Tuan Haji Ismail bin Nihat telah hadir dalam mesyuarat tersebut.
 
Berikut adalah laporan yang dibuat oleh beliau selaku Wakil Tetap PSK dalam Jawatankuasa Pemantau LYNAS
 
Tarikh: 13 May 2013
Tempat: Bilik Seminar AKADEMI SAINS MALAYSIA, Jln Tun Ismail, KL
 
Mesyuarat kali pertama ini dihadiri hamper kesemua JK yang dilantik kecuali beberapa org wakil.
JK telah diberi taklimat oleh AELB dgn panjang lebar berhubung dengan aktiviti kilang ini. JK dimaklumkan bahawa TOL diberi dgn syarat yg amat ketat termasuk pengangkutan dr pelabuhan kuantan ke kilang yg jaraknya hampir 7 km. Setakat ini baru sekali ketibaan rare earth dr Australia, setiap kali import bahan mentah ini perlu dapat kelulusan AELB.
 
Taklimat dr JAS Pahang pula lebih kpd pencemaran udara dan sungai khususnya sg Balok. Pemantauan dibuat setiap bulan. Segala dapatan dipapar secara online dipintu masuk kilang.
 
JK berpuas hati dgn taklimat diberi dan pengerusi berharap ianya akan terus dipantau dgn ketat demi kepentingan keselamatan pengguna. Bahaya tetap ada sekiranya segala procedur tidak dipatuhi, inilah yg menjadi focus JK Pemantau. Pengerusi berharap JK ini menjadi badan bebas yang dilantik oleh menteri.
 
Satu perkara yang terkesan dengan kebimbangan terhadap LYNAS ini  ialah kesan terhadap alam sekitar kawasan Gebeng bertambah baik kerana kilang-kilang lain juga lebih berwaspada krn menurut JAS Pahang kilang lain tersebut lebih alert terhadap sebarang bahaya yg mungkin timbul dr kilang mereka.
 
Mesy akan dating ialah pd 13/6/13 di kilang LYNAS Gebeng. PSK patut hantar 2 wakil utk mesyuarat tersebut. Minta su tulis surat rasmi kpd ASM selaku urusetia.
 
 
Hj Ismail Nihat
YDP PSK 

.............
TARIKH:17.05.13