Tuesday, May 25, 2010

PSK – Kuantan Animal Rescue & Education ( KARE )

KARE sebahagian daripada sayap aktiviti PSK akan menganjurkan MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN KE-2 KARE 2010 pada ketetapan berikut

Tarikh : 19 JUN 2010 ( Sabtu )

Masa : 7.30 mlm

Tempat : Restoran Kamunlau,Tanjung Lumpur, Kuantan (Non-Halal)

Objektif : (a) Bagi mengmpul dana untuk membiayai Kempen
Kembiri/Pemandulan di mana pihak KARE
memberi sejumlah subsidi untuk pemilik haiwan
peliharaan seperti anjing dan kucing.

(b) Menganjur kesedaran awam tentang kewujudan serta
peranan KARE dalam membela nasib haiwan di bandar
Kuantan.


Surat Tuan Dr Lean V. Lee selaku Presiden KARE bertarikh 20 APRIL 2010 kepada Yang DiPertua PSK telah memohon jasabaik PSK sumbangan kewangan bagi menjalankan aktiviti tersebut di atas.

Atas hasrat murni seperti objektif dinyatakan berkaitan kehidupan haiwan peliharaan di bandar Kuantan, pihak PSK telah menyumbangkan derma sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) tunai yang telah disampaikan oleh YDP PSK kepada wakil KARE pada 17 MEI 2010.

Kepada warga Kuantan khasnya dan semua pihak dermawan atas rasa kecintaan kita kepada haiwan peliharaan, amatlah dialukan sumbangan kewangan seikhlas hati. Sila hubungi alamat berikut:

PSK – Kuantan Animal Rescue & Education (KARE)
B-3680, Lorong Galing 6,
Jalan Haji Ahmad,
25300 Kuantan, Pahang.

Tel: 019-981 8818
Fax: 09-517 2233


Segala perhatian, kerjasama serta sumbangan dari pihak tuan amatlah dihargai.

Catatan:
Bendahari PSK
25.05.2010.

Saturday, May 22, 2010

GAMBAR PROGRAM KESEDARAN SG GALING 22.05.2010


SEBAHAGIAN SG GALING...BERHAMPIRAN TAPAK "PROGRAM KESEDARAN SG GALING"...1N1S..

AKTIVITI KANAK-KANAK.....SEDIA UNTUK PERTANDINGAN MEWARNA..

AKTIVITI KANAK-KANAK.....SIAPA CEPAT BANYAK DAPAT !...

BALINGAN EM MUDBALL...OLEH KOMUNITI

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA...OLEH UIAM-Kuliah Perubatan Indera Mahkota, Kuantan

"EM BALL"...YANG DIBALING / MASUKAN KE SG GALING...

BALINGAN EM MUDBALL KE SG GALING...IKUT SERTA BENDAHARI PSK...

SETIAUSAHA PSK (tudung hitam)PENGUNJUNG/PESERTA PAMERAN...

TIP MAKLUMAT - KENALI TAHAP KUALITI AIR SUNGAI

KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING



Syukurlah hasil perbincangan BMP tentang Sungai Galing, Pahang pada 22 APRIL 2010 yang PSK dijemput bersama dalam perbincangan telah direalisasikan pada 22 MEI 2010 (SABTU) mulai jam 7.30 pagi bertempat di Pinggiran Sungai Galing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

PSK telah diwakili oleh Setiausaha dan Bendahari mengikuti akriviti/ program yang telah disusunatur oleh JPS Pahang selaku penganjur "KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING".

Acara awal adalah senamrobik yang ikut disertai oleh setiausaha sungguh meriah kerana ikut sama YB Chang Hong Seong (ADUN Teruntum), Pengarah & Timbalan Pengarah JPS Pahang,kakitangan JPS sendiri dan hadirin. Acara Senamrobik telah dipimpin oleh jurulatih khas dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB ADUN Teruntum sebaik selesai minum pagi.YB dan VIP telah melawat pameran berhampiran Sungai Galing.

Setiusaha PSK telah mengambil bahagian dalam acara Deklamasi Sajak/Puisi (Terbuka). Acara lain termasuklah Sukaneka (Terbuka). Karaoke (Terbuka), Pakaian Beragam - Bertemakan Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna (Bawah 6 Tahun), Pemeriksaan Kesihatan Percuma ( Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Kulliah Perubatan & SHAHPUTRA), Pameran Kesedaran Sungai Galing, Demontrasi Water Quality / EM Mudball dan diadakan Cabutan Nombor Pengunjung Bertuah.

Aturcara program diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari.

Melihatkan kehadiran pengunjung kebanyakannya bersama isi keluarga dan aturcara melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka, jelaslah program anjuran JPS Pahang ini ke arah laluan yang tepat kerana anak-anak pewaris bangsa kita telah didedahkan dengan kesedaran pemeliharaan sungai melalui aktiviti yang disediakan.

Syabas kepada seluruh tenaga urusetia yang menjayakan program amat memanfaatkan tersebut.

Sebagai sumbangan bersama berterusan gunakanlah:
JPS CARELINE >>> 1 - 300 - 80 - 1010



Catatan:
Bendahari PSK
22.05.2010.

Saturday, May 1, 2010

TERIMA SUMBANGAN 30% PERTAMA UNTUK KRCC

PSK telah dimaklumkan oleh GEF Smal Grants Programme melalui email tentang sumbangan UNDP sebanyak 30% telah dimasukan ke dalam A/C PSK mulai 27 APRIL 2010 bagi tujuan melaksanakan “Kuantan River Care Campaign (KRCC)”. Pihak bank telah mengesahkan amaun tersebut telah dimasukkan ke akaun PSK semasa semakan Bendahari di bank pada 29APRIL 2010.

PSK akan melaksanakan sebaik mungkin segala cadangan program dan aktiviti seperti dipersetujui bersama dan ditandatangani oleh En Mohamed Nor Ismail YDP mewakili PSK dan Mr Kamal Malhotra selaku Resident Representative, UNDP, Malaysia.

Kepercayaan yang diberikan oleh pihak Resident Representative, UNDP, Malaysia tidak akan dipersiakan.

Adalah diharapkan hubungan baik dan akrab yang dijalinkan akan berterusan demi kesejahteraan warga Kuantan khasnya dan Sungai Kuantan akan terus terpelihara dan berfungsi sebagaimana sepatutnya.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih atas pemberian tersebut dan kepercayaan GEF dan UNDP amatlah dihargai
.

CATATAN:BENDAHARI
Tarikh:01 mei 2010