Tuesday, August 12, 2008

SEMINAR KESEDARAN PERLINDUNGAN LAPISAN OZON


Sebahagian peserta seminar yang memenuhi ruang di Bilik Seminar, Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang - sedang mengikuti "Seminar Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon" pada 12 OGOS 2008.

Cikgu Mokhtar Said - barisan hadapan (Kaunselor Sekolah SMK. Pandan, kuantan) - bersama2 pelajar2 mewakili sekolah
Datin Hjh Narimah Daud- bertudung hijau ( Presiden Persatuan Pencinta Alam Pahang- MNS)

En. Zuni Zudin- mewakili Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
membentangkan kertas kerja - Kitar Semula

Pn Aminah Bt Ali - mewakili Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya membentangkan kertas kerja - Selamatkan Lapisan Ozon

BACKDROP "Seminar Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon "

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK), SUSDEN Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) adalah NGO yang turut dijemput menyertai seminar tersebut yang telah diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Seminar, Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan.

Penyertaan terbanyak peserta terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Kuantan bersama guru pengiring masing-masing. Juga hadir peserta mewakli TNB, Jabatan Hutan, Majlis Prerbandaran Kuantan (MPK) , IWK, Alam Flora dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan.

Pembentangan Kertas Kerja 1 & 