Wednesday, March 10, 2010

TERIMA KASIH YAB MB PAHANG !

YDP bersama Ahli Jawatankuasa PSK dan seluruh ahli merakamkan setinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang atas keprihatinan tentang kepentingan dan peranan NGO dalam masyarakat.

Insyaallah sumbangan kewangan yang baru diterima akan dimanfaatkan sebaik-baiknya seperti sumbangan2 YAB terdahulu dengan aktiviti berkaitan dengan kegiatan PSK dalam merealisasikan pembentukannya yang dianggotai oleh berbilang kaum terdiri daripada warga Kuantan ini.

Sumbangan yang diterima dari YAB tersebut dapat meringankan dan melicinkan urusan berkaitan aktiviti PSK sepanjang tahun dan hendaknya berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Terima kasih YAB MB Pahang.


Catatan: Bendahari PSK
Tarikh: 10 MAC 2010 (RABU)

No comments: