SELAMAT PULANG HINGGA TEMU KEMBALI DI PERLIS !
Syukurlah SUKMA Ke15 Pahang (Venue di lokasi Kuantan, Pekan, Temerloh) dalam 24 acara sukan berakhir rasmi pada hari Isnin 16 Julai 2012 malam bertempat di Stadium Darulmakmur yang ditutup rasmi oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, PM Malaysia.
Tahniah kepada Kontijen Negeri Terengganu atas pencapaian cemerlang SUKMA kali ke empat tahun berturut-turut dengan 62 Emas, 24 Perak dan 31 Gangsa. Diikuti oleh kontijen Selangor di tangga kedua dengan koleksi pingat 47 Emas, 54 Perak dan 60 Gangsa.
Syabas kepada Kontijen Pahang selaku Tuan rumah SUKMA Ke 15 berjaya meraih pingat 46 Emas, 40 Perak dan 38 Gangsa yang berada di tangga ketiga atas kejayaan mengatasi sasaran asal 32 Emas.
Penghargaan kepada para atelet & pegawai kontijen serta semua terlibat atas komitmen menjadikan SUKMA Ke15 paling cemerlang dalam pengendalian sejak sebelum dirasmikan pada 06 Julai 2012 berbanding dengan empat belas edisi terdahulu.
Tidak ketinggalan peranan Kerajaan Negeri Pahang dan Persekutuan Malaysia, semua jabatan kerajaan Negeri & Persekutuaan dan gabungan penganjur bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Sesungguhnya ikut menyumbangkan tenaga tanpa jemu adalah para sukarelawan yang bertugas di belakang tabir bersama urusetia dan para petugas rasmi lain yang diamanahkan.
PSK merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan penghargaan atas kejayaan pengendalian SUKMA ke 15 kali ini hingga bertemu semua di Negeri Perlis pada edisi akan datang.
Selamat kembali ke distinasi masing-masing dengan kenangan indah sepanjang masa dalam SUKMA Ke 15 Pahang. Jika ada kekurangan dan kesilapan, itu adalah tidak disengajakan dan mohon kemaafan.
Silakan datang lagi ke Pahang bersama keluarga maupun teman. Pahang kaya dengan lokasi pelancongan – meliputi tanah tinggi (eg: Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser), tasik (Bera dan Chini) , pantai (Teluk Chempedak, Cherating, Balok d.l.l ), Taman Negara (Kuala Tahan) ,pulau (Pulau Tioman) dan agrotourism (eg: Tekam Plantation Resort, Jerantut). Banyak kemudahan penginapan di hotel , resorts dan inap desa di samping ada LPT (Lebuhraya Pantai Timur) Karak -Kuantan. Tapi eloklah buat tempahan awal. Cubalah dahulu baru tahu keistimewaan lokasi-lokasi tersebut.
Catatan oleh: Bendahari PSK
17 Julai 2012.
No comments:
Post a Comment