Wednesday, March 19, 2014

LYNAS MONITORING COMMITTEE (LMC) - MESYUARAT KALI KELIMA.

LYNAS MONITORING COMMITTEE (LMC) - MESYUARAT KALI KELIMA

Mesyuarat telah selamat dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 19 MAC 2014 (rabu)
Masa : 10.00 pagi 
Tempat : Council Room, Akademi Sains Malaysia, Lvel 20 -West Wing, 
Menara MATRADE, Jalan Khidmat Usaha off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur

Alhamdulillah PSK telah diwakili oleh Tuan Usulludin - Timbalan Presiden PSK dalam mesyuarat tersebut.

Timbalan Presiden memaklumkan bahawa pihak berkenaan berhasrat untuk melaksanakan program / aktiviti bertujuan untuk PENCERAHAN kepada kumpulan sasaran masyarakat bertempat di Kuantan berkaitan LYNAS supaya kerisauan sebahagian warga Kuantan yang percaya bahawa LYNAS boleh memudaratkan penduduk sekitar secara bersemuka dengan pegawai / pihak berkenan bertanggung jawab secepat mungkin bagi mngetahui kedudukan sebenar perkara yang dikhuatirkan itu.

Keupayaan PSK sejak dahulu dalam mengadakan / melibatkan diri dalam aktiviti / program bersama melibatkan agensi / jabatan kerajaan berkaitan sebelum ini menyakinkan pihak berkenaan antara lain seperti UNDP ( agensi bawah PBB / UN ) ,Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) , Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Hutan, Jabatan Perikanan, SUHAKAM dan lain-lain.

Jelaslah pemilihan / lantikan oleh MOSTI supaya PSK diwakili dalam LYNAS MONITORING COMMITTEE adalah relevan dengan berperanan penting demi kesejahteraan penduduk Kuantan.

Semoga program yang dihasratkan berkaitan LYNAS akan dapat menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

catatan:
oleh Bendahari
20 MAC 2014.

Saturday, January 25, 2014

NOTIS PINDAH PEJABAT PSK.


PEMAKLUMAN PINDAH PEJABAT PSK
BERKUATKUASA MULAI 01 FEBRUARI 2014

DUKACITA KAMI MEMAKLUMKAN BAHAWA PEJABAT OPERASI PSK SEKARANG DI B-2114, TINGKAT SATU, JALAN SEKILAU 4, OFF JALAN HAJI AHMAD, 25200 KUANTAN AKAN DITAMATKAN PADA 31 JANUARI 2014.

PSK AKAN MENERUSKAN FUNGSI PENUBUHANNYA YANG BERDAFTAR DI BAWAH PENDAFTAR PERTUBUHAN NO: 1008.

KAMI TERPAKSA MENYERAHKAN BALIK ‘OFFICE SPACE’ DI ALAMAT PREMIS SEKARANG SETELAH MENERIMA NOTIS PEMILIK PREMIS AKAN HASRAT UNTUK MENGAMBIL BALIK ‘OFFICE SPACE’ TERSEBUT.

TALIAN TELEFON PSK : 09 -5178300 DAN FAKSIMILI PSK : 09-5178303
TELAH DITAMATKAN BERKUATKUASA 24 JANUARI 2014.

PSK MASIH BOLEH DIHUBUNGI MELALUI:-
  • EMAIL:
  • ALAMAT PERHUBUNGAN / POS:
Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)
D/A No. 107, Lorong TS 8,
Taman Sepakat, 
25150 Kuantan, Pahang.
  • DAN NO. FAKS (sementara) – WAKTU PEJABAT:
09 - 5150573
  • BLOG PSK BOLEH DILAYARI SEPERTI BIASA:
PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN ( PSK )  
persatuansejahterakuantan.blogspot.com

KAMI KINI SEDANG BERUSAHA MENINJAU / MENCARI ‘OFFICE SPACE’ YANG SESUAI DENGAN KEPERLUAN PSK DALAM TERUSKAN HALATUJU PSK DEMI KESEJAHTERAAN SELURUH WARGA KUANTAN SENDIRI DI SAMPING MENERUSKAN AKTIVITI / PROGRAM PSK. 

JIKA  AHLI PSK ADA CADANGAN ‘OFFICE SPACE’ YANG SESUAI SILA MAKLUMKAN UNTUK PERTIMBANGAN MELALUI EMAIL / ALAMAT PERHUBUNGAN / POS ATAU NO. FAKS DI ATAS .

SEKIAN,TERIMA KASIH.
TARIKH: 25.01.2014.
kemaskini: 05.02.2014

RAKAMAN 'BANJIR DISEMBER 2013' - DALAM PANTUN @ PUISI


PAHIT-MANIS 2013
(SUKA-DUKA DISEMBER)

SELASA AKHIR TAHUN 2013 INI
ESOK RABU TAHUN 2014 MULAI
DIKONGSI PAHIT-MANIS LALUI
IKHTIBAR TAHUN BARU NANTI

DISEMBER AIR BAH BANJIRI
RAMAILAH SELAMATKAN DIRI
PUSAT PINDAH BANJIR DIHUNI
RUMAH SEDARA ADA TUMPANGI

BANYAK KERUGIAN DIALAMI
MANGSA BANJIR TANGGUNGI
BANTUAN BUKAN GANTIRUGI
SEKADAR RINGANKAN SITUASI

MANGSA BANJIR LALUI SENDIRI
AYAH, CUCU, ANAK DAN ISTERI
MERADUK AIR SELAMAT DIRI
KE RUMAH ADIK MENUMPANGI

SULTAN PAHANG CEMARDULI
TANAH PUTIH BARU JADI LOKASI
DARI KP1M DAN TABUNG HAJI
SASET DAN KERAJAAN NEGERI

TERIMA KASIH KEPADA PEMBERI
DAPAT MANFAAT RAKYAT RASAI
AGIHLAH PADA BELUM PEROLEHI
ALUKAN TOKOK JIKA ADA LAGI

BUAT MAKLUMAN UNTUK KONGSI
HARTA BENDA SEDIKIT GUNA LAGI
BANYAK BUANG TIDAK BERFUNGSI
TIDAK MAMPU SEMUA BARU GANTI

JIKALAU ADA SEDARA SEBEGINI
JENGUK DAN BANTU IKHLAS HATI
RINGAN BEBAN MANGSA ALAMI
BEGITULAH KAEDAH ALLAH UJI

CORETAN:
MOHD SHARI B. MD PILUS
7.03 MLM - 31.12.13 - SELASA
@ 63 TPB, KTN

nota:
Dirakamkan buat tatapan / ingatan ahli PSK dan Seluruh Warga Kuantan serta yang prihatin membantu kami @ mangsa banjir tempoh hari - Segala sumbangan dan Kerjabuat membantu kami tiada dapat diungkap kata melainkan balasan baik Allah sahaja. Terima Kasih.
 

BANJIR DISEMBER 2013 - SEBAHAGIAN FOTO KENANGAN SEKITAR PERKAMPUNGAN TANAH PUTIH BARU , KUANTAN




Photo: Ptg 02.12.13 Selasa: Depan Petronas @ TPBaru Ktn - Foto dri atas jejantas. KIRI: jalan sehala arah Ktn-Gmbang TUKAR jadi DUAHALA. KANAN: jalan sehala arah Gmbang-Ktn TUTUP. Rakaman Foto masa balik drp HTAA ktn.PhotoPhotoPhoto


Photo: Gambar dari ayahanda Tn Hj Mohd Shari Md Pilus...anak2, bonda, adinda, nenda hari ini dipindahkan naik bot menyeberang ke kawasan yg lebih selamat. Pertama kali rumah yang kami diami lebih 20thn air naik sehingga melebihi paras lutut... (betulkan jika tersilap ya) Terima kasih Pakteh n makteh bantuan yg diberikan tak terbalas oleh kami...luv uols...

Monday, November 4, 2013

PENANTIAN 21 TAHUN !

PSK sebagai sebuah NGO berpusat di Kuantan, ibu negeri Pahang Darul Makmur turut bersama-sama terpanggil untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Bola sepak Pahang Darul Makmur yang menjuarai PIALA MALAYSIA 2013 pada 3 November 2013 (Ahad) bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.

Kemenangan Pahang @ Tok Gajah menewaskan Kelantan @TRW dengan 1 - 0 hasil tandukan pemain impot Argentina, Matias Conti yang menerima hantaran bola dari Azamuddin Akil pada minit ke 59 yang menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat yang juga penjaga gol kebangsaan.

Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang turut sama menyaksikan perlawanan final Piala Malysia amat gembira dan terharu atas kemenangan menjuarai Piala Malaysia selepas 21 tahun.

Tahun 1992 pasukan bola sepak Pahang menghadapi situasi sama seperti dalam final menentang Kelantan di mana Kelantan adalah pasukan pilihan untuk menjadi juara. Pahang ketika itu menewaskan Kedah dengan jaringan 1 - 0 juga.

Khairul Azhan Khalid adalah Penjaga gol Pahang yang ditugaskan oleh Dollah Salleh selaku jurulatih pasukan Pahang  telah bermain cemerlang berjaya mengawal pintu gol Pahang daripada dibolosi oleh serangan pemain-pemain Kelantan.

Kejayaan Dollah Salleh selaku jurulatih bola sepak Pahang membentuk sebuah pasukan bola sepak yang bermain sebagai satu pasukan mantap menyukarkan pasukan Kelantan untuk memenangi Final Piala Malaysia 2013.

Amatlah membanggakan bahawa para penyokong Pahang berbaju kuning kira-kira 30,000 orang dan penyokong Kelantan melebihi penyokong Pahang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi yang seharusnya dijadikan teladan.

Mempertahankan kejuaraan tidak semudah memenangi gelaran juara. Itulah yang telah dialami oleh Pasukan Bola Sepak Kelantan.

Menurut sumber dipercayai bawa Piala Malaysia tersebut akan dibawa menjelajah seluruh daerah dalam Pahang sebagai menghargai sokongan padu seluruh rakyat Pahang untuk melihat piala tersebut dari jarak dekat. Harap tidak lepaskan peluang bila piala tersebut bertandang ke daerah masing-masing kelak.

Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang mengumumkan cuti hari isnin  sebelum pun perlawanan bermula.

Nampaknya berbaloi bila 4 November 2013 (Isnin) diisytiharkan cuti peristiwa/umum di negeri Pahang

Diharapkan kejayaan menjulang Piala Malaysia tahun 2013 akan berulang lagi .

catatan:
Sumber berita dari Media Massa termasuk akhbar-akhbar 4.11.2013.

5.11.2013

Monday, September 9, 2013

LAPORAN SGP SMALL GRANTS PROGRAMME

Kuantan River Care Campaign 
 
This project is an expansion of the Kuantan River Care Campaign which aims to create awareness and education of the general Kuantan community on the values of the Kuantan River. Strategically the project processes will bring together direct stakeholders towards building a catalyst group to ensure the sustainability of the campaign beyond the project phase.
 

Project Snapshot

Grantee: Persatuan Sejahtera Kuantan
Country: Malaysia
Area Of Work: Biodiversity
Operational Phase: Phase 4
Grant Amount: US$ 48,000.00
Co-Financing Cash: US$ 9,009.00
Co-Financing in-Kind: US$ 30,030.00
Project Number: MAL/SGP/OP4/Y3/RAF/2009/04
Start Date: 4/2010
End Date: 5/2012
Status: Satisfactorily Completed

 

Grantee Contact

Rohani bt Mohmed
Phone: +6013 996 8492
 

Address

B2118, Tingkat 1, Jalan Sekilau, Off Jalan Haji Ahmad
Kuantan, Pahang , 25300

SGP Country office contact

David Lee
Phone: 603-20915115 or 20959122 ext 3315
Fax: 603-2094 1309
Email: david.lee@undp.org
 
Ms. Sook Mei, Lai
Phone: +603 2091 5132
Fax: +603 2094 1309
Email: lai.sook.mei@undp.org
 

Address

Wisma UN, Block C, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Damansara Heights
Kuala Lumpur, 50490
 

Country Website

http://www.sgpmalaysia.org

Monday, June 17, 2013

MESYUARAT KALI KE-2 PADA 13.06.2013

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau kali ke-2 telah diadakan di lokasi sebenar Kilang LYNAS, Gebeng, Kuantan, Pahang. PSK telah diwakili oleh Tuan Hj Ismail Nihat sendiri (YDP-PSK).

Berikut adalah catatan ringkas beliau:

Mesyuarat lebih kepada mendengar taklimat daripada pihak pengurusan kilang Lynas.

Lawatan agak terhad kerana masa yang singkat.


Kawasan kilang merupakan kawasan terkawal yang mempunyai kawalan keselamatan yang amat ketat.

Rakaman gambar hanya dibenarkan bahagian terhad - luar sahaja.

Menurut Prof Dr Ismail dan Mr Wee daripada pihak pengurusan atasan kilang yang memberi taklimat; segalalangkah keselamatn mt ditekankan .

Pengesanan terhadap radio aktif sentiasa dipantau sepanjang masa (24 jam sehari)

Kilang telah mula beroperasi untuk fasa 1.
Fasa 2 masih dalam pembinaan.

Daripada gambaran yang diberikan, pekerja juga sentiasa dipantau daripada kesan mungkin timbul.


Kebanyakan jawatankuasa mempersoalkan tentang pengurusan sisa daripada kilang.
Menurut Prof Dr Ismail bahawa sisa dalam proses R&D untuk dijadikan baja atau bintumen untuk buat turapan jalanraya.

Kajian beliau mendapati kadar radiasi daripada sisa buangan nkilang jika diproses untuk bahan buat jalanraya menunjukkan kesan radiasinya amat kurang.

Mesyuarat akan datang seterusnya mungkin selepas Hari Raya.

Catatan oleh: Tuan Hj Ismail bin Nihat. (YDP-PSK)