Monday, February 18, 2013

JAWATANKUASA PEMANTAU OPERASI PROJEK LYNAS ADVANCED MATERIALS PLANT (LAMP)

PENCALONAN AHLI TETAP DAN AHLI GANTI BAGI MENGANGGOTAI JAWATANKUASA PEMANTAU OPERASI PROJEK LAMP.


Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek LAMP telah diwujdkan pada 21 Mac 2012.
Laporan berkenaan telah selesai dibentangkan dan dibahaskan di Dewan Rakyat pada 19 Jun 2012
dan Dewan juga telah bersetuju untuk menerima syor-syor laporan tersebut untuk meneliti isu-isu
keselamatan, kesihatan dan alam sekitar berhubung dengan projek LAMP, meneliti proses dan pelaksanaan prosedur perlesenan serta kelulusan berdasarkan peruntukan undang-undang dan standard keselamtan yang berkuatkuasa.

Sebanyak 31 syor telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen termasuk penubuhan Jawatankuasa Pemantau di mana syor tersebut adalah seperti berikut:

"satu jawatankuasa pemantau (monitiring committee) dibentuk bagi memantau secara berterusan operasi LAMP. Jawatankuasa ini hendaklah dianggotai oleh agensi-agensi berkaitan serta penglibatan badan-badan bukan keraaan (NGOs) dan pakar bertauliah.

PSK amat berterima kasih kepada MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) atas kepercayaan yang memilih PSK untuk menduduki jawatankuasa pemantauan dengan mencalonkan DUA nama ahli PSK ( AHLI TETAP dan AHLI GANTI).

Insyaallah ....PSK akan bersama-sama menjalankan amanah dan tanggungjawah sebaik mungkin.

Nama calon-calon berkenaan akan dimaklumkan sebaik mendapat maklumbas dan pengesahan rasmi MOSTI.

Ahli-ahli PSK dan semua warga bandar Kuantan dan sesiapa yang berhasrat menyalurkan maklumat berkaitan (jika ada) bolelah hubungi PSK seperti di alamat pejabat PSK setelah pengesahan keahlian Jatankuasa Pemantau tersebut diterima daripada MOSTI

Catatan: Bendahari
18 Februari 2013

No comments: