PSK sebagai sebuah NGO berpusat di Kuantan, ibu negeri Pahang Darul Makmur turut bersama-sama terpanggil untuk merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas kejayaan Pasukan Bola sepak Pahang Darul Makmur yang menjuarai PIALA MALAYSIA 2013 pada 3 November 2013 (Ahad) bertempat di Stadium Shah Alam, Selangor.
Kemenangan Pahang @ Tok Gajah menewaskan Kelantan @TRW dengan 1 - 0 hasil tandukan pemain impot Argentina, Matias Conti yang menerima hantaran bola dari Azamuddin Akil pada minit ke 59 yang menewaskan penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat yang juga penjaga gol kebangsaan.
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Pahang turut sama menyaksikan perlawanan final Piala Malysia amat gembira dan terharu atas kemenangan menjuarai Piala Malaysia selepas 21 tahun.
Tahun 1992 pasukan bola sepak Pahang menghadapi situasi sama seperti dalam final menentang Kelantan di mana Kelantan adalah pasukan pilihan untuk menjadi juara. Pahang ketika itu menewaskan Kedah dengan jaringan 1 - 0 juga.
Khairul Azhan Khalid adalah Penjaga gol Pahang yang ditugaskan oleh Dollah Salleh selaku jurulatih pasukan Pahang telah bermain cemerlang berjaya mengawal pintu gol Pahang daripada dibolosi oleh serangan pemain-pemain Kelantan.
Kejayaan Dollah Salleh selaku jurulatih bola sepak Pahang membentuk sebuah pasukan bola sepak yang bermain sebagai satu pasukan mantap menyukarkan pasukan Kelantan untuk memenangi Final Piala Malaysia 2013.
Amatlah membanggakan bahawa para penyokong Pahang berbaju kuning kira-kira 30,000 orang dan penyokong Kelantan melebihi penyokong Pahang telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi yang seharusnya dijadikan teladan.
Mempertahankan kejuaraan tidak semudah memenangi gelaran juara. Itulah yang telah dialami oleh Pasukan Bola Sepak Kelantan.
Menurut sumber dipercayai bawa Piala Malaysia tersebut akan dibawa menjelajah seluruh daerah dalam Pahang sebagai menghargai sokongan padu seluruh rakyat Pahang untuk melihat piala tersebut dari jarak dekat. Harap tidak lepaskan peluang bila piala tersebut bertandang ke daerah masing-masing kelak.
Terima kasih kepada YAB Menteri Besar Pahang mengumumkan cuti hari isnin sebelum pun perlawanan bermula.
Nampaknya berbaloi bila 4 November 2013 (Isnin) diisytiharkan cuti peristiwa/umum di negeri Pahang
Diharapkan kejayaan menjulang Piala Malaysia tahun 2013 akan berulang lagi .
catatan:
Sumber berita dari Media Massa termasuk akhbar-akhbar 4.11.2013.
5.11.2013
Monday, November 4, 2013
Monday, September 9, 2013
LAPORAN SGP SMALL GRANTS PROGRAMME
Project Detail
Kuantan River Care Campaign
|
||||||||||||||||||||||||
This project is an expansion of the Kuantan River Care
Campaign which aims to create awareness and education of the general
Kuantan community on the values of the Kuantan River. Strategically the
project processes will bring together direct stakeholders towards
building a catalyst group to ensure the sustainability of the campaign
beyond the project phase.
|
||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||
Back to search results
Grantee Contact |
Rohani bt Mohmed |
Phone: +6013 996 8492 |
Address |
B2118, Tingkat 1, Jalan Sekilau, Off Jalan Haji Ahmad Kuantan, Pahang , 25300 |
SGP Country office contact |
David Lee |
Phone: 603-20915115 or 20959122 ext 3315 |
Fax: 603-2094 1309 |
Email: david.lee@undp.org |
Ms. Sook Mei, Lai |
Phone: +603 2091 5132 |
Fax: +603 2094 1309 |
Email: lai.sook.mei@undp.org |
Address |
Wisma UN, Block C, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Damansara Heights Kuala Lumpur, 50490 |
Country Website |
http://www.sgpmalaysia.org |
Visit the Malaysia Country Page
Monday, June 17, 2013
MESYUARAT KALI KE-2 PADA 13.06.2013
Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau kali ke-2 telah diadakan di lokasi sebenar Kilang LYNAS, Gebeng, Kuantan, Pahang. PSK telah diwakili oleh Tuan Hj Ismail Nihat sendiri (YDP-PSK).
Berikut adalah catatan ringkas beliau:
Mesyuarat lebih kepada mendengar taklimat daripada pihak pengurusan kilang Lynas.
Lawatan agak terhad kerana masa yang singkat.
Kawasan kilang merupakan kawasan terkawal yang mempunyai kawalan keselamatan yang amat ketat.
Rakaman gambar hanya dibenarkan bahagian terhad - luar sahaja.
Menurut Prof Dr Ismail dan Mr Wee daripada pihak pengurusan atasan kilang yang memberi taklimat; segalalangkah keselamatn mt ditekankan .
Pengesanan terhadap radio aktif sentiasa dipantau sepanjang masa (24 jam sehari)
Kilang telah mula beroperasi untuk fasa 1.
Fasa 2 masih dalam pembinaan.
Daripada gambaran yang diberikan, pekerja juga sentiasa dipantau daripada kesan mungkin timbul.
Kebanyakan jawatankuasa mempersoalkan tentang pengurusan sisa daripada kilang.
Menurut Prof Dr Ismail bahawa sisa dalam proses R&D untuk dijadikan baja atau bintumen untuk buat turapan jalanraya.
Kajian beliau mendapati kadar radiasi daripada sisa buangan nkilang jika diproses untuk bahan buat jalanraya menunjukkan kesan radiasinya amat kurang.
Mesyuarat akan datang seterusnya mungkin selepas Hari Raya.
Catatan oleh: Tuan Hj Ismail bin Nihat. (YDP-PSK)

Saturday, May 25, 2013
EXCO NEGERI PAHANG PASCA PRU 13
PRU 13 telah sempurna dilaksananakan dengan Hari Pembuangan Undi pada 05 Mei 2013 sebagai memenuhi amalan pemerintahan demokrasi di peringkat Persekutuan Malaysia dan pentadbiran Negeri-negeri untuk tempoh lima tahun lagi.
Syabas kepada semua warga negara yang telah menjalankan tanggungjawab sehingga membolehkan pembentukan Kerajaan BN peringkat Persekutuan Malaysia kerana memenangi majoriti kerusi parlimen sebanyak 133 kerusi daripada 222 kerusi.

Semua negeri kecuali Kelantan (Pakatan- Pas) , Pulau Pinang (Pakatan -DAP) dan Selangor (Pakatan - PKR) adalah mempunyai Menteri Besar / Ketua Menteri daripada BN.
Tahniah kepada YAB Dato’ Sri Diraja
Haji Adnan Haji Yaakob atas perlantikan sebagai Menteri Besar Pahang sebagai kesinambungan kepada pra PRU 13 dahulu.
PSK yakin dengan memegang Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di samping beberapa jawatankuasa lain dengan tugas utama selaku Menteri Besar Pahang mengambarkan bahawa YAB Menteri Besar sendiri akan memainkan peranan utama dalam mengembling seluruh NGO yang berkaitan di Pahang ke arah positif bersama-sama untuk kesejahteraan penduduk Pahang khasnya.
PSK yang berdaftar dan berpejabat di Kuantan akan meneruskan kerjasama erat sediada antara PSK dengan Pejabat MB Pahang / SUK Pahang.
Diharapkan PSK yang diberi kepercayaan oleh MOSTI selaku ahli jawatankuasa pemantau LYNAS akan terus mendapat kepercayaan serupa daripada pentadbiran YAB Menteri Besar Pahang.
**SUMBER BERITA**:
Portal Rasmi Negeri Pahang Darul Makmur
Exco Negeri Pahang Yang Baru
KUANTAN 20 Mei 2013 - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob hari ini mengumumkan portfolio Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dengan enam daripadanya dipegang oleh beliau. Antaranya : -- Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran ;
- Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian ;
- Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat ;
- Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan ;
- Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam ;
- Jawatankuasa Khas Perpaduan ;
- YB. Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin ( Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan )
- YB. Datuk Mohd Soffi Abd. Razak ( Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar )
- YB. Datuk Wan Rosdy Wan Ismail ( Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran )
- YB. Datuk Shafik Fauzan Sharif ( Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industi Asas Tani )
- YB. Datuk Shahiruddin Ab. Moin ( Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan )
- YB. Datuk Abu Bakar Harun ( Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda )
- YB. Datuk Mohd Johari Hussain ( Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan )
- YB. Encik Norol Azali Sulaiman ( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas )
- YB. Datuk Shahaniza Shamsuddin ( Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia )
- YB. Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad ( Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas )
25.05.2013
Thursday, May 16, 2013
LAPORAN - MESYUARAT PERTAMA JAWATANKUASA PEMANTAUN LYNAS
Tuan Haji Ismail bin Nihat telah hadir dalam mesyuarat tersebut.
Berikut adalah laporan yang dibuat oleh beliau selaku Wakil Tetap PSK dalam Jawatankuasa Pemantau LYNAS
Tarikh: 13 May 2013
Tempat: Bilik Seminar AKADEMI SAINS MALAYSIA, Jln Tun Ismail, KL
Mesyuarat kali pertama ini dihadiri hamper kesemua JK yang dilantik kecuali beberapa org wakil.
JK
telah diberi taklimat oleh AELB dgn panjang lebar berhubung dengan
aktiviti kilang ini. JK dimaklumkan bahawa TOL diberi dgn syarat yg amat
ketat termasuk pengangkutan dr pelabuhan kuantan ke kilang yg jaraknya
hampir 7 km. Setakat ini baru sekali ketibaan rare earth dr Australia,
setiap kali import bahan mentah ini perlu dapat kelulusan AELB.
Taklimat
dr JAS Pahang pula lebih kpd pencemaran udara dan sungai khususnya sg
Balok. Pemantauan dibuat setiap bulan. Segala dapatan dipapar secara
online dipintu masuk kilang.
JK
berpuas hati dgn taklimat diberi dan
pengerusi berharap ianya akan terus dipantau dgn ketat demi kepentingan
keselamatan pengguna. Bahaya tetap ada sekiranya segala procedur tidak
dipatuhi, inilah yg menjadi focus JK Pemantau. Pengerusi berharap JK ini
menjadi badan bebas yang dilantik oleh menteri.
Satu
perkara yang terkesan dengan kebimbangan terhadap LYNAS ini ialah
kesan terhadap alam sekitar kawasan Gebeng bertambah baik kerana
kilang-kilang lain juga lebih berwaspada krn menurut JAS Pahang kilang
lain tersebut lebih alert terhadap sebarang bahaya yg mungkin timbul dr
kilang mereka.
Mesy
akan dating ialah pd 13/6/13 di kilang LYNAS Gebeng. PSK patut hantar 2
wakil utk mesyuarat tersebut. Minta su tulis surat rasmi kpd ASM selaku
urusetia.
Hj Ismail Nihat
YDP PSK
.............
TARIKH:17.05.13
Sunday, May 12, 2013
LYNAS MONITORING COMMITTEE FIRST MEETING
Masa : 10.00 am - 12.00 pm
Tarikh : 13hb Mei 2013 - Isnin
Tempat : Dewan Seminar,
Ibu Pejabat Akademi Malaysia,
902-4, Jalan Tun Ismail,
Kuala Lumpur.
Agenda:
1. Welcoming Remarks by Chairman
2. Briefing by AELB
3. Briefing by DOE
4. Discussion of TOR
5.Other Matters
Insya'Allah - PSK akan diwakili oleh Tuan Hj Ismail bin Nihat (Presiden PSK) selaku wakil NGO yang telah menerima surat lantikan rasmi Wakil Tetap PSK oleh MOSTI.
Semoga penyertaan PSK selaku wakil NGO berdaftar dan beribu pejabat di Kuantan akan memanfaatkan semua pihak yang terlibat termasuk - LYNAS, MOSTI, Jawatankuasa Pemantauan Lynas dan Warga Kuantan .
Perkara / maklumat yang boleh dikongsikan hasil mesyuarat tersebut akan dirumuskan untuk dimuatkan oleh admin melalui Blog rasmi PSK ini pada masa akan datang.
tarikh: 12.05.2013 (ahad)
Thursday, April 25, 2013
JAWATANKUASA PSK PEMILIHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSK KALI KE-9
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSK KALI KE 9 TELAH SELAMAT DISEMPURNAKAN PADA 30.03.2013 BERTEMPAT DI DEWAN FARDHU AIN, TANAH PUTIH BARU, KUANTAN, PAHNG.
BERIKUT SENARAI JAWATANKUASA BAGI SESI 2012/2013 SEPERTI KEPUTUSAN MESYUARAT.
1. YANG DIPERTUA
TUAN HJ ISMAIL BIN NIHAT
2. TIM. YANG DIPERTUA
EN. USOLLUDIN BIN ARIPPIN
3. SETIAUSAHA
CIK SALAWATI BT MAKHTAR
4. PEN. SETIAUSAHA
PN. FATIMAH BT BAKI
5. BENDAHARI
TUAN HJ MOHD SHARI MD PILUS
6. AHLI-AHLI JAWATANKUASA
(I) PN PN HJH AESHAH BT SAID
(II) PN VIJAYA P. NAIR
(III) TUAN HJ MOHAMAD AMIN
( IV) PN UMI KALSOM
(V) PN HJH ROHANI MOHAMED
(VI) PN HJH RAMLAH
(VII) PN SUSHILA
(Vlll) EN NATHAN
JURUAUDIT:
1. PN JAMA'YAH BT SULAIMAN
2. PN NORHAYATI
Catatan:
Bendahari PSK
25.04.2013.

Monday, March 18, 2013
PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN PSK KALI KE-9
MESYUARAT AGONG TAHUNAN PSK KALI KE-9
SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PSK AKAN MENGADAKAN TERSEBUT PADA KETETAPAN BERIKUT:
TARIKH : 30 MAC 2013 (SABTU)
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN FARDU AIN, TANAH PUTIH BARU, KUANTAN
(Berhampiran Gelanggang FUTSAL Tanah Putih Baru, Kuantan)
SURAT PEMBERITAHUAN MESYUARAT BERTARIKH 14 MAC 2013 TELAH DIEDARKAN MELALUI POS KEPDA AHLI-AHLI PSK.
SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERSAMA-SAMA DALAM PSK DEMI KESEJAHTERAAN SELURUH WARGA KUANTAN ADALAH DIJEMPUT HADIR MENDAFTAR SEBAGAI AHLI BARU BERSAMA-SAMA KAMI AHLI YANG SEDIADA .
KAMI AMAT BERTERIMA KASIH JIKA TUAN/PUAN B0LEH MAKLUMKAN KEHADIRAN KEPADA KAMI
PADA ATAU SEBELU7M 25 MAC 2013
MELALUI TALIAN 09 5178300 (PEJABAT)
/ 019 7238158 (Wati)
Tarikh: 18.03.2013

Monday, March 4, 2013
MAJLIS PELANCARAN BUKU PANDUAN BIODIVERSITI SUNGAI KUANTAN
PELANCARAN BUKU PANDUAN BIODIVERSITI SUNGAI KUANTAN
PSK merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Bin Sharif, DIMP., SMP. Ahli EXCO Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang atas kesudiaan merasmikan pelancaran BUKU PANDUAN BIODIVERSITI SUNGAI KUANTAN pada ketetapan berikut:
Tarikh : 07 MAC 2013 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Wawasan Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Kuantan, Tanah Putih,Kuntan
Buku panduan ini adalah diterbitkan bertujuan sebagai sumbangan PSK dalam kempen berterusan memelihara/menjaga Sungai Kuantan (KRCC) selama 18 bulan (2011 = 2012) dengan jayanya melalui dana oleh Global Environment Facility Small Grant Programme (GEF SGP) UNDP Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN).
Syukurlah pihak PSK telah menerima bimbingan amat baik daripada Fanli Marine Consultancy Sdn Bhd sepanjang tempuh program KRCC berlangsung sehingga penerbitan Buku Panduan Biodiversiti Sungai Kuantan, selaku konsultan rasmi yang dilantik oleh PSK dan dipersetujui penyumbang dana GEF SGP UNDP.
Penerbitan buku panduan ini menjadi kenyataan atas kerjasama Pejabat Menteri Besar Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sektar dan lain-lain badan / agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang tidak dapat dinyatakan semuanya di ruang terbatas ini.
Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat baik secara lagsung mahupun tidak langsung. Harap teruskanlah hubungan baik dengan kami selaku sebuah NGO berdaftar demi kesejahteraan seluruh warga bandar Kuantan.
04.03.2013

Monday, February 18, 2013
JAWATANKUASA PEMANTAU OPERASI PROJEK LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (LAMP)
PENCALONAN AHLI TETAP DAN AHLI GANTI BAGI MENGANGGOTAI JAWATANKUASA PEMANTAU OPERASI PROJEK LAMP.
Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP telah diwujdkan pada 21 Mac 2012.
Laporan berkenaan telah selesai dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 19 Jun 2012
dan Dewan juga telah bersetuju untuk menerima syor-syor laporan tersebut untuk meneliti isu-isu
keselamatan, kesihatan dan alam sekitar berhubung dengan projek LAMP, meneliti proses dan pelaksanaan prosedur perlesenan serta kelulusan berdasarkan peruntukan undang-undang dan standard keselamtan yang berkuatkuasa.
Sebanyak 31 syor telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemantau di mana syor tersebut adalah seperti berikut:
"satu jawatankuasa pemantau (monitiring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP. Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan badan-badan bukan keraaan (NGOs) dan pakar bertauliah.
PSK amat berterima kasih kepada MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) atas kepercayaan yang memilih PSK untuk menduduki jawatankuasa pemantauan dengan mencalonkan DUA nama ahli PSK ( AHLI TETAP dan AHLI GANTI).
Insyaallah ....PSK akan bersama-sama menjalankan amanah dan tanggungjawah sebaik mungkin.
Nama calon-calon berkenaan akan dimaklumkan sebaik mendapat maklumbas dan pengesahan rasmi MOSTI.
Ahli-ahli PSK dan semua warga bandar Kuantan dan sesiapa yang berhasrat menyalurkan maklumat berkaitan (jika ada) bolelah hubungi PSK seperti di alamat pejabat PSK setelah pengesahan keahlian Jatankuasa Pemantau tersebut diterima daripada MOSTI
Catatan: Bendahari
18 Februari 2013

Subscribe to:
Posts (Atom)