Wednesday, October 8, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1429H / TAHUN 2008

Majlis tersebut akan diadakan mengikut keputusan mesyuarat AJK PSK pada 09 September 2008 yang lalu seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Oktober 2008 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg - 5.30 ptg
Tempat : Di hadapan Pejabat PSK Kuantan.

Majlis sambutan bakal diadakan tersebut bertujuan meraikan tetamu terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu pelaksanaan program / aktiviti anjuran / penyertaan oleh Persatuan Sejahtera Kuantan di kalangan individu mewakili agensi kerajaan & swasta, NGO serta ahli-ahli PSK sendiri mencakupi program / aktiviti yang telah dan bakal diadakan dari semasa ke semasa.

Kepada semua ahli PSK yang melayari / membaca makluman ini, YH Dato' / Datin / Tuan /Puan adalah dijemput hadir sambil beramah mesra menjalin silatulrahim dalam usaha sama kita menjadikan "Kuantan Bandar Sejahtera" .

Sudikanlah menikmati jamuan ringan ala-kadar yang disediakan.

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" DAN " MAAF DZAHIR & BATHIN"

Urusetia Majlis Hari Raya Aidil Fitri
09 Oktober 2008.

No comments: