Saturday, July 18, 2009

MESYUARAT AJK PSK 15 JULAI 2009 .

Syukurlah Mesyuarat AJK PSK terkini selamat diadakan seperti dijadualkan pada 15 JULAI 2009 jam 5.00 petang (Rabu) di Pejabat PSK dengan dipengerusikan oleh YDP sendiri.

Seperti biasa agenda mesyuarat membincangkan perihal pentadbiran harian PSK, program / aktiviti yang dirancang dan bakal diadakan sebelum berakhir tahun 2009 ini.

Adalah diharapkan sekurang-kurangnya tiga program/aktiviti dalam persetujuan mesyuarat dapat dilaksanakan :
  • Program sempena Sambutan Hari Alam Sekitar bulan Oktober 2009 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Pahang dengan kumpulan sasaran Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang.Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Perbincangan bersama JAS Pahang amat positif. Tindakan susulan ialah memohon keizinan Jabatan Pelajaran Pahang apabila menerima lampu hijau daripada JAS Pahang.
  • Mesyuarat bersetuju bagi mengadakan suatu program khas melibatkan NGO berkaitan sebagai usaha PSK untuk bersama semua NGO berkenaan dalam merealisasikan 1Malaysia sebagai landasan perjalanan NGO di kawasan timur Pahang mencakupi daerah Kuantan, Pekandan Rompin. Perbincangan dan kelulusan pihak berkenaan diusahakan bagi membolehkan PSK dan NGO lain beroleh manfaat serta bergerak ke arah menepati hasrat murni PM keenam Malaysia tersebut.
  • Kejayaan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSK tahun lepas mendorong AJK PSK meneruskan majlis serupa pada tahun 2009 ini dengan harapan lebih ramai ahli PSK dan para jemputan dapat menghadirkan diri sambil memupuk silatulrahim di kalangan ahli berbilang kaum dan bersama tetamu jemputan yang sudi hadir.
Deraf Kertas Konsep dua program iaitu bagi kumpulan sasaran melibatkan Murid Sekolah Menengah dengan kerjasama JAS Pahang DAN Program Khas untuk NGO berkaitan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Sedikit penambahbaikan kepada kedua-dua kertas konsep tersebut dipersetujui bagi mendatangkan impak dihasratkan.

Terima kasih kepada AJK yang hadir mesyuarat dan memberikan pandangan bernas bagi mempastikan halatuju PSK sentiasa dapat manfaatkan demi kesejahteraan kita bersama.

Kepada AJK yang tidak dapat hadir dengan makluman atas sebab-sebab keperluan urusan lain yang tidak dapat dielakkan, adalah diharapkan dapat bersama-sama sebagai satu pasukan demi kesinambungan PSK sebagai pertubuhan berdaftar yang telah diasaskan oleh mendiang Bishan Singh dahulu.

Sesungguhnya komitmen bagi kejayaan PSK adalah terletak pada AJK yang telah diberikan kepercayaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan seperti diperlukan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kerjasama semua ahli PSK dalam segala usaha AJK amatlah diperlukan.

Harap teruskan komitmen bersama kita dalam meneruskan pelayaran PSK selaku NGO berteraskan kesukarelawan dan bukan berasaskan keuntungan @ perniagaan.

Catatan oleh: Bendahari PSK sesi 2009/2010.
Tartikh 19 JULAI 2009 (Ahad)