Saturday, August 14, 2010

PELANCARAN KEMPEN MEMELIHARA SUNGAI KUANTAN @ KRCC (KUANTAN RIVER CARE CAMPAIGN)

BROCHURE SEMPENA PELANCARAN KEMPEN
(Versi BM & Versi Bahasa Inggeris)


(versi B.Inggeris)

(versi B.Inggeris)

(versi BM)

(Versi BM)

SUNGAI KITA KHAZANAH BERSAMA

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) secara rasmi telah melancarkan Kempen memelihara Sungai Kuantan @ KRCC pada 31 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Pinang Majestic, Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan.

Pelancaran rasmi kempen disempurnakan oleh Presiden PSK mewakili Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan yang tidak dapat hadir.

Presiden PSK telah mengimbau kembali sejarah penglibatan PSK dalam memelihara sungai Kuantan pada 20 Mac 2005 sempena Hari Air Sedunia yang bertujuan meningkatkan kesedaran, pendidikan dan penglibatan masyarakat tempatan dalam pemeliharaan Sungai kuantan serta menghargai kepentingan sungai.

Sungai Kuantan adalah antara lambang sejarah bandar Kuantan sendiri. Sungai ini memainkan peranan penting dalam petempatan awal bandar Kuantan hinggalah menjadi sebuah bandar penting selaku Ibu Negeri Pahang.

Sungai kuantan adalah khazanah bersama kita yang menjadi tanggungjawab seluruh warga Kuantan baik secara individu, pihak Majlis Perbandaran Kuantan, Kerajaan Negeri, Jabatan & Agensi Kerajaan berkaitan dan semua NGO tanpa kecuali.

Projek ini adalah inisiatif ke arah mengukuhkan lagi kempen rasmi ini. Proses melibatkan semua masyarakat serta pentadbiran tempatan bagi membangkitkan semula pemahaman bagaimana ekosistem sungai perlu diurus. Semua warga Kuantan adalah kunci kepada kejayaan mengekalkan sungai dan persekitaran yang sihat.

PSK amat berterima kasih kepada Global Environment Facility/Small Grants Programme (GEF/SGP) kerana kepercayaan menjadi rakan kongsi menjayakan Kempen Memelihara Sungai Kuantan @ KRCC kali ini.

PSK juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada RTM melalui Radio Pahang FM dan akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang melaporkan majlis pelancaran tersebut.

Broucher berkaitan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah dicetak untuk edaran sempena pelancaran rasmi kempen tersebut.

Mendiang Bishan Singh, AMN., JP (1944 -2006) selaku pengasas Persatuan Sejahtera Kuantan mengingatkan “ We are part of the problem, We are also part of the solution”.

Kitalah baik individu mahu pun jabatan, agensi dan NGO tanpa kecuali melibatkan diri dalam menjayakan usaha murni “Kempen Memelihara Sungai Kuantan @ KRCC”

catatan oleh:
Bendahari PSK.

Thursday, August 5, 2010

KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK PSK SESI 2010/2011 PADA AGM KALI KE 07 (31.07.2010) DI MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

SENARAI JAWATANKUASA BAGI SESI 2010/2011

1. YANG DIPERTUA
TUAN HJ ISMAIL BIN NIHAT

2. TIM. YANG DIPERTUA
EN. USOLLUDIN BIN ARIPPIN

3. SETIAUSAHA
PN HJH ROHANI MOHAMED

4. PEN. SETIAUSAHA
PN. HJH RAMLAH BT HJ MMOHAMAD

5. BENDAHARI
EN MOHD SHARI MD PILUS

6. AHLI-AHLI JAWATANKUASA

(I) PN PN HJH AESHAH BT SAID
(II) PN VIJAYA P. NAIR
(III) PN WONG CHOO CHING
( IV) EN NIK AMERAN BIN NIK SOH
(V) EN. KASINADAN PERUMAL
(VI) TUAN HJ MOHD BASRI BIN HUSAIN
(VII) PN HAMIDAH ALUS

JURUAUDIT:

1. EN LIM CHAY KOK @ CHARLES
2. PN S. SUSHILA

TAHNIAH ATAS PEMILIHAN DAN KESANGGUPAN MENERIMA AMANAH
SEBAGAI JAWATANKUASA PENTADBIR SESI 2010/2011

DIHARAPKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN AJK DAPAT DIGEMBLENG
DALAM MEMANTAPKAN PSK SEBAGAI KESINAMBUNGAN
KEPADA PENTADBIRAN SESI YANG DAHULU.

KEPADA SEMUA AJK YANG PERNAH MENABUR BAKTI
BERKHIDMAT SEBAGAI AJK SESI-SESI DAHULU,
KAMI MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH
DAN BERSAMALAH KITA SEBAGAI AHLI PSK
BERKHIDMAT KEPADA PSK DAN SELURUH WARGA KUANTAN.