Saturday, May 22, 2010

KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING



Syukurlah hasil perbincangan BMP tentang Sungai Galing, Pahang pada 22 APRIL 2010 yang PSK dijemput bersama dalam perbincangan telah direalisasikan pada 22 MEI 2010 (SABTU) mulai jam 7.30 pagi bertempat di Pinggiran Sungai Galing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

PSK telah diwakili oleh Setiausaha dan Bendahari mengikuti akriviti/ program yang telah disusunatur oleh JPS Pahang selaku penganjur "KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING".

Acara awal adalah senamrobik yang ikut disertai oleh setiausaha sungguh meriah kerana ikut sama YB Chang Hong Seong (ADUN Teruntum), Pengarah & Timbalan Pengarah JPS Pahang,kakitangan JPS sendiri dan hadirin. Acara Senamrobik telah dipimpin oleh jurulatih khas dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB ADUN Teruntum sebaik selesai minum pagi.YB dan VIP telah melawat pameran berhampiran Sungai Galing.

Setiusaha PSK telah mengambil bahagian dalam acara Deklamasi Sajak/Puisi (Terbuka). Acara lain termasuklah Sukaneka (Terbuka). Karaoke (Terbuka), Pakaian Beragam - Bertemakan Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna (Bawah 6 Tahun), Pemeriksaan Kesihatan Percuma ( Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Kulliah Perubatan & SHAHPUTRA), Pameran Kesedaran Sungai Galing, Demontrasi Water Quality / EM Mudball dan diadakan Cabutan Nombor Pengunjung Bertuah.

Aturcara program diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari.

Melihatkan kehadiran pengunjung kebanyakannya bersama isi keluarga dan aturcara melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka, jelaslah program anjuran JPS Pahang ini ke arah laluan yang tepat kerana anak-anak pewaris bangsa kita telah didedahkan dengan kesedaran pemeliharaan sungai melalui aktiviti yang disediakan.

Syabas kepada seluruh tenaga urusetia yang menjayakan program amat memanfaatkan tersebut.

Sebagai sumbangan bersama berterusan gunakanlah:
JPS CARELINE >>> 1 - 300 - 80 - 1010



Catatan:
Bendahari PSK
22.05.2010.

No comments: