Monday, July 25, 2011

KLINIK KESIHATAN KURNIA, KUANTAN DIBUKA.



Syukurlah demi kesejahteraan kesihatan warga Kuantan khasnya penduduk yang tinggal sekitar Kampung Kurnia mendapat kemudahan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Klinik Kesihatan Kurnia mula menyediakan khidmat secara rasmi pada 04 Julai 2011 (isnin) .

Diharapkan penduduk sekitar memanfaatkan Klinik Kesihatan Kurnia. Lokasi klinik yang hampir dengan kediaman penduduk memudahkan setiap orang mendapat rawatan apabila kesihatan diri tidak seperti biasa sebelum memudaratkan diri.

Terima kasih pihak berkenaan yang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Penjagaan Kesihatan Sepanjang Hayat setiap orang penduduk memerlukan kerjasama penduduk sendiri. Tiada gunanya klinik kesihatan tersergam indah tidak dimanfaatkan oleh semua penduduk sekitarnya.

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum......ingin saya berikan pandangan berdasarkan pengalaman. bagi saya, hospital nya sangat bagus dan perkhidmatan yang sedang dan bakal ditawarkan juga bagus. namun yang menyakitkan hatinya, para penjawat di situ sangat tidak beretika dan profesional. dan sesetengah pula sangat sombong dan seperti acuh tidak acuh melayan pesakit. apa yang saya lihat, mereka berkelakuan sebegitu kerana mereka menganggap tidak perlu dilayan terlalu baik disebabkan kebanyakan pesakit yang datang adalah dalam kalangan penduduk kampung sekitar. saya sangat kasihan melihat ibu mengandung berulang alik dari bilik ke bilik untuk mendapatkan rawatan. pekerja di situ seperti tidak mengendahkan pesakit di situ. malahan HR (bukan doktor) juga sangat berlagak. pembantu farmasi (kalau di htaa, dia tidak layak duduk di kaunter depan, hanya menjaga ubat-ubatan) seakan malas melakukan kerja sehinggakan stapler juga harus pesakit itu lakukan sendiri. mereka juga amat memandang rendah kepada para pesakit yang datang. saya amat berharap masalah ini dapat diatasi di masa hadapan. jika tidak, pusat itu hanya dibuka untuk penduduk kampung disitu.

Persatuan Sejahtera Kuantan ( PSK ) said...

WAALAIKUMUSSALAM !... TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS.

ztversatile said...

Helo. Boleh saya dptkn no klinik kesihatan kurnia ni? Saya dulu patient di sini. Pernah buat ujian darah sbb hb saya low. Sekarang sy berada di kelantan. Amat perlukan result tersebut utk diserahkan kpd doktor saya. No office 095361333 tu sy da call berjuta kali pg ni. Boleh tolong saya x??
No saya 0145144513.