Saturday, July 18, 2009

MESYUARAT AJK PSK 15 JULAI 2009 .

Syukurlah Mesyuarat AJK PSK terkini selamat diadakan seperti dijadualkan pada 15 JULAI 2009 jam 5.00 petang (Rabu) di Pejabat PSK dengan dipengerusikan oleh YDP sendiri.

Seperti biasa agenda mesyuarat membincangkan perihal pentadbiran harian PSK, program / aktiviti yang dirancang dan bakal diadakan sebelum berakhir tahun 2009 ini.

Adalah diharapkan sekurang-kurangnya tiga program/aktiviti dalam persetujuan mesyuarat dapat dilaksanakan :
  • Program sempena Sambutan Hari Alam Sekitar bulan Oktober 2009 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Pahang dengan kumpulan sasaran Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang.Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Perbincangan bersama JAS Pahang amat positif. Tindakan susulan ialah memohon keizinan Jabatan Pelajaran Pahang apabila menerima lampu hijau daripada JAS Pahang.
  • Mesyuarat bersetuju bagi mengadakan suatu program khas melibatkan NGO berkaitan sebagai usaha PSK untuk bersama semua NGO berkenaan dalam merealisasikan 1Malaysia sebagai landasan perjalanan NGO di kawasan timur Pahang mencakupi daerah Kuantan, Pekandan Rompin. Perbincangan dan kelulusan pihak berkenaan diusahakan bagi membolehkan PSK dan NGO lain beroleh manfaat serta bergerak ke arah menepati hasrat murni PM keenam Malaysia tersebut.
  • Kejayaan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSK tahun lepas mendorong AJK PSK meneruskan majlis serupa pada tahun 2009 ini dengan harapan lebih ramai ahli PSK dan para jemputan dapat menghadirkan diri sambil memupuk silatulrahim di kalangan ahli berbilang kaum dan bersama tetamu jemputan yang sudi hadir.
Deraf Kertas Konsep dua program iaitu bagi kumpulan sasaran melibatkan Murid Sekolah Menengah dengan kerjasama JAS Pahang DAN Program Khas untuk NGO berkaitan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Sedikit penambahbaikan kepada kedua-dua kertas konsep tersebut dipersetujui bagi mendatangkan impak dihasratkan.

Terima kasih kepada AJK yang hadir mesyuarat dan memberikan pandangan bernas bagi mempastikan halatuju PSK sentiasa dapat manfaatkan demi kesejahteraan kita bersama.

Kepada AJK yang tidak dapat hadir dengan makluman atas sebab-sebab keperluan urusan lain yang tidak dapat dielakkan, adalah diharapkan dapat bersama-sama sebagai satu pasukan demi kesinambungan PSK sebagai pertubuhan berdaftar yang telah diasaskan oleh mendiang Bishan Singh dahulu.

Sesungguhnya komitmen bagi kejayaan PSK adalah terletak pada AJK yang telah diberikan kepercayaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan seperti diperlukan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kerjasama semua ahli PSK dalam segala usaha AJK amatlah diperlukan.

Harap teruskan komitmen bersama kita dalam meneruskan pelayaran PSK selaku NGO berteraskan kesukarelawan dan bukan berasaskan keuntungan @ perniagaan.

Catatan oleh: Bendahari PSK sesi 2009/2010.
Tartikh 19 JULAI 2009 (Ahad)

Tuesday, April 7, 2009

PENTADBIRAN PSK SESI 2009/2010.

SENARAI JAWATANKUASA BAGI SESI 2009/2010
1. YANG DIPERTUA
EN. MOHAMAD NOR ISMAIL., AMN., PPN

2. TIM. YANG DIPERTUA
TUAN HJ ISMAIL NIHAT

3. SETIAUSAHA
PN HJH ROHANI MOHAMED

4. PEN. SETIAUSAHA
PN. TENGKU ASIDAH TG KADIR

5. BENDAHARI
EN MOHD SHARI MD PILUS

6. AHLI-AHLI JAWATANKUASA
(I) PN RUSNAH AKSAH
(II) PN HJH RAMLAH MOHAMAD
(III) PN WONG CHOO CHING
( IV) PN SUSHILA A/P SIVAPRAGASAM
(V) EN. MOHAMMAD SHARIFF ABDULLAH
(VI) PN HJH RUBIAH HJ SIDIN
(VII) PN HAMIDAH ALUS

JURUAUDIT:
1. CIK NOR' AIN AZMIRA BT AZIZ
2. PN HJH AESHAH SAID

TAHNIAH ATAS PEMILIHAN DAN KESANGGUPAN MENERIMA AMANAH
SEBAGAI JAWATANKUASA PENTADBIR SESI 2009/2010

DIHARAPKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN AJK DAPAT DIGEMBLENG
DALAM MEMANTAPKAN PSK SEBAGAI KESINAMBUNGAN
KEPADA PENTADBIRAN SESI YANG DAHULU.

KEPADA SEMUA AJK YANG PERNAH MENABUR BAKTI
BERKHIDMAT SEBAGAI AJK SESI-SESI DAHULU,
KAMI MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH
DAN BERSAMALAH KITA SEBAGAI AHLI PSK
BERKHIDMAT KEPADA PSK DAN SELURUH WARGA KUANTAN.

Friday, February 20, 2009

GAMBAR SEKITAR MESYUARAT AGUNG KE-06 TAHUN 2009 PADA 21 FEBRUARI 2009 DI PKG TERUNTUM, KUANTAN


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 6 TAHUN 2009

BACAAN DOA ...DIBINMBING OLEH NAIB YDP (Ust.Hj Ismail Nihat)

UCAPAN YDP (En. Mohamad Nor Ismail)

Sebahagian Ahli yang hadir...
Sebahagian Ahli Yang Hadir.....

Sebahagian Ahli Yang Hadir.......

Pn Siti Zaleha....samapaikan pandangan& cadangan...

Pem. Setiausaha (Pn Hjh. Rohani Mohamed).... bentangkan laporan kepada hadirin

Menikmati makan ringan selepas mesyuarat ......

Menikmati makanan...selepas mesyuarat

Menikmati makanan selepas mesyuarat....
PENGHARGAAN:
Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima kasih kepada Encik Mohd Fauzi bin Mohammad Arifin, Pegawai Teknologi Pendidikan selaku Penyelaras PKG Teruntum, Kuantan yang membenarkan PSK mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan seperti dijadualkan di premis PKG Teruntum, Kuantan.
Catatan:
Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke 6 PSK telah dijalankan seperti dijadualkan.
Tiada Majlis Perasmian oleh YH Ketua Polis Pahang kerana YH Ketua Polis Pahang tidak dapat hadir seperti dimaklumkan kepada PSK oleh pihak IPK melalui telefon. Insyaallah , pihak PSK akan berusaha untuk memberi penghormatan kepada YH Ketua Polis Pahang merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PSK pada tahun-tahun akan datang.


Thursday, February 19, 2009

ATURCARA MAJLIS PERASMIAN

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PSK KALI KE-06
PADA 21 FEBRUARI 2009 ( SABTU)

- Pendaftaran Kehadiran Peserta (09.00 pagi)
- Ketibaan YH Ketua Polis Pahang (09.15 pagi )
- Bacaan Doa
- Aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan Yang DiPertua PSK
- Ucapan Perasmian oleh YH Ketua Polis Pahang
- Majlis rehat ( minum pagi )
- YH Ketua Polis Pahang meninggalkan majlis
- Mesyuarat Agung Tahunan PSK kali ke-06 (10.15 pagi - 01.00 tgh)

KEHADIRAN AHLI-AHLI PSK ADALAH TERSANGAT BERMAKNA DALAM MENENTUKAN HALATUJU PSK DAPAT DICAPAI DAN BERMANFAAT KEPADA SEMUA WARGA KUANTAN - TERIMA KASIH !

Sunday, January 25, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)

PEMBERITAHUAN MESYUARAT AGUNG PSK 2009/2010

Sukacita memaklumkan kepada semua ahli PSK yang berkelayakan bahawa Mesyuarat AJK PSK sesi 2008/2009 pada 13 Januari 2009 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat PSK telah memutuskan akan mengadakan mesyuarat agung tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 21 Februari 2009
Masa : 9.00 pagi
Hari : Sabtu
Tempat : Bilik Mesyuarat PKG Teruntum, Kuantan
(Berhampiran Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan)
Tokoh Perasmi: YH Ketua Polis Pahang

Dengan ini adalah dijemput semua ahli PSK yang berkelayakan. Surat jemputan untuk hadir mesyuarat akan dihantar seperti alamat dalam rekod keahlian PSK.

CATATAN:
(1) Harap mendapat kerjasama ahli-ahli PSK yang membaca makluman melalui BLOG Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) ini untuk memanjangkan kepada ahli0ahli lain.
(2) Sebarang kemusykilan sila hubungi Pejabat PSK waktu pejabat : melalui Tel & Fax: - U.P: Pn Hjh Rohani Mohamed (Pemangku Setiausaha)
(3) Ahli-ahli akan dimaklumkan jika terdapat pindaan ataupun perubahan.

Tarikh: 25 Januari 2009 ( Ahad )
Oleh Bendahari PSK sesi 2008/2009
(Tugas khas kemaskini BLOG PSK)

Thursday, October 16, 2008

JAMUAN HARI RAYA 1429H/2008 ANJURAN PSK


Tuan Hj Ismail Nihat (Naib YDP) bersama tetamu daripada KPPK (Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) Cawangan Pahang

En. Mohamad Nor Ismail (YDP) bersama AJK (Pn Rosnah & Tg Aslinda) meraikan tetamu

Sebahagian tetamu yang hadir....

Sebahagian tetamu yang hadir....

Sebahagian tetamu yang hadir....

En Mohamad Nor Ismail (YDP) berbual-bual dengan bebarapa orang tetamu...

Para tetamu....diraikan secara layan diri.

AJK (Pn Hjh Ramlah & Tuan Hj Mohd Basri)...bersama tetamu.

Pn Hjh Rohani Mohamed (di tengah) diapit oleh Tuan Hj Mohd Basri dan Tg Aslinda

Para tetamu...secara layan diri ambil hidangan.

Hari ini 16 OKTOBER 2008 (khamis) bertempat di hadapan Pejabat PSK, Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 1429 H (bersamaan 2008M) berlangsung seperti yang telah dirancangkan mulai jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Setinggi tahniah kepada Pn Hjh Rohani Mohamed (Pen.Setiausaha) bersama beberapa orang AJK PSK yang membantu menguruskan segalanya sejak awal hingga selesai majlis. Kepada En Mohamad Nor Ismail (YDP) , Tuan Hj Ismail Nihat (Naib YDP) serta semua AJK yang turut sama hadir dan meraikan tetamu terdiri daripada ahli PSK sendiri dan para tetamu jemputan lain, sekalong tahniah atas kesepakatan pasukan AJK dalam menjalankan segala urusan yang diamanahkan oleh ahli-ahli PSK. Dirakamkan juga ucapan terima kasih kepada saudara Nordin yang banyak membantu PSK menjayakan menguruskan bekalan hidangan .

PSK amat terhutang budi terhadap YDP yang membiayai keseluruhan perbelanjaan melaksanakan Majlis Jamuan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini. Ucapan yang sama kepada AJK yang turut menyumbangkan makanan/kueh tambahan.

Kehadiran para tetamu terdiri dari berbagai kaum mengambarkan keharmonian hidup masyarakat warga Kuantan yang majoriti penduduknya kaum Melayu. PSK sinonim Persatuan Sejahtera Kuantan akan terus berperanan mengharmonikan masyarakat berbagai kaum di Kuantan dalam semua aktiviti / program semenjak dahulu lagi baik program / aktiviti anjuran PSK sendiri mahupun program / aktiviti yang dijalankan dengan kerjasama agensi / jabatan kerajaan berkaitan serta rakan NGO seperjuangan.

Semoga majlis sambutan seperti ini akan diteruskan dengan lebih meriah lagi pada tahun-tahun akan datang. AJK PSK memohon maaf atas sebarang kekurangan jika ada sepanjang masa berlangsung majlis tersebut.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Catatan oleh:
Bendahari PSK
16 OKTOBER 2008
(16 SYAWAL 1429H)

Wednesday, October 8, 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI 1429H / TAHUN 2008

Majlis tersebut akan diadakan mengikut keputusan mesyuarat AJK PSK pada 09 September 2008 yang lalu seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Oktober 2008 (Khamis)
Masa : 3.00 ptg - 5.30 ptg
Tempat : Di hadapan Pejabat PSK Kuantan.

Majlis sambutan bakal diadakan tersebut bertujuan meraikan tetamu terdiri daripada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu pelaksanaan program / aktiviti anjuran / penyertaan oleh Persatuan Sejahtera Kuantan di kalangan individu mewakili agensi kerajaan & swasta, NGO serta ahli-ahli PSK sendiri mencakupi program / aktiviti yang telah dan bakal diadakan dari semasa ke semasa.

Kepada semua ahli PSK yang melayari / membaca makluman ini, YH Dato' / Datin / Tuan /Puan adalah dijemput hadir sambil beramah mesra menjalin silatulrahim dalam usaha sama kita menjadikan "Kuantan Bandar Sejahtera" .

Sudikanlah menikmati jamuan ringan ala-kadar yang disediakan.

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI" DAN " MAAF DZAHIR & BATHIN"

Urusetia Majlis Hari Raya Aidil Fitri
09 Oktober 2008.