Saturday, May 25, 2013

EXCO NEGERI PAHANG PASCA PRU 13


PRU 13 telah sempurna dilaksananakan dengan Hari Pembuangan Undi pada 05 Mei 2013 sebagai memenuhi amalan pemerintahan demokrasi di peringkat Persekutuan Malaysia dan pentadbiran Negeri-negeri untuk tempoh lima tahun lagi.

Syabas kepada semua warga negara yang telah menjalankan tanggungjawab sehingga membolehkan pembentukan Kerajaan BN peringkat Persekutuan Malaysia kerana memenangi majoriti kerusi parlimen sebanyak 133 kerusi daripada 222 kerusi.
 
Semua negeri kecuali Kelantan (Pakatan- Pas) , Pulau Pinang (Pakatan -DAP) dan Selangor (Pakatan - PKR) adalah mempunyai Menteri Besar / Ketua Menteri daripada BN.

Tahniah kepada YAB Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob atas perlantikan sebagai Menteri Besar Pahang sebagai kesinambungan kepada pra PRU 13 dahulu.

PSK yakin dengan memegang Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) di samping beberapa jawatankuasa lain dengan tugas utama selaku Menteri Besar Pahang mengambarkan bahawa YAB Menteri Besar sendiri akan memainkan peranan utama dalam mengembling seluruh NGO yang berkaitan di Pahang ke arah positif bersama-sama untuk kesejahteraan penduduk Pahang khasnya.

PSK yang berdaftar dan berpejabat di Kuantan akan meneruskan kerjasama erat sediada antara PSK dengan Pejabat MB Pahang / SUK Pahang. 

Diharapkan PSK yang diberi kepercayaan oleh MOSTI selaku ahli jawatankuasa pemantau LYNAS akan terus mendapat kepercayaan serupa daripada pentadbiran YAB Menteri Besar Pahang.

Exco Negeri Pahang Yang Baru

KUANTAN 20 Mei 2013 - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob hari ini mengumumkan portfolio Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) dengan enam daripadanya dipegang oleh beliau. Antaranya : -
  • Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran ;
  • Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian ;
  • Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat ;
  • Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan ;
  • Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam ;
  • Jawatankuasa Khas Perpaduan ;
Bagi jawatankuasa lain : -
  • YB. Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin ( Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan )
  • YB. Datuk Mohd Soffi Abd. Razak ( Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar )
  • YB. Datuk Wan Rosdy Wan Ismail ( Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran )
  • YB. Datuk Shafik Fauzan Sharif ( Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industi Asas Tani )
  • YB. Datuk Shahiruddin Ab. Moin ( Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan )
  • YB. Datuk Abu Bakar Harun ( Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda )
  • YB. Datuk Mohd Johari Hussain ( Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan )
  • YB. Encik Norol Azali Sulaiman ( Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas )
  • YB. Datuk Shahaniza Shamsuddin ( Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia )
  • YB. Tuan Syed Ibrahim Syed Ahmad ( Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas )











Catatan:
25.05.2013

No comments: