SEMINAR KEBANGSAAN
STAKEHOLDERS CONSULTATIVE SEMINAR)
PROGRAM PENCEGAHAN PENCEMARAN
DAN PENINGKATAN KUALITI AIR
SUNGAI KUANTAN, PAHANG.
Tarikh: 16 – 17 MAC 2010 (Selasa & Rabu)
Tempat: Hotel M.S Garden, Kuantan.
Perasmian Seminar disempurnakan oleh YBhg Dato’ Hon Khai Mun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Negeri Pahang.
Bendahari PSK berkesempatan hadir mewakili PSK atas jemputan mengikuti ketiga-tiga pembentangan kertas kerja tapi terpaksa meninggalkan majlis selepas makan tengah hari atas komitmen lain. Dukacita tidak dapat bersama pada sesi petang 16 MAC 2010 dan hari terakhir 17 MAC 2010. Melalui Pn Hjh Rohani mewakili SUSDEN, PSK akan berkongsi maklumat selanjutnya.
Kertas 1:
“Overview of Sg. Kuantan Catchment conditions and its Water Pollution Problems”
Oleh: Dr Abdul Rani Abdullah Baginda (MERC)
Kertas 2:
“Biological Assessment of Sg. Kuantan Catchment”
Oleh: Mr. Gopinath Nagaraj
Kertas 3:
“Sg. Kuantan – Proposed Strategy and Action Plans for Water Quality Improvement”
Oleh: Dr Abdul Rani Abdullah Baginda (MERC)
Melalui ketiga-tiga pembentang kertas tersebut, para peserta telah diberikan gambaran jelas tentang Sungai Kuantan , masalah pencemaran air, penilaian biological serta saranan strategi dan plan tindakan dalam penambahbaikan kualiti air.
Penyertaan para peserta yang menyeluruh membabitkan jabatan & badan kerajaan berkaitan dan NGO adalah diharapkan akan diikuti dengan tindakan susulan mengikut keupayaan dan bidang kuasa diperuntukan oleh perundangan dan peraturan sediada.
Pihak Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan MERC telah membuat langkah yang tepat atas penganjuran seminar tersebut dengan ‘mengetuk’ minda para peserta akan perkara PERLU & TIDAK PERLU dalam merealisasikan capaian terbaik hasrat kualiti kesejahteraan penduduk dan habitat sewajarnya.
Mudah-mudahan Sg. Kuantan tidak berubah menjadi seperti beberapa batang sungai di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia yang tahap pencemarannya melampaui kemampuan sungai-sungai tersebut menanggungnya.
Catatan:
Bendahari PSK
Tarikh: 16.03.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment