Tuesday, July 17, 2012

SELAMAT PULANG HINGGA TEMU KEMBALI DI PERLIS !

SELAMAT PULANG HINGGA TEMU KEMBALI DI PERLIS !
Syukurlah SUKMA Ke15 Pahang (Venue di lokasi Kuantan, Pekan, Temerloh) dalam 24 acara sukan berakhir rasmi pada hari Isnin 16 Julai 2012 malam bertempat di Stadium Darulmakmur yang ditutup rasmi oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, PM Malaysia.
Tahniah kepada Kontijen Negeri Terengganu atas pencapaian cemerlang SUKMA kali ke empat tahun berturut-turut dengan 62 Emas, 24 Perak dan 31 Gangsa. Diikuti oleh kontijen Selangor di tangga kedua dengan koleksi  pingat 47 Emas, 54 Perak dan 60 Gangsa.
Syabas kepada Kontijen Pahang selaku Tuan rumah SUKMA Ke 15 berjaya meraih pingat 46 Emas, 40 Perak dan 38 Gangsa yang berada di tangga ketiga  atas kejayaan mengatasi sasaran asal 32 Emas.
Penghargaan kepada para atelet & pegawai kontijen serta semua terlibat atas komitmen menjadikan SUKMA Ke15 paling cemerlang  dalam pengendalian sejak sebelum dirasmikan pada 06 Julai 2012 berbanding dengan empat belas edisi terdahulu.
Tidak ketinggalan peranan Kerajaan Negeri Pahang dan Persekutuan Malaysia, semua jabatan kerajaan Negeri & Persekutuaan dan gabungan penganjur bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Sesungguhnya ikut menyumbangkan tenaga tanpa jemu adalah para sukarelawan yang bertugas di belakang tabir bersama urusetia dan para petugas rasmi lain yang diamanahkan.
PSK merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan penghargaan atas kejayaan pengendalian SUKMA ke 15 kali ini hingga bertemu semua di Negeri Perlis pada edisi akan datang.
Selamat kembali ke distinasi masing-masing dengan kenangan indah sepanjang masa dalam SUKMA Ke 15 Pahang. Jika ada kekurangan dan kesilapan, itu adalah tidak disengajakan dan mohon kemaafan.
Silakan datang lagi ke Pahang bersama keluarga maupun teman. Pahang kaya dengan lokasi pelancongan – meliputi tanah tinggi (eg: Cameron Highlands, Genting Highlands, Bukit Fraser), tasik (Bera dan Chini) , pantai (Teluk Chempedak, Cherating, Balok d.l.l ), Taman Negara (Kuala Tahan) ,pulau (Pulau Tioman) dan agrotourism (eg: Tekam Plantation Resort, Jerantut). Banyak kemudahan penginapan di hotel , resorts dan  inap desa di samping ada LPT (Lebuhraya Pantai Timur) Karak -Kuantan.  Tapi eloklah buat tempahan awal. Cubalah dahulu baru tahu keistimewaan lokasi-lokasi tersebut.
Catatan oleh: Bendahari PSK
17 Julai 2012.

Saturday, July 7, 2012

SUKAN MALAYSIA KE XV - PAHANG - 2012

SUKAN MALAYSIA KE XV
PAHANG - 2012

PSK mengalukan dan mengucapkan Selamat Datang kepada semua 15 kontijen mewakili negeri-negeri dalam Malaysia dan Negara Brunei ke Negeri Pahang, khasnya ke ketiga-tiga lokasi pertandingan di Kuantan, Pekan dan Temerloh yang dijadikan venue mengikut  24 jenis / acara sukan.

Edisi SUKMA Ke XV - PAHANG- 2012 ini adalah kali kedua Negeri Pahang diberikan penghormatan menjadi tuan rumah.

Kali pertama Negeri Pahang menjadi tuan rumah SUKMA adalah pada edisi tahun 1996 dahulu semenjak SUKMA dimulakan pada tahun 1986.

Acara Perasmian SUKMA KE XV - Pahang 2012 telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang pada hari Sabtu 07 JULAI 2012 (malam) dengan penuh gilang-gemilang. Dimulakan dengan perembahan kebudayaan dan diikuti oleh Perbarisan masuk semua kontinjen yang dimulakan oleh Negara Brunei dan diakhiri oleh Negeri Pahang selaku kontijen tuan rumah.

YAB Menteri Besar Pahang  dan YB Menteri Belia dan Sukan turut hadir bersama-sama tetamu kehormat jemputan.
Secara tidak rasmi acara sukan telah bermula pada 01 Julai 2012 dengan acara Taekwondo (Venue - UMP, Gambang,Kuantan) walaupun tarikh rasmi 07 hingga 16 Julai 2012.

Disamping penglibatan Pegawai dan para atlet terdapat bilangan ramai para sukarelawan  berkhidmat  menjayakan SUKMA Ke XV ini. Gabungan Pegawai, atlet dan sukarelawan dan penglibatan kira-kira 600 orang kakitangan Majlis Pebandaran Kuantan (MPK)  diyakini melicinkan perjalanan acara sukan yang dijadualkan.

Di bawah kepimpinan Dato' Hj Zulkifli Yaakub (Yang DiPertua MPK) yang diberikan kepercayaan mengetuai Kontijen Negeri Pahang adalah diharapkan kontijen Pahang akan mencapai sasaran pungutan yang diumumkan sebelum acara SUKMA Ke XV bermula.

Tema "SUKAN MENJANA PERPADUAN" wajar dihayati oleh semua kontijen dalam persaingan sengit memenangi pingat yang ditawarkan sebanyak 1207 pingat ( 377 pingat Emas + 377 pingat Perak + 453 pingat Gangsa).

Kepada penduduk Pahang khasnya di ketiga-tiga lokasi acara sukan diharapkan bersama-sama memeriahkan SUKMA Ke XV ini dengan hadir beramai-ramai tanda sokongan penganjuran acara sukan berprestij peringkat nasional di negara kita terutama di venue berhampiran tempat tinggal masing-masing.

Kepada semua para tetamu mewakili kontijen-kontijen luar Pahang dan para penyokong yang ikut serta sepanjang acara SUKMA kali ini, mohon berbanyak maaf jika terdapat sebarang kekurangan yang dilalui.

Diharapkan semua akan kembali melawat Negeri Pahang membawa keluarga / rakan-rakan selepas tamat SUKMA Ke XV pada 16 Julai 2012 nanti.

Catatan oleh: Bendahari
07 Julai 2012.