Sunday, January 25, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PSK 2009/2010

Sukacita memaklumkan kepada semua ahli PSK yang berkelayakan bahawa Mesyuarat AJK PSK sesi 2008/2009 pada 13 Januari 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat PSK telah memutuskan akan mengadakan mesyuarat agung tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Februari 2009
Masa : 9.00 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Teruntum, Kuantan
(Berhampiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan)
Tokoh Perasmi: YH Ketua Polis Pahang

Dengan ini adalah dijemput semua ahli PSK yang berkelayakan. Surat jemputan untuk hadir mesyuarat akan dihantar seperti alamat dalam rekod keahlian PSK.

CATATAN:
(1) Harap mendapat kerjasama ahli-ahli PSK yang membaca makluman melalui BLOG Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) ini untuk memanjangkan kepada ahli0ahli lain.
(2) Sebarang kemusykilan sila hubungi Pejabat PSK waktu pejabat : melalui Tel & Fax: - U.P: Pn Hjh Rohani Mohamed (Pemangku Setiausaha)
(3) Ahli-ahli akan dimaklumkan jika terdapat pindaan ataupun perubahan.

Tarikh: 25 Januari 2009 ( Ahad )
Oleh Bendahari PSK sesi 2008/2009
(Tugas khas kemaskini BLOG PSK)

No comments: