Wednesday, March 19, 2014

LYNAS MONITORING COMMITTEE (LMC) - MESYUARAT KALI KELIMA.

LYNAS MONITORING COMMITTEE (LMC) - MESYUARAT KALI KELIMA

Mesyuarat telah selamat dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 MAC 2014 (rabu)
Masa : 10.00 pagi 
Tempat : Council Room, Akademi Sains Malaysia, Lvel 20 -West Wing, 
Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur

Alhamdulillah PSK telah diwakili oleh Tuan Usulludin - Timbalan Presiden PSK dalam mesyuarat tersebut.

Timbalan Presiden memaklumkan bahawa pihak berkenaan berhasrat untuk melaksanakan program / aktiviti bertujuan untuk PENCERAHAN kepada kumpulan sasaran masyarakat bertempat di Kuantan berkaitan LYNAS supaya kerisauan sebahagian warga Kuantan yang percaya bahawa LYNAS boleh memudaratkan penduduk sekitar secara bersemuka dengan pegawai / pihak berkenan bertanggung jawab secepat mungkin bagi mngetahui kedudukan sebenar perkara yang dikhuatirkan itu.

Keupayaan PSK sejak dahulu dalam mengadakan / melibatkan diri dalam aktiviti / program bersama melibatkan agensi / jabatan kerajaan berkaitan sebelum ini menyakinkan pihak berkenaan antara lain seperti UNDP ( agensi bawah PBB / UN ) ,Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) , Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Hutan, Jabatan Perikanan, SUHAKAM dan lain-lain.

Jelaslah pemilihan / lantikan oleh MOSTI supaya PSK diwakili dalam LYNAS MONITORING COMMITTEE adalah relevan dengan berperanan penting demi kesejahteraan penduduk Kuantan.

Semoga program yang dihasratkan berkaitan LYNAS akan dapat menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

catatan:
oleh Bendahari
20 MAC 2014.