Sunday, August 14, 2011

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

SUMBANGAN MB PAHANG

Syukurlah tahun ini PSK dapat menarik nafas lega kerana menerima sumbangan MB Pahang bernilai RM15,000.00 untuk membantu PSK membiayai urusan pentadbiran dan menjalankan aktiviti-aktiviti dengan lebih bersemangat lagi.

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih kepada MB Pahang , Pejabat SUK Negeri Pahang dan Bahagian Kewangan Negeri Pahang yang banyak membantu sehingga PSK memperolehi sumbangan tersebut.

Sebenarnya sumbangan kewangan tersebut adalah kesinambungan kepada sumbangan tahunan terdahulu yang membolehkan PSK selaku sebuah NGO sukarela bergerak merealisasikan matlamat penubuhannya bagi manfaat bersama warga bandar Kuantan dan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan.

Adalah diharapkan seluruh Jawatankuasa Pentadbiran sesi 2011/2012 bersama-sama ahli-ahli PSK akan terus melaksanakan amanah kesukarelaan ini dengan sumbangan tenaga dan pemikiran demi faedah kita selaku warga bandar Kuantan tercinta ini.

Sesungguhnya PSK merasakan bahawa sumbangan berterusan daripada YAB Menteri Besar Pahang merupakan pengiktirafan atas usaha seluruh ahli PSK melaksanakan misi mencapai visi kesejahteraan seluruh warga bandar Kuantan.

Semoga penerimaan sumbangan dalam bulan Ramadhan ini sebagai penanda bahawa usaha murni PSK melaksanakan khidmat masyarakat ikut kemampuan PSK diberkati Allah.

Catatan oleh Bendahari.
15 OGOS 2011.

1 comment:

Anonymous said...

asalamualaikum,saya ingin adukan, bahawa di kkk tidak bckap sacara baik dengan pesakit, dan pesakit itu adalh saya sendiri,tanpa pengalaman dengan kehadiran anak pertama saya dikritik oleh jururrawat dan tiada sopan.saya begitu terkilan sekali dengan layanan yang diberi,tempat cantik dari luar tapi penghuni nya tdak secantik pemandangan di luar pakir