Thursday, October 16, 2008

JAMUAN HARI RAYA 1429H/2008 ANJURAN PSK


Tuan Hj Ismail Nihat (Naib YDP) bersama tetamu daripada KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) Cawangan Pahang

En. Mohamad Nor Ismail (YDP) bersama AJK (Pn Rosnah & Tg Aslinda) meraikan tetamu

Sebahagian tetamu yang hadir....

Sebahagian tetamu yang hadir....

Sebahagian tetamu yang hadir....

En Mohamad Nor Ismail (YDP) berbual-bual dengan bebarapa orang tetamu...

Para tetamu....diraikan secara layan diri.

AJK (Pn Hjh Ramlah & Tuan Hj Mohd Basri)...bersama tetamu.

Pn Hjh Rohani Mohamed (di tengah) diapit oleh Tuan Hj Mohd Basri dan Tg Aslinda

Para tetamu...secara layan diri ambil hidangan.

Hari ini 16 OKTOBER 2008 (khamis) bertempat di hadapan Pejabat PSK, Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 1429 H (bersamaan 2008M) berlangsung seperti yang telah dirancangkan mulai jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Setinggi tahniah kepada Pn Hjh Rohani Mohamed (Pen.Setiausaha) bersama beberapa orang AJK PSK yang membantu menguruskan segalanya sejak awal hingga selesai majlis. Kepada En Mohamad Nor Ismail (YDP) , Tuan Hj Ismail Nihat (Naib YDP) serta semua AJK yang turut sama hadir dan meraikan tetamu terdiri daripada ahli PSK sendiri dan para tetamu jemputan lain, sekalong tahniah atas kesepakatan pasukan AJK dalam menjalankan segala urusan yang diamanahkan oleh ahli-ahli PSK. Dirakamkan juga ucapan terima kasih kepada saudara Nordin yang banyak membantu PSK menjayakan menguruskan bekalan hidangan .

PSK amat terhutang budi terhadap YDP yang membiayai keseluruhan perbelanjaan melaksanakan Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Ucapan yang sama kepada AJK yang turut menyumbangkan makanan/kueh tambahan.

Kehadiran para tetamu terdiri dari berbagai kaum mengambarkan keharmonian hidup masyarakat warga Kuantan yang majoriti penduduknya kaum Melayu. PSK sinonim Persatuan Sejahtera Kuantan akan terus berperanan mengharmonikan masyarakat berbagai kaum di Kuantan dalam semua aktiviti / program semenjak dahulu lagi baik program / aktiviti anjuran PSK sendiri mahupun program / aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama agensi / jabatan kerajaan berkaitan serta rakan NGO seperjuangan.

Semoga majlis sambutan seperti ini akan diteruskan dengan lebih meriah lagi pada tahun-tahun akan datang. AJK PSK memohon maaf atas sebarang kekurangan jika ada sepanjang masa berlangsung majlis tersebut.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Catatan oleh:
Bendahari PSK
16 OKTOBER 2008
(16 SYAWAL 1429H)

1 comment:

Anonymous said...

Salam sejahtera daripada Bendahari yang sedang berada di Mekah.

Insyallah akan aktif semula semula awal tahun depan.

Hotel Al Safeer Tower Mekah
10.27 mlm
Jumaat
21 NOVEMBER 2008