Monday, June 17, 2013

MESYUARAT KALI KE-2 PADA 13.06.2013

Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau kali ke-2 telah diadakan di lokasi sebenar Kilang LYNAS, Gebeng, Kuantan, Pahang. PSK telah diwakili oleh Tuan Hj Ismail Nihat sendiri (YDP-PSK).

Berikut adalah catatan ringkas beliau:

Mesyuarat lebih kepada mendengar taklimat daripada pihak pengurusan kilang Lynas.

Lawatan agak terhad kerana masa yang singkat.


Kawasan kilang merupakan kawasan terkawal yang mempunyai kawalan keselamatan yang amat ketat.

Rakaman gambar hanya dibenarkan bahagian terhad - luar sahaja.

Menurut Prof Dr Ismail dan Mr Wee daripada pihak pengurusan atasan kilang yang memberi taklimat; segalalangkah keselamatn mt ditekankan .

Pengesanan terhadap radio aktif sentiasa dipantau sepanjang masa (24 jam sehari)

Kilang telah mula beroperasi untuk fasa 1.
Fasa 2 masih dalam pembinaan.

Daripada gambaran yang diberikan, pekerja juga sentiasa dipantau daripada kesan mungkin timbul.


Kebanyakan jawatankuasa mempersoalkan tentang pengurusan sisa daripada kilang.
Menurut Prof Dr Ismail bahawa sisa dalam proses R&D untuk dijadikan baja atau bintumen untuk buat turapan jalanraya.

Kajian beliau mendapati kadar radiasi daripada sisa buangan nkilang jika diproses untuk bahan buat jalanraya menunjukkan kesan radiasinya amat kurang.

Mesyuarat akan datang seterusnya mungkin selepas Hari Raya.

Catatan oleh: Tuan Hj Ismail bin Nihat. (YDP-PSK)


No comments: