SUKAN MALAYSIA KE XV
PAHANG - 2012
PSK mengalukan dan mengucapkan Selamat Datang kepada semua 15 kontijen mewakili negeri-negeri dalam Malaysia dan Negara Brunei ke Negeri Pahang, khasnya ke ketiga-tiga lokasi pertandingan di Kuantan, Pekan dan Temerloh yang dijadikan venue mengikut 24 jenis / acara sukan.
Edisi SUKMA Ke XV - PAHANG- 2012 ini adalah kali kedua Negeri Pahang diberikan penghormatan menjadi tuan rumah.
Kali pertama Negeri Pahang menjadi tuan rumah SUKMA adalah pada edisi tahun 1996 dahulu semenjak SUKMA dimulakan pada tahun 1986.
Acara Perasmian SUKMA KE XV - Pahang 2012 telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang pada hari Sabtu 07 JULAI 2012 (malam) dengan penuh gilang-gemilang. Dimulakan dengan perembahan kebudayaan dan diikuti oleh Perbarisan masuk semua kontinjen yang dimulakan oleh Negara Brunei dan diakhiri oleh Negeri Pahang selaku kontijen tuan rumah.
YAB Menteri Besar Pahang dan YB Menteri Belia dan Sukan turut hadir bersama-sama tetamu kehormat jemputan.
Secara tidak rasmi acara sukan telah bermula pada 01 Julai 2012 dengan acara Taekwondo (Venue - UMP, Gambang,Kuantan) walaupun tarikh rasmi 07 hingga 16 Julai 2012.
Disamping penglibatan Pegawai dan para atlet terdapat bilangan ramai para sukarelawan berkhidmat menjayakan SUKMA Ke XV ini. Gabungan Pegawai, atlet dan sukarelawan dan penglibatan kira-kira 600 orang kakitangan Majlis Pebandaran Kuantan (MPK) diyakini melicinkan perjalanan acara sukan yang dijadualkan.
Di bawah kepimpinan Dato' Hj Zulkifli Yaakub (Yang DiPertua MPK) yang diberikan kepercayaan mengetuai Kontijen Negeri Pahang adalah diharapkan kontijen Pahang akan mencapai sasaran pungutan yang diumumkan sebelum acara SUKMA Ke XV bermula.
Tema "SUKAN MENJANA PERPADUAN" wajar dihayati oleh semua kontijen dalam persaingan sengit memenangi pingat yang ditawarkan sebanyak 1207 pingat ( 377 pingat Emas + 377 pingat Perak + 453 pingat Gangsa).
Kepada penduduk Pahang khasnya di ketiga-tiga lokasi acara sukan diharapkan bersama-sama memeriahkan SUKMA Ke XV ini dengan hadir beramai-ramai tanda sokongan penganjuran acara sukan berprestij peringkat nasional di negara kita terutama di venue berhampiran tempat tinggal masing-masing.
Kepada semua para tetamu mewakili kontijen-kontijen luar Pahang dan para penyokong yang ikut serta sepanjang acara SUKMA kali ini, mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kekurangan yang dilalui.
Diharapkan semua akan kembali melawat Negeri Pahang membawa keluarga / rakan-rakan selepas tamat SUKMA Ke XV pada 16 Julai 2012 nanti.
Catatan oleh: Bendahari
07 Julai 2012.
No comments:
Post a Comment