Monday, June 30, 2008

KAMI PINDAH KE PREMIS BARU !

PAPAN NAMA PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)
DITANGGALKAN SIMBOLIK KEPADA PERPINDAHAN PSK
PADA 29 JUN 2008 ( AHAD)


PAPAN NAMA PSK SEDANG DITANGGALKAN OLEH
SDRA HAFIZ DAN DISAKSIKAN OLEH SDRA NORDIN


PAPAN NAMA PSK SELAMAT DITANGGALKAN

Mulai 01 JULAI 2008 ( SELASA) PSK akan beroperasi di alamat baru B2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan, Pahang D.M . Kerja-kerja penyambungan kabel/wiring untuk kemudahan Telefon, Faksimili dan Internet dijangkakan akan segera disempurnakan oleh pihak TELEKOM .

Premis lama di alamat B2118, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan hanya jarak sepintu sahaja dari permis baru akan sentiasa diabadikan dalam sejarah pahit manis perjalanan PSK sebagai tempat bermula kelahiran rasmi PSK yang didaftarkan pada tahun 2003 dahulu.

Pihak PSK memohon kemaafan atas sebarang kesulitan perhubungan / komunikasi Telefon, Faksimili dan Internet sepanjang masa kerja-kerja perpindahan pada 28 & 29 JUN 2008 serta sehingga selesai kerja sambungan /wiring oleh pihak TELEKOM.

Kami masih mengekalkan nombor telefon dan faksimili seperti dahulu

[CATATAN: Kemaskini maklumat ini dibuat di rumah - BENDAHARI]

Thursday, June 26, 2008

PENTADBIRAN PSK 2008/2009

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN SESI 2008 / 2009

1. En. Muhamad Nor Ismail AMN., PPN. PKC.,– Yang DiPertua (YDP)
2. Tuan Hj. Ismail Nihat - Naib YDP
3. Pn. Wong Choo Ching - Setiausaha
4. Pn. Hjh Rohani Mohamed - Pen. Setiausaha
5. En. Mohd Shari Md. Pilus - Bendahari
6. Tuan Hj Mohd Basri bin Hj Husain - AJK
7. Pn. Rusnah Aksah - AJK
8. En. Badri Yunus - AJK
9. Pn . Hajah Ramlah Mohamad - AJK
10. Pn. Hajah Rubiah Hj. Sidin - AJK
11. Pn. Sushila A/P Sivapragasam - AJK
12. Tg. Asidah Tg Kadir - AJK
13. Cik Nor Ain Azmira Aziz - AJK / Juruaudit
14. Pn. Wai Siew Cheng - AJK / Juruaudit
______________________________________________________________

“Usaha Masyarakat Tempatan Ke Arah Pembangunan Kesejahteraan Hidup Bersama”
B 2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan
Tel: 09 517 8300 / 09 5178303 Fax: 09 517 8303 E-mail: sejahterakuantan@gmail.com & psk_ktn@myjaring.net
BLOG:- “PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)”
http://persatuansejahterakuantan.blogspot.com
SIJIL PENGHARGAAN


PENGHARGAAN WARGA KUANTAN
daripada Persatuan Sejahtera Kuantan ( PSK )
untuk MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN ( MPK )
PENGHARGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)
kepada Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)







Saturday, June 21, 2008

SEJARAH PEMBENTUKAN PSK

SEJARAH PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)


Pada 04 Ogos 2002, satu sejarah baru telah tercipta iaitu, Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) telah ditubuhkan. Ia telah dilancarkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’ Haji Hashim bin Abdul Wahab. Beliau amat menyokong inisiatif ini yang diadakan bagi memulihkan dan menambahkan lagi kualiti hidup warga Kuantan.

Beliau turut menyatakan bahawa MPK dan persatuan ini mempunyai objektif yang sama iaitu pembangunan bandar Kuantan dari aspek fizikal dan juga sosial tanpa memberi kesan negatif kepada alam semulajadi.

Menurutnya lagi persatuan ini juga merupakan media perhubungan antara orang ramai dengan MPK. Orang ramai boleh menyuarakan idea-idea, komen-komen mereka kepada MPK melalui persatuan ini.


APA ITU PSK


Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) adalah satu persatuan bagi mendorong menggerakkan inisiatif warga tempatan untuk membangunkan Kuantan serta menjamin kesejahteraan hidup penduduk Kuantan.


ASAS PERJUANGAN PSK

Untuk mencapai pembangunan mapan dan kesinambungan yang akan menjamin pertumbuhan ekonomi tempatan, perlindungan alam sekitar serta kesejahteraan hidup penduduk Kuantan.


MOTTO PSK

“Usaha masyarakat tempatan ke arah pembangunan kesejahteraan hidup bersama”


MATLAMAT PSK

Tujuan utama PSK adalah untuk mengetengahkan peranan masyarakat dalam pentadbiran setempat melalui proses kerjasama dengan kerajaan tempatan dan agensi-agensi kerajaan.

Pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan dan kehendak generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.

Enam aspek utama pembangunan mapan adalah;

=> Keadilan sosial
=> keseimbangan ekologi
=> keberkesanan ekonomi
=> penyertaan bebas dari segi politik
=> amalan budaya majmuk
=> kepuasan dari segi keagamaan

HUBUNGAN ANTARA PSK – SKI – SUSDEN

SKI adalah projek perintis Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia yang menggerakkan warga tempatan dalam hal pengurusan pembangunan daerah (perbandaran) mereka. Selepas tiga tahun SKI diprogramkan, satu persatuan telah ditubuhkan dengan nama Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK). Jawatankuasa Penaja SKI telah mengemukakan permohonan pendaftaran PSK kepada Pendaftar Pertubuhan dan hasilnya pada 27 Jun 2003, PSK berjaya didaftarkan. Maka segala Projek SKI telah diambilalih dari SUSDEN kepada PSK. Bermula dari tarikh selepas Mesyuarat Agong PSK Pertama maka program SKI telah diambil alih sepenuhnya oleh PSK dan menjadi program utama PSK.

SEJARAH SEJAHTERA KUANTAN INISIATIF (SKI)

Sejahtera Kuantan Inisiatif (SKI) adalah satu satu projek perintis yang pertama di Malaysia telah diusahakan oleh Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia atau Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia. Ini adalah satu sumbangan masyarakat sivil terhadap usaha kerajaan untuk membangunkan kesejahteraan hidup rakyat. SKI disokong dan dibantu oleh Majlis Perbandaran Kuantan dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri.

Agenda 21 adalah satu agenda yang digubal dan diterima oleh PBB bagi mengukuhkan pembangunan mapan pada abad ke-21 ini. Bab 27 pula menekankan peranan Badan Swadaya Masyarakat (NGOs) menggembeling tenaga rakyat dalam pembangunan mapan.

Fokus projek SKI adalah bagi melaksanakan Bab 27 Agenda 21 iaitu “Memperkukuhkan peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan: Perkongsian untuk pembangunan mapan”. Projek ini adalah ilham En. Bishan Singh selepas tamat kerjanya dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

SKI adalah satu proses usahasama bersepadu dalam menghadapi cabaran, kehendak dan aspirasi masyarakat dan komuniti setempat. SKI digerakkan sepenuhnya oleh rakyat tempatan melalui satu Jawatankuasa Bertindak.

Projek Perintis SKI telah berjaya dilancarkan pada 05 Ogos 2000 oleh Y.B. Dato’ Kan Tong Leong, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar & Perbandaran Negeri Pahang. Seramai 70 orang yang mewakili pelbagai sektor dan peringkat masyarakat di Kuantan telah menyertai pelancaran ini.

Tujuan SKI adalah untuk mempertengahkan peranan masyarakat dalam pentadbiran setempat melalui proses kerjasama dengan kerajaan tempatan dan agensi-agensi kerajaan supaya mencapai pembangunan mapan dan kesinambungan yang akan menjamin pertumbuhan ekonomi tempatan, perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan hidup rakyat jelata di Kuantan.

MOTTO SKI “Usaha masyarakat tempatan ke arah pembangunan kesejahteraan penduduk Perbandaran Kuantan ”

Untuk pengurusan projek SKI, satu jawatankuasa Bertindak telah dilantik. Jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai organisasi dan individu tempatan. Ahli-ahli yang terpilih dalam jawatankuasa berkenaan akan bertugas selama dua tahun (2000 – 2001) kepada inisiatif ini.

Wednesday, June 18, 2008

PSK & BANDAR KUANTAN


DI RUANG LUAR BILIK PEJABAT PSK:
(1) PINTU MASUK KE BILIK PEJABAT PSK - DI SEBELAH KIRI
(2) WHITE BOARD / PAPAN NOTIS - UNTUK MAKLUMAN AJK & AHLI PSK
(3) KERUSI & MEJA - UNTUK MESYUARAT / PEBINCANGAN AJK & AHLI


DI RUANG LUAR BILIK PEJABAT PSK:
(1) MEJA & KERUSI - UNTUK MESYUARAT / PERBINCANGAN AJK & AHLI


DIRUANG LUAR BILIK PEJABAT PSK:
(1) MEJA & KERUSI - UNTUK MESYUARAT / PERBINCANGAN AJK & AHLI
(2) PAPAN MAKLUMAT / NOTIS - SEBAHAGIAN MAKLUMAT AKTIVITI / PROGRAM PSK DIPAMERKAN UNTUK AHLI & UMUM


"BANNER PSK" DI RUANG LUAR PEJABAT PSK:
TEMPAT MESYUARAT / PERBINCANGAN AJK & AHLI PSK.


DI DALAM BILIK PEJABAT PSK:
KEMUDAHAN UNTUK URUSAN PENTADBIRAN PSK
(1) SEBUAH KOMPUTER DENGAN SAMBUNGAN INTERNET
(2) MESIN FAKSIMILI & TELEFON


DI RUANG LUAR PEJABAT PSK:
SEBAHAGIAN MAKLUMAT & AKTIVITI / PROGRAM PSK
DIPAMERKAN UNTUK AHLI & UMUM


DI RUANG LUAR BILIK PEJABAT PSK:
KERATAN AKHBAR - BERITA PELANCARAN AWAL PSK


JIKA ANDA MELANCONG KE BANDAR KUANTAN
Jangan lupa abadikan tulisan "KUANTAN" guna camera/videocam/HP anda
(Di hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan /HTAA - seberang Sungai Kuantan)
Foto pada: 19 JUN 2008 ( Khamis)

Monday, June 16, 2008

GAMBAR "SUHAKAM BERSAMA RAKYAT" DI KUANTAN 16.06.08


PESERTA MAKAN TENGAHARI SEBELUM BERSURAI
(En. Mohd Farid Abdullah - Guru Besar SK .Bukit Rangin, Kuantan memakai blazer seorang daripada peserta mewakili Jabatan Pelajaran Pahang)


PN. HJH RAMLAH MOHAMAD - bertudung bersama-sama peserta lain


PARA PESERTA DI RUANG PAMERAN TERBITAN SUHAKAM



SESI III : Sesi Soal Jawab & Dialog ( Perantara : Dato' N Subramaniam - Pesuruhjaya SUHAKAM)












Sunday, June 15, 2008

Program "SUHAKAM BERSAMA RAKYAT" di kuantan, Pahang


Program"'SUHAKAM BERSAMA RAKYAT' di Kuantan

Program dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 JUN 2008 ( Isnin )
Tempat : Ballroom, Hotel Vistana,
Jalan Teluk Sisek,
25000 Kuantan
Masa : 8.30 pg - 12.30 tgh

Matlamat utama program ini adalah untuk memperkenalkan SUHAKAM kepada masyarakat umum serta memberi peluang untuk khalayak berinteraksi secara langsung dengan SUHAKAM mengenai isu-isu yang berkaitan dengan hak asasi manusia serta memahami dan mengenali SUHAKAM secara dekat.

Dewan Ballroom tempat program diadakan telah dipenuhi dengan penyertaan para peserta seluruh negeri Pahang yang mewakili berbagai gulungan, jabatan & badan berkanun kerajaan dan NGO.

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) telah hadir atas jemputan SUHAKAM yang diwakili oleh Pn. Hjh Rohani binti Mohamed ( Pen. S/U), En. Mohd shari bin Md. pilus ( Bendahari) dan Pn Hjh Noriah bt Mohd Nor( Ahli PSK) bersama-sama dengan peserta mewakili Jabatan Pelajaran Pahang ( Pengetua / Guru Besar / Kaunselor / Guru Kaunseling ), MPK, Polis Diraja Malasia, Imigerisen, JKKK, KRT , Persatuan Persara Kerajaan dan lain2.

YB Dato' Hj Ishak bin Mohamad, Exco Kerajaan Negeri Pahang telah menyampaikan ucaputama dan seterusnya menyempurnakana majlis pembukaan rasmi.

Penganjuran majlis tersebut berjalan lancar dan peserta berpuashati susunan aturcara bermula dengan sarapan pagi diikuti dengan minum pagi dan diakhiri dengan makan tengahari.

Program berhenti rehat sebentar untuk minum pagi selepas majlis perasmian oleh YB Dato' Hj Ishak Muhamad, Exco Kerajaan Negeri Pahang dan disambung semula kira-kira jam 10.15 pagi

Program dijalan dalam tiga sesi untuk memudahkan kefahaman dan keberkesan program SUHAKAM BERSAMA RAKYAT :-

a) SESI I : Pengenalan kepada SUHAKAM dan Hak Asasi Manusia.

b) SESI II : Isu-isu dan Kes-Kes Pelanggaran Hak Asasi Manusia yang dikendalikan oleh
SUHAKAM (Oleh Dato' N Siva Subramaniam)

c) SESI III : Soal Jawab & Dialog ( Perantara: Pesuruhjaya SUHAKAM)

Aktivit-aktiviti lain yang turut dijalankan termasuklah Kaunter Pameran SUHAKAM, Kaunter Penerimaan Aduan dan Pengedaran Borang Pernilaian.

PSK merakamkan berbanyak terima kasih kerana turut dijemput menyertai program SUHAKAM di Kuantan yang secara jelas bahawa aktiviti Persatuan Sejahtera Kuantan ( PSK ) selaku NGO tidak bercanggahan dengan matlamat SUHAKAM sendiri.

PSK bersedia untuk menghadiri mana-mana program SUHAKAM termasuk di luar Kuantan jika mendapat jemputan dan akan kewangan PSK mengizinkan.

Program SUHAKAM BERSAMA RAKYAT ini wajar diadakan susulan untuk kelompok lain masyarakat yang tidak berpeluang hadir di Kuantan. pihak PSK tidak keberatan untuk bersama SUHAKAM menjalankan program tersebut.

Adalah dijangkakan SUHAKAM yang ditubuhkan dibawah Akta Parlimen 597 - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia ( SUHAKAM) yang digazetkan pada 09 SEPTEMBER 1999 akan lebih mantap dan berkesan jika PROGRAM BERSAMA RAKYAT dijalankan lebih meluas melibatkan lebih banyak sasaran di kalangan masyarakat akar umbi atau wakil-wakil mereka sebagai usaha penambahbaikan kepada 16 orang PESURUHJAYA dan 70 kakitangan bertugas sepenuh masa di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Catatan: Bendahari PSK
Tarikh: 16.06.08 (Isnin)
Masa: 2.10 ptg










.......................................................................................................................................................................





PROGRAM BERSAMA PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN ( PSK )
DENGAN PIBG SK. TANAH PUTIH BARU, KUANTAN


Penglibatan Program Motivasi Keibubapaan Kearah Kecemerlangan Tahun 200 terdiri daripada guru sekolah, ibu bapa murid, AJK PIBG sekolah, Jawatankuasa Masjid dan murid sekolah ,

Tarikh : 17 Mei 2008 ( Sabtu)
Tempat : Masjid Al-Muttaqim, Tanah Putih Baru, Kuantan
(bersebelahan SK. Tanah Putih Baru, Kuantan)

Aktiviti dijalankan dalam masjid dimulai dengan solat hajat berjamaah bersama para peserta yang diimamkan oleh Ustaz Tuan Hj Mahmud bin Mat dan seterusnya mengendalikan/menyampaikan ceramah motivasi berkaitan.

Para peserta diperingatkan tentang peranan semua pihak dalam menyediakan murid menghadapi peperiksaan UPSR 2008 yang bakal diadakan pada hujung tahun nanti. Murid, ibubapa dan guru sekolah secara bersama menjalankan peranan seharian masing-masing selari dengan kaedah betul untuk mencapai keputusan cemerlang dalam akademik dan mengekalkan akhlak yang murni.

Di bawah sebahagian gambar semasa sesi ceramah motivasi tersebut selepas solat hajat memohon tercapai hasrat kearah kecemerlangan UPSR










Tuesday, June 10, 2008

CADANGAN PROGRAM / AKTIVITI PSK

CADANGAN PROGRAM / AKTIVITI PSK

Mesyuarat Agung PSK ke-3 sesi 2006/2007 telah meluluskan cadangan 20 Program / Aktiviti yang bermatlamat meningkatkan kesejahteraan hidup serta menggalakkan penyertaan warga tempatan bagi mencapai perjuangan tersebut

1. Penggerak Kepada Penglibatan Warga Tempatan Dalam Pembangunan Masyarakat: PSK berperanan menyedar, mendidik dan mendorong warga tempatan membantu dalam hal-hal pentadbiran dan pembangunan usaha kerajaan tempatan mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.

