Thursday, April 22, 2010

BMP = BEST MANAGEMENT PRACTICE

KAJIAN “BEST MANAGEMENT PRACTICE (BMP) IN AWARENESS RAISING AND CAPACITY BUILDING TOWARDS THE EFFECTIVE IMPLEMENTATION OF INTEGRATED WATER RESOURCES MANAGEMENT IN MALAYSIA”

Mesyuarat tersebut diatas telah dianjurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Pahang bertempat di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat JPS Pahang, Tingkat 8, Bangunan Kompleks Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25626 Kuantan pada 22 APRIL 2010 jam 9.30 pg dengan tumpuan kepada BMP Sungai Galing & BMP Tasik Chini.

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) dan SUSDEN (Sustainable Development Network Malaysia) adalah dua NGO (diwakili oleh Hj Mohd Shari Hj Md Pilus dan Hjh Rohani Mohamed) yang dijemput ikut melibatkan diri bersama-sama beberapa agensi dan badan kerajaan serta perunding berkaitan dalam sesi perbincangan dan akan melaksanakan tugasan yang diagihkan seperti dipersetujui.

Agensi dan badan lain yang turut dijemput untuk hadir adalah Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Perikanan, Majlis Perbandaran Kuantan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, Persatuan Nelayan Kawasan Selatan, JPS – Bahagian Kejuruteraan Sungai & Pantai, Alam Flora Sdn Bhd, Dr. Nik & Associates And Bhd, Wetlands International, JKKK Galing Besar dan JKKK Kg Selamat.

Atas saranan yang hadir, beberapa badan dan agensi kerajaan lain telah ikut disenaraikan supaya terlibat dalam BMP Sungai Galing dan BMP Tasik Chini.

Negeri Pahang amat bertuah kerana daripada Sembilan lokasi Projek BMP, Dua lokasi terletak di negeri Pahang iaitu Sungai Galing dan Tasik Chini.

Tujuh lagi Projek BMP adalah di Sg. Liwau ( Sabah), Matahari Heights, Seremban (N.Sembilan), National Park Condominium (Pulau Pinang), Sg. Miiiiri River Basin (Serawak), Sg. Melaka, Alor Gajah (Melaka), Sg. Langat (Selangor) dan Lembangan Kota Bharu (Kelantan).

Dalam Goal 2 , section B - Cadangan Program ‘POVERTY ALLEVIATION OF TASIK CHINI LOCAL COMMUNITIES’ kepercayaan diberikan kepada SUSDEN untuk melaksanakan selaku pengerak bersama-sama badan dan agensi lain berkaitan.

Kerjasama semua pihak melibatkan badan dan agensi kerajaan NGO dan swasta yang telah dikenalpasti membolehkan BMP bergerak kearah GOAL / MATLAMAT yang diharapkan.

Setakat manakah tahap pencapaian GOAL tersebut dan apakah tahap kejayaan dicapai hanya dapat dinilai selepas tempoh pelaksanaannya tamat nanti.

Diharapkan BMP di Sg.Galing dan Tasik Chini boleh dijadikan sebagai ‘benchmark’ ikutan tapak projek BMP lain.


CATATAN: 22.04.2010 (Khamis)