Saturday, March 24, 2012

DIALOG KESEDARAN KRCC 24 MAC 2012

Bertempat di Dewan Masjid Tanjung Api, Kuantan PSK mengadakan Dialog Kesedaran KRCC mulai jam 9.45 pagi hingga 12.30 tengahari Sabtu.

Terima kasih kepada JKKK dan komuniti Tanjung Api dan Tanjung Lumpur yang dapat hadir serta mengambil bahagian dalam DIALOG yang telah dirancang untuk kedua-dua kampung berjiran secara bersetentangan di muara Sungai Kuantan.

JKKK dan komuniti Tanjung Api diketuai oleh Tuan Mohamad bin Amir Mohsin (Ketua Kampung Tg Api), manakala Tanjung Lumpur diketuai oleh Tuan Jamaluddin.

Syukurlah Majlis DIALOG kali ini disertai oleh Jurutera JPS (Jabatan Parit Dan Saliran) Daerah Kuantan, Puan Sumiliana dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) diwakili oleh dua orang pegawainya Encik Ahmad Sharifuddin bin Salleh dan Encik Zunizuddin bin Shamsuddin.

Tuan Haji Ismail bin Nihat (Yang DiPertua PSK) dan Tuan Mohamad bin Amir Mohsin turut menjadi Ahli Panel yang dipengerusikan oleh Tuan Usolludin bin Arippin bertindak sebagai moderator.

Doa memohon keberkatan Allah Yang Maha Kuasa telah dibimbing oleh Ustaz mewakili peserta majlis DIALOG sebelum Ucapan Aluan oleh YDP PSK.

Sesungguhnya majlis yang diadakan begitu rancak dan semua pihak mendapat manfaatnya terutama PSK dalam menyelami rasahati dan pandangan komuniti setempat secara dua hala melibatkan para peserta dan anggota Panel sendiri.

Terima kasih kepada YB ADUN Teruntum, Kuantan yang sudi turut hadir dan seterusnya Menutup rasmi Majlis Dialog tersebut sebelum masuk Waktu Solat Zohor.

Syabas dan terima kasih tidak terhingga kepada Tuan Usoluddin atas kebijaksanaan sebagai moderator.

Rakaman terima kasih kepada semua terlibat atas kerjasama serta prihatin dan mohon maaf atas sebarang kelemahan dan kekurangan tidak sengaja PSK pamerkan

Catatan oleh Bendahari PSK
24.03.2012

No comments: