Tuesday, May 27, 2008

PROGRAM BERSAMA PSK DENGAN SEKOLAH





PROGRAM BERSAMA PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN ( PSK )
DENGAN PIBG SK. TANAH PUTIH BARU, KUANTAN


Penglibatan Program Motivasi Keibubapaan Kearah Kecemerlangan Tahun 200 terdiri daripada guru sekolah, ibu bapa murid, AJK PIBG sekolah, Jawatankuasa Masjid dan murid sekolah ,

Tarikh : 17 Mei 2008 ( Sabtu)
Tempat : Masjid Al-Muttaqim, Tanah Putih Baru, Kuantan
(bersebelahan SK. Tanah Putih Baru, Kuantan)

Aktiviti dijalankan dalam masjid dimulai dengan solat hajat berjamaah bersama para peserta yang diimamkan oleh Ustaz Tuan Hj Mahmud bin Mat dan seterusnya mengendalikan/menyampaikan ceramah motivasi berkaitan.

Para peserta diperingatkan tentang peranan semua pihak dalam menyediakan murid menghadapi peperiksaan UPSR 2008 yang bakal diadakan pada hujung tahun nanti. Murid, ibubapa dan guru sekolah secara bersama menjalankan peranan seharian masing-masing selari dengan kaedah betul untuk mencapai keputusan cemerlang dalam akademik dan mengekalkan akhlak yang murni.

Di atas sebahagian gambar semasa sesi ceramah motivasi tersebut selepas solat hajat memohon tercapai hasrat kearah kecemerlangan UPSR
......................................................................................................................................................................

PEJABAT URUSAN PSK ( LAMA - sehingga 31 MEI 2008)


Friday, May 23, 2008

Peserta "TOT" River Ranger Zun Timur 2008


Peserta-peserta bergambar berhampiran Lokasi 1 di kawasan Perumahan RRM Semambu, Kuantan, Pahang setelah selesai aktiviti audit sungai sebelum bergerak ke Lokasi 2 [ Wakil2 Negeri Pahang, Kelantan & Terengganu bersama2 Pegawai JPS HQ dan Fasilitator2 diketuai Dr Kalinathan]

Audit Sg Galing Besar, Kuantan, Pahang





Lokasi 2 - Bahagian Pertengahan Sungai




Lokasi 1 - Bahagian Hulu Sungai

Audit Sg.Galing Besar - Lokasi 1 ( hulu sungai )













Aktiviti Lapangan - Sg. Galing Besar, Kuantan, Pahang

Peserta-peserta Negeri Pahang diberikan taklimat / panduan cara menggunakan
peralatan yang dibekalkan oleh fasilitator Cik Shafinaz sebelum bergerak ke Lokasi 1 di Sg. Galing Besar, Kuantan, Pahang

Aktiviti - Pemerhatian Sungai di Sg.Galing Besar

Setiap negeri diagihkan satu set perlatan untuk digunakan amali di lapangan pada 3 lokasi yang
ditetapkan:

Lokasi 1 ( hulu Sg Galing Besar - Perumahan RRM Semambu)
Lokasi 2 ( pertengahan Sg Galing Besar - Perindustrian Semambu)
Lokasi 3 ( dekat muara Sg. Galing Besar - Vistana Hotel Kuantan)

Kursus "TOT" River Ranger - Zun Timur 2008

Kursus River Ranger (RR) TOT , Komponen Penglibatan Komuniti Setempat bagi Zun Timur (Pahang, Terengganu & Kelantan) anjuran JPS Malaysia telah diadakan pada 18 - 21hb Mei 2008 di Vistana Hotel Kuantan, Pahang.
Negeri Pahang diwakili oleh JPS, JAS, 5 guru sekolah dan NGO ( PSK & Susden ) seramai 11 orang: Hj.Mohd Yusop & Mohd Fuzi (JPS), Azhar (JAS), Mohd Shari (PSK), Hjh Noriah & Hjh Rohani (Susden), Khairunnisah (SK.Galing), Norlela (SABS), Azurawati (SK.Semambu), Mariani (SMART), Kamariah (SMA Al-Ihsan)
[ Lokasi sekolah2 terpilih adalah berhampiran Sg. Galing Besar]