2. Pusat Perkhidmatan Warga Kuantan (Kuantan Citizens’ Service Centre): Berperanan membantu warga Kuantan mengatasi masalah.

3. Siri Forum Komuniti (Community Forum Series): Memberi pendedahan dalam pelbagai isu pembangunan yang bertujuan motivasi dan dorongan kepada komuniti.

4. Kempen Keamanan dan Perpaduan Rakyat: Tujuan utama memperjuangkan keamanan dan perpaduan antara manusia sejagat.

5. Usaha Pemeliharaan Sumber Alam Sensitif (Sensitive areas for conservation): Ini adalah satu rancangan untuk mengenalpasti kawasan sumber alam yang sensitif di daerah Kuantan untuk dilindungi dan dipelihara.

6. Kempen Komuniti Menangani Perubahan Cuaca (Community Campaign Against Climate Change): Satu usaha di peringkat dasar membantu rangkaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

7. Usaha Komuniti Memelihara Air Kuantan (Kuantan Community Water Watch): Keprihatinan terhadap sumber air bagi mengekalkan kesejahteraan hidup masyarakat.

8. Perlindungan dan Pemeliharaan Biodiversiti (Protection and Conservation of Biodiversity): Ini adalah satu rancangan bagi melindungi dan memelihara tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serangga, reptilia dan lain-lain yang terdapat di kawasan Kuantan

9. Pemantauan Sungai Kuantan (Kuantan River Watch): Ini adalah satu rancangan bagi memantauan Sungai Pahang daripada pencemaran dan pembangunan tidak lestari.

10. Perlindungan Haiwan Terbiar (Shelter for Stray Animals): Ini adalah rancangan membantu, menjaga dan memelihara haiwan yang terbiar. Ini penting untuk mengawal keadaan serta menunjukkan keperihatinan warga Kuantan membentuk masyarakat penyayang terhadap haiwan.

11. Pengangkutan Lestari (Transport Sustainable): Bandar Kuantan semakin hari semakin sesak dengan kenderaan dan masalah pengangkutan khususnya pengangkutan awam untuk golongan pendapatan rendah semakin meruncing. Perkara ini perlu perhatian dan tindakan sewajarnya dari warga Kuantan.

12. Projek Buku Terpakai: Tujuan rancangan ini untuk menggalakkan para pelajar dan warga Kuantan agar menanam sikap suka membaca buku terpakai yang disimpan atau dibuang begitu sahaja.

13. Pasar Lambak – Barang-barang Terpakai: Tujuan utama rancangan ini adalah bagi membina satu budaya jimat cermat di kalangan masyarakat Kuantan dan mengelakkan daripada pembaziran dan timbunan sampah di merata-rata tempat.

14. Projek Masyarakat Penyayang: Berperanan membangunkan keupayaan pemimpin tempatan dan mendorong ke arah memahami dan mengamalkan kesaksamaan antara jantina dalam segala urusan kehidupan keluarga dan masyarakat, mengukuhkan institusi kekeluargaan sebagai asas pembangunan masyarakat dan negara.

15. Rancangan Tempatan (Local Planning) & Pemantauan Pembangunan Daerah Kuantan: Bertujuan memberi peluang kepada warga tempatan memberikan pandangan dan idea-idea berkaitan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan.

16. Pusat Nasihat Kerjaya Remaja : Tujuannya untuk melatih, membina keupayaan golongan remaja dalam mencari peluang pekerjaan demi menyara kehidupan mereka kelak.

17. Melantik Wakil PSK: Bermatlamat di setiap kawasan/taman/perumahan/kampung di Bandar Kuantan terdapat wakil sebagai penghubung dalam komuniti.

18. Tabung Sejahtera Kuantan : Dilancarkan dengan tujuan untuk mencapai impian dan hasrat hidup bersejahtera warga Kuantan.Tabung ini akan berjalan selama 5 bulan setiap tahun untuk mendapatkan sumbangan dari warga Kuantan.

19. Program Membina Keupayaan Komuniti: Program motivasi ini dapat membantu peserta meningkatkan keupayaan diri dalam kerjaya dan kehidupan seharian. Motivasi ini adalah untuk semua warga Kuantan terutamanya mereka yang berusia antara 30- 60 tahun.

20. Program Pertanian Bandar: Bertujuan menyedarkan masyarakat Bandar tentang kepentingan tumbuhan hijau kepada kehidupan.

CATATAN

Penambahbaikan program / aktiviti tertakluk kepada kesesuaian semasa pelaksanaan program berkaitan.