CADANGAN PROGRAM / AKTIVITI PSK
Mesyuarat Agung PSK ke-3 sesi 2006/2007 telah meluluskan cadangan 20 Program / Aktiviti yang bermatlamat meningkatkan kesejahteraan hidup serta menggalakkan penyertaan warga tempatan bagi mencapai perjuangan tersebut
1. Penggerak Kepada Penglibatan Warga Tempatan Dalam Pembangunan Masyarakat: PSK berperanan menyedar, mendidik dan mendorong warga tempatan membantu dalam hal-hal pentadbiran dan pembangunan usaha kerajaan tempatan mencapai kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.
2. Pusat Perkhidmatan Warga Kuantan (Kuantan Citizens’ Service Centre): Berperanan membantu warga Kuantan mengatasi masalah.
3. Siri Forum Komuniti (Community Forum Series): Memberi pendedahan dalam pelbagai isu pembangunan yang bertujuan motivasi dan dorongan kepada komuniti.
4. Kempen Keamanan dan Perpaduan Rakyat: Tujuan utama memperjuangkan keamanan dan perpaduan antara manusia sejagat.
5. Usaha Pemeliharaan Sumber Alam Sensitif (Sensitive areas for conservation): Ini adalah satu rancangan untuk mengenalpasti kawasan sumber alam yang sensitif di daerah Kuantan untuk dilindungi dan dipelihara.
6. Kempen Komuniti Menangani Perubahan Cuaca (Community Campaign Against Climate Change): Satu usaha di peringkat dasar membantu rangkaian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
7. Usaha Komuniti Memelihara Air Kuantan (Kuantan Community Water Watch): Keprihatinan terhadap sumber air bagi mengekalkan kesejahteraan hidup masyarakat.
8. Perlindungan dan Pemeliharaan Biodiversiti (Protection and Conservation of Biodiversity): Ini adalah satu rancangan bagi melindungi dan memelihara tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serangga, reptilia dan lain-lain yang terdapat di kawasan Kuantan
9. Pemantauan Sungai Kuantan (Kuantan River Watch): Ini adalah satu rancangan bagi memantauan Sungai Pahang daripada pencemaran dan pembangunan tidak lestari.
10. Perlindungan Haiwan Terbiar (Shelter for Stray Animals): Ini adalah rancangan membantu, menjaga dan memelihara haiwan yang terbiar. Ini penting untuk mengawal keadaan serta menunjukkan keperihatinan warga Kuantan membentuk masyarakat penyayang terhadap haiwan.
11. Pengangkutan Lestari (Transport Sustainable): Bandar Kuantan semakin hari semakin sesak dengan kenderaan dan masalah pengangkutan khususnya pengangkutan awam untuk golongan pendapatan rendah semakin meruncing. Perkara ini perlu perhatian dan tindakan sewajarnya dari warga Kuantan.
12. Projek Buku Terpakai: Tujuan rancangan ini untuk menggalakkan para pelajar dan warga Kuantan agar menanam sikap suka membaca buku terpakai yang disimpan atau dibuang begitu sahaja.
13. Pasar Lambak – Barang-barang Terpakai: Tujuan utama rancangan ini adalah bagi membina satu budaya jimat cermat di kalangan masyarakat Kuantan dan mengelakkan daripada pembaziran dan timbunan sampah di merata-rata tempat.
14. Projek Masyarakat Penyayang: Berperanan membangunkan keupayaan pemimpin tempatan dan mendorong ke arah memahami dan mengamalkan kesaksamaan antara jantina dalam segala urusan kehidupan keluarga dan masyarakat, mengukuhkan institusi kekeluargaan sebagai asas pembangunan masyarakat dan negara.
15. Rancangan Tempatan (Local Planning) & Pemantauan Pembangunan Daerah Kuantan: Bertujuan memberi peluang kepada warga tempatan memberikan pandangan dan idea-idea berkaitan Rancangan Tempatan Daerah Kuantan.
16. Pusat Nasihat Kerjaya Remaja : Tujuannya untuk melatih, membina keupayaan golongan remaja dalam mencari peluang pekerjaan demi menyara kehidupan mereka kelak.
17. Melantik Wakil PSK: Bermatlamat di setiap kawasan/taman/perumahan/kampung di Bandar Kuantan terdapat wakil sebagai penghubung dalam komuniti.
18. Tabung Sejahtera Kuantan : Dilancarkan dengan tujuan untuk mencapai impian dan hasrat hidup bersejahtera warga Kuantan.Tabung ini akan berjalan selama 5 bulan setiap tahun untuk mendapatkan sumbangan dari warga Kuantan.
19. Program Membina Keupayaan Komuniti: Program motivasi ini dapat membantu peserta meningkatkan keupayaan diri dalam kerjaya dan kehidupan seharian. Motivasi ini adalah untuk semua warga Kuantan terutamanya mereka yang berusia antara 30- 60 tahun.
20. Program Pertanian Bandar: Bertujuan menyedarkan masyarakat Bandar tentang kepentingan tumbuhan hijau kepada kehidupan.
CATATAN
Penambahbaikan program / aktiviti tertakluk kepada kesesuaian semasa pelaksanaan program berkaitan.
No comments:
Post a Comment