kuantan dengan Majlis Perbandaran Kuantan selaku PBT bertanggungjawab serta komitmen JPS Kuantan dan agensi-agensi lain secara bersepadu, adalah diyakini usaha murni kita Persatuan Sejahtera Kuantan selaku NGO yang dibiayai oleh GEF-SGP-UNDP akan mencapai matlamat dihasratkan.

Pihak Persatuan Sejahtera Kuantan akan melaksanakan sedaya upaya segala perancangan yang telah dipersetujui sebelum ini antara pihak PSK dan GEF-SGP-UNDP akan mencapai tahap terbaik. Dalam melaksanakan amanah tersebut PSK sentiasa berkerjasama dengan semua pihak berkenaan agensi & jabatan kerajaan dan NGO yang sudi bersama.

Majlis Konsultasi Masyarakat tersebut telah diakhiri dengan jamuan makan tengahari.

PSK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan,Pengerusi majlis, Para pembentang kertas Kerja, para peserta, Pengurusan Megaview Hotel kuantan dan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung menyumbang kepada kejayaan BENGKEL KONSULTASI MASYARAKAT pada 02 OKTOBER 2010 (SABTU).

Tidak lupa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan GEF-SGP-UNDP mengamanahkan kepada Pesratuan Sejahtera Kuantan (PSK) dengan membiayai peruntukan Kempen Selamatkan Sungai Kuantan. Semoga kerjasama irat ini akan berterusan.


Laporan:
Bendahari PSK.

Saturday, August 14, 2010

PELANCARAN KEMPEN MEMELIHARA SUNGAI KUANTAN @ KRCC (KUANTAN RIVER CARE CAMPAIGN)

BROCHURE SEMPENA PELANCARAN KEMPEN
(Versi BM & Versi Bahasa Inggeris)


(versi B.Inggeris)

(versi B.Inggeris)

(versi BM)

(Versi BM)

SUNGAI KITA KHAZANAH BERSAMA

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) secara rasmi telah melancarkan Kempen memelihara Sungai Kuantan @ KRCC pada 31 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Pinang Majestic, Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan.

Pelancaran rasmi kempen disempurnakan oleh Presiden PSK mewakili Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan yang tidak dapat hadir.

Presiden PSK telah mengimbau kembali sejarah penglibatan PSK dalam memelihara sungai Kuantan pada 20 Mac 2005 sempena Hari Air Sedunia yang bertujuan meningkatkan kesedaran, pendidikan dan penglibatan masyarakat tempatan dalam pemeliharaan Sungai kuantan serta menghargai kepentingan sungai.

Sungai Kuantan adalah antara lambang sejarah bandar Kuantan sendiri. Sungai ini memainkan peranan penting dalam petempatan awal bandar Kuantan hinggalah menjadi sebuah bandar penting selaku Ibu Negeri Pahang.

Sungai kuantan adalah khazanah bersama kita yang menjadi tanggungjawab seluruh warga Kuantan baik secara individu, pihak Majlis Perbandaran Kuantan, Kerajaan Negeri, Jabatan & Agensi Kerajaan berkaitan dan semua NGO tanpa kecuali.

Projek ini adalah inisiatif ke arah mengukuhkan lagi kempen rasmi ini. Proses melibatkan semua masyarakat serta pentadbiran tempatan bagi membangkitkan semula pemahaman bagaimana ekosistem sungai perlu diurus. Semua warga Kuantan adalah kunci kepada kejayaan mengekalkan sungai dan persekitaran yang sihat.

PSK amat berterima kasih kepada Global Environment Facility/Small Grants Programme (GEF/SGP) kerana kepercayaan menjadi rakan kongsi menjayakan Kempen Memelihara Sungai Kuantan @ KRCC kali ini.

PSK juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada RTM melalui Radio Pahang FM dan akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang melaporkan majlis pelancaran tersebut.

Broucher berkaitan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah dicetak untuk edaran sempena pelancaran rasmi kempen tersebut.

Mendiang Bishan Singh, AMN., JP (1944 -2006) selaku pengasas Persatuan Sejahtera Kuantan mengingatkan “ We are part of the problem, We are also part of the solution”.

Kitalah baik individu mahu pun jabatan, agensi dan NGO tanpa kecuali melibatkan diri dalam menjayakan usaha murni “Kempen Memelihara Sungai Kuantan @ KRCC”

catatan oleh:
Bendahari PSK.

Thursday, August 5, 2010

KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK PSK SESI 2010/2011 PADA AGM KALI KE 07 (31.07.2010) DI MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

SENARAI JAWATANKUASA BAGI SESI 2010/2011

1. YANG DIPERTUA
TUAN HJ ISMAIL BIN NIHAT

2. TIM. YANG DIPERTUA
EN. USOLLUDIN BIN ARIPPIN

3. SETIAUSAHA
PN HJH ROHANI MOHAMED

4. PEN. SETIAUSAHA
PN. HJH RAMLAH BT HJ MMOHAMAD

5. BENDAHARI
EN MOHD SHARI MD PILUS

6. AHLI-AHLI JAWATANKUASA

(I) PN PN HJH AESHAH BT SAID
(II) PN VIJAYA P. NAIR
(III) PN WONG CHOO CHING
( IV) EN NIK AMERAN BIN NIK SOH
(V) EN. KASINADAN PERUMAL
(VI) TUAN HJ MOHD BASRI BIN HUSAIN
(VII) PN HAMIDAH ALUS

JURUAUDIT:

1. EN LIM CHAY KOK @ CHARLES
2. PN S. SUSHILA

TAHNIAH ATAS PEMILIHAN DAN KESANGGUPAN MENERIMA AMANAH
SEBAGAI JAWATANKUASA PENTADBIR SESI 2010/2011

DIHARAPKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN AJK DAPAT DIGEMBLENG
DALAM MEMANTAPKAN PSK SEBAGAI KESINAMBUNGAN
KEPADA PENTADBIRAN SESI YANG DAHULU.

KEPADA SEMUA AJK YANG PERNAH MENABUR BAKTI
BERKHIDMAT SEBAGAI AJK SESI-SESI DAHULU,
KAMI MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH
DAN BERSAMALAH KITA SEBAGAI AHLI PSK
BERKHIDMAT KEPADA PSK DAN SELURUH WARGA KUANTAN.

Wednesday, July 14, 2010

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN WANITA


BACKDROP PROGRAM....

CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH JAIP...

CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH KSH....

CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH IPD KUANTAN...

SEBAHAGIAN PESERTA GAMBAR BERAMAI...termasuk Pn Hjh Rohani (SU PSK)

SEBAHAGIAN PESERTA PROGRAM.. Cik Salawati dari PSK (kanan)

PARA PESERTA SERTAI EXERCISES 'GERAK BADAN' ....Oleh KSH

Tarikh: 13 Julai 2010 ( Selasa)
Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Bilik Seminar, Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan.

Selepas pendaftaran peserta dan taklimat perjalanan program, pogram dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.
Tiga Ceramah telah disampaikan oleh para penceramah yang pakar dalam bidang berkaitan:
CERAMAH SATU:
“Isu-Isu Keselamatn Wanita (City Survival)”
Oleh ASP Raja Maznah bt Raja Ghazali
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD Kuantan)

CERAMAH DUA:
“Osteoporosis dan Rheumatiod Arthrotis”
Oleh Fisiotraphi Dr Sharifah Nadiah bt Sy Md Saifudin
Hospital Pakar Kuantan (KSH)

CERAMAH TIGA:
“Amalan-Amalan Melindungi Diri Wanita”
Oleh Ustaz Badlishah bin Alaudin
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Semua pesrta seminar adalah kaum wanita meliputi semua lapisan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan, wakil-wakil NGO dan orang perseorangan telah banyak mendapat manfaat sepanjang mengikuti proram tersebut.

Fokus ketiga-tiga ceramah adalah menjurus kepada kesejahteraan kaum wanita dalam menghadapi kehidupan harian masa kini mencakupi hal keselamatan diri & keluarga, penjagaan kesihatan dan suntikan amalan mengikut sudut Islam.

PersatuanSejahtera Kuantan telah menghantar wakil-wakil terdiri daripada Pn Hjh Rohani, Pn Rosdah dan Cik Salawati.

PSK merakamkan berbanyak terima kasih kepada MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) selaku penganjur program.

Laporan oleh: Bendahari PSK
Tarikh:14.07.2010

Friday, June 4, 2010

PINDAH RUANG PEJABAT & PETUGAS SUKARELAWAN BARU PSK.


PINTU MASUK KE RUANG PEJABAT PSK....

DALAM RUANG PEJABAT .... LEBIH LUAS & SELESA.

DALAM RUANG PEJABAT .... LEBIH LUAS & SELESA.

MESIN FAX, PRINTER, KOMPUTER, TELEFON + KEMUDAHAN INTERNET...MUDAHKAN KOMUNIKASI

Hari ini 04 JUN 2010 (Jumaat) Pejabat PSK berpindah lagi ke ruang bilik Pejabat baru atas jasa baik tuan punya premis aras sama Tingkat 1, B-2114, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Hj Ahmad, Kuantan.

Untuk rekod, kerja-kerja perpindahan ke premis sekarang dari premis dahulu Tingkat 1, B-2118, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Hj Ahmad, Kuantan kira-kira dua tahun dahulu pada 28 & 29 JUN 2008.

Ruang bilik Pejabat baru ini lebih selesa berbanding ruang pejabat dahulu pada aras sama.

Kerja-kerja perpindahan dilakukan berperingkat-peringkat secara dalaman usahasama Setiausaha, Bendahari dan Petugas Sukarelawan PSK baru sehingga selesai.

Selamat Datang & Selamat Bertugas kepada Cik Salawati bte Makhtar ,Petugas Sukarelawan PSK baru yang telah memulakan tugas di PSK pada 01 JUN 2010 (selasa).

Beliau bertugas waktu pejabat 8.30 pg hingga 4.30 ptg termasuk waktu rehat & waktu untuk makan minum lima hari seminggu iaitu isnin, selasa , rabu, khamis dan jumaat. Peiabat PSK ditutup mengikut cuti umum Kerajaan Negeri & Kerajaan Persekutuan.

Adalah diharapkan Petugas baru PSK akan dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dari semasa ke semasa dengan pembelian computer dan fax machine baru dalam usaha PSK memantapkan lagi pengurusan pejabat dan organisasi PSK sendiri.

Nombor Telefon : 09-5178300 dan Faksimili PSK : 09-5178303 masih dikekalkan seperti dahulu.

PSK juga boleh dihubungi melalui email PSK iaitu sejahterakuantan@gmail.com .


Catatan:
Bendahari PSK
04.06.2010 (Jumaat)

Tuesday, May 25, 2010

PSK – Kuantan Animal Rescue & Education ( KARE )

KARE sebahagian daripada sayap aktiviti PSK akan menganjurkan MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN KE-2 KARE 2010 pada ketetapan berikut

Tarikh : 19 JUN 2010 ( Sabtu )

Masa : 7.30 mlm

Tempat : Restoran Kamunlau,Tanjung Lumpur, Kuantan (Non-Halal)

Objektif : (a) Bagi mengmpul dana untuk membiayai Kempen
Kembiri/Pemandulan di mana pihak KARE
memberi sejumlah subsidi untuk pemilik haiwan
peliharaan seperti anjing dan kucing.

(b) Menganjur kesedaran awam tentang kewujudan serta
peranan KARE dalam membela nasib haiwan di bandar
Kuantan.


Surat Tuan Dr Lean V. Lee selaku Presiden KARE bertarikh 20 APRIL 2010 kepada Yang DiPertua PSK telah memohon jasabaik PSK sumbangan kewangan bagi menjalankan aktiviti tersebut di atas.

Atas hasrat murni seperti objektif dinyatakan berkaitan kehidupan haiwan peliharaan di bandar Kuantan, pihak PSK telah menyumbangkan derma sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) tunai yang telah disampaikan oleh YDP PSK kepada wakil KARE pada 17 MEI 2010.

Kepada warga Kuantan khasnya dan semua pihak dermawan atas rasa kecintaan kita kepada haiwan peliharaan, amatlah dialukan sumbangan kewangan seikhlas hati. Sila hubungi alamat berikut:

PSK – Kuantan Animal Rescue & Education (KARE)
B-3680, Lorong Galing 6,
Jalan Haji Ahmad,
25300 Kuantan, Pahang.

Tel: 019-981 8818
Fax: 09-517 2233


Segala perhatian, kerjasama serta sumbangan dari pihak tuan amatlah dihargai.

Catatan:
Bendahari PSK
25.05.2010.

Saturday, May 22, 2010

GAMBAR PROGRAM KESEDARAN SG GALING 22.05.2010


SEBAHAGIAN SG GALING...BERHAMPIRAN TAPAK "PROGRAM KESEDARAN SG GALING"...1N1S..

AKTIVITI KANAK-KANAK.....SEDIA UNTUK PERTANDINGAN MEWARNA..

AKTIVITI KANAK-KANAK.....SIAPA CEPAT BANYAK DAPAT !...

BALINGAN EM MUDBALL...OLEH KOMUNITI

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA...OLEH UIAM-Kuliah Perubatan Indera Mahkota, Kuantan

"EM BALL"...YANG DIBALING / MASUKAN KE SG GALING...

BALINGAN EM MUDBALL KE SG GALING...IKUT SERTA BENDAHARI PSK...

SETIAUSAHA PSK (tudung hitam)PENGUNJUNG/PESERTA PAMERAN...

TIP MAKLUMAT - KENALI TAHAP KUALITI AIR SUNGAI

KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING



Syukurlah hasil perbincangan BMP tentang Sungai Galing, Pahang pada 22 APRIL 2010 yang PSK dijemput bersama dalam perbincangan telah direalisasikan pada 22 MEI 2010 (SABTU) mulai jam 7.30 pagi bertempat di Pinggiran Sungai Galing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

PSK telah diwakili oleh Setiausaha dan Bendahari mengikuti akriviti/ program yang telah disusunatur oleh JPS Pahang selaku penganjur "KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING".

Acara awal adalah senamrobik yang ikut disertai oleh setiausaha sungguh meriah kerana ikut sama YB Chang Hong Seong (ADUN Teruntum), Pengarah & Timbalan Pengarah JPS Pahang,kakitangan JPS sendiri dan hadirin. Acara Senamrobik telah dipimpin oleh jurulatih khas dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB ADUN Teruntum sebaik selesai minum pagi.YB dan VIP telah melawat pameran berhampiran Sungai Galing.

Setiusaha PSK telah mengambil bahagian dalam acara Deklamasi Sajak/Puisi (Terbuka). Acara lain termasuklah Sukaneka (Terbuka). Karaoke (Terbuka), Pakaian Beragam - Bertemakan Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna (Bawah 6 Tahun), Pemeriksaan Kesihatan Percuma ( Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Kulliah Perubatan & SHAHPUTRA), Pameran Kesedaran Sungai Galing, Demontrasi Water Quality / EM Mudball dan diadakan Cabutan Nombor Pengunjung Bertuah.

Aturcara program diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari.

Melihatkan kehadiran pengunjung kebanyakannya bersama isi keluarga dan aturcara melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka, jelaslah program anjuran JPS Pahang ini ke arah laluan yang tepat kerana anak-anak pewaris bangsa kita telah didedahkan dengan kesedaran pemeliharaan sungai melalui aktiviti yang disediakan.

Syabas kepada seluruh tenaga urusetia yang menjayakan program amat memanfaatkan tersebut.

Sebagai sumbangan bersama berterusan gunakanlah:
JPS CARELINE >>> 1 - 300 - 80 - 1010



Catatan:
Bendahari PSK
22.05.2010.

Saturday, May 1, 2010

TERIMA SUMBANGAN 30% PERTAMA UNTUK KRCC

PSK telah dimaklumkan oleh GEF Smal Grants Programme melalui email tentang sumbangan UNDP sebanyak 30% telah dimasukan ke dalam A/C PSK mulai 27 APRIL 2010 bagi tujuan melaksanakan “Kuantan River Care Campaign (KRCC)”. Pihak bank telah mengesahkan amaun tersebut telah dimasukkan ke akaun PSK semasa semakan Bendahari di bank pada 29APRIL 2010.

PSK akan melaksanakan sebaik mungkin segala cadangan program dan aktiviti seperti dipersetujui bersama dan ditandatangani oleh En Mohamed Nor Ismail YDP mewakili PSK dan Mr Kamal Malhotra selaku Resident Representative, UNDP, Malaysia.

Kepercayaan yang diberikan oleh pihak Resident Representative, UNDP, Malaysia tidak akan dipersiakan.

Adalah diharapkan hubungan baik dan akrab yang dijalinkan akan berterusan demi kesejahteraan warga Kuantan khasnya dan Sungai Kuantan akan terus terpelihara dan berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih atas pemberian tersebut dan kepercayaan GEF dan UNDP amatlah dihargai
.

CATATAN:BENDAHARI
Tarikh:01 mei 2010

Thursday, April 22, 2010

BMP = BEST MANAGEMENT PRACTICE

KAJIAN “BEST MANAGEMENT PRACTICE (BMP) IN AWARENESS RAISING AND CAPACITY BUILDING TOWARDS THE EFFECTIVE IMPLEMENTATION OF INTEGRATED WATER RESOURCES MANAGEMENT IN MALAYSIA”

Mesyuarat tersebut diatas telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat JPS Pahang, Tingkat 8, Bangunan Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25626 Kuantan pada 22 APRIL 2010 jam 9.30 pg dengan tumpuan kepada BMP Sungai Galing & BMP Tasik Chini.

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) dan SUSDEN (Sustainable Development Network Malaysia) adalah dua NGO (diwakili oleh Hj Mohd Shari Hj Md Pilus dan Hjh Rohani Mohamed) yang dijemput ikut melibatkan diri bersama-sama beberapa agensi dan badan kerajaan serta perunding berkaitan dalam sesi perbincangan dan akan melaksanakan tugasan yang diagihkan seperti dipersetujui.

Agensi dan badan lain yang turut dijemput untuk hadir adalah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Perikanan, Majlis Perbandaran Kuantan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, Persatuan Nelayan Kawasan Selatan, JPS – Bahagian Kejuruteraan Sungai & Pantai, Alam Flora Sdn Bhd, Dr. Nik & Associates And Bhd, Wetlands International, JKKK Galing Besar dan JKKK Kg Selamat.

Atas saranan yang hadir, beberapa badan dan agensi kerajaan lain telah ikut disenaraikan supaya terlibat dalam BMP Sungai Galing dan BMP Tasik Chini.

Negeri Pahang amat bertuah kerana daripada Sembilan lokasi Projek BMP, Dua lokasi terletak di negeri Pahang iaitu Sungai Galing dan Tasik Chini.

Tujuh lagi Projek BMP adalah di Sg. Liwau ( Sabah), Matahari Heights, Seremban (N.Sembilan), National Park Condominium (Pulau Pinang), Sg. Miiiiri River Basin (Serawak), Sg. Melaka, Alor Gajah (Melaka), Sg. Langat (Selangor) dan Lembangan Kota Bharu (Kelantan).

Dalam Goal 2 , section B - Cadangan Program ‘POVERTY ALLEVIATION OF TASIK CHINI LOCAL COMMUNITIES’ kepercayaan diberikan kepada SUSDEN untuk melaksanakan selaku pengerak bersama-sama badan dan agensi lain berkaitan.

Kerjasama semua pihak melibatkan badan dan agensi kerajaan NGO dan swasta yang telah dikenalpasti membolehkan BMP bergerak kearah GOAL / MATLAMAT yang diharapkan.

Setakat manakah tahap pencapaian GOAL tersebut dan apakah tahap kejayaan dicapai hanya dapat dinilai selepas tempoh pelaksanaannya tamat nanti.

Diharapkan BMP di Sg.Galing dan Tasik Chini boleh dijadikan sebagai ‘benchmark’ ikutan tapak projek BMP lain.


CATATAN: 22.04.2010 (Khamis)