Monday, March 18, 2013

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN PSK KALI KE-9

MESYUARAT AGONG TAHUNAN PSK KALI KE-9

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PSK AKAN MENGADAKAN TERSEBUT PADA KETETAPAN BERIKUT:


TARIKH                         :    30 MAC 2013  (SABTU)

MASA                            :     9.30 PAGI

TEMPAT                        :     DEWAN FARDU AIN, TANAH PUTIH BARU, KUANTAN
                                             (Berhampiran Gelanggang FUTSAL Tanah Putih Baru, Kuantan)


SURAT PEMBERITAHUAN MESYUARAT BERTARIKH 14 MAC 2013 TELAH DIEDARKAN MELALUI POS KEPDA AHLI-AHLI PSK.


SESIAPA YANG  BERMINAT UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM PSK DEMI KESEJAHTERAAN SELURUH WARGA KUANTAN ADALAH DIJEMPUT HADIR MENDAFTAR SEBAGAI AHLI BARU BERSAMA-SAMA KAMI AHLI YANG SEDIADA .


KAMI AMAT BERTERIMA KASIH JIKA TUAN/PUAN B0LEH MAKLUMKAN KEHADIRAN KEPADA KAMI
 PADA ATAU SEBELU7M 25 MAC 2013
 MELALUI TALIAN 09 5178300 (PEJABAT) 
/ 019 7238158 (Wati)


Tarikh: 18.03.2013




Monday, March 4, 2013

MAJLIS PELANCARAN BUKU PANDUAN BIODIVERSITI SUNGAI KUANTAN

PELANCARAN BUKU PANDUAN BIODIVERSITI SUNGAI KUANTAN



PSK merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DIMP., SMP. Ahli EXCO Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang atas kesudiaan merasmikan pelancaran BUKU PANDUAN BIODIVERSITI SUNGAI KUANTAN pada ketetapan berikut:

Tarikh      :  07 MAC 2013 (Khamis)

Masa        :  9.00 pagi

Tempat    :  Dewan Wawasan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuantan, Tanah Putih,Kuntan

Buku panduan ini adalah diterbitkan bertujuan sebagai sumbangan PSK dalam kempen berterusan memelihara/menjaga Sungai Kuantan (KRCC) selama 18 bulan (2011 = 2012) dengan jayanya melalui dana oleh Global Environment Facility Small Grant Programme (GEF SGP) UNDP Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).

Syukurlah pihak PSK telah menerima bimbingan amat baik daripada Fanli Marine Consultancy Sdn Bhd sepanjang tempuh program KRCC berlangsung sehingga penerbitan Buku Panduan Biodiversiti Sungai Kuantan, selaku konsultan rasmi yang dilantik oleh PSK dan dipersetujui penyumbang dana  GEF SGP UNDP.

Penerbitan buku panduan ini menjadi kenyataan atas kerjasama Pejabat Menteri Besar Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sektar dan lain-lain badan / agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang tidak dapat dinyatakan semuanya di ruang terbatas ini.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat baik secara lagsung mahupun tidak langsung. Harap teruskanlah hubungan baik dengan kami selaku sebuah NGO berdaftar demi kesejahteraan seluruh warga bandar Kuantan.

04.03.2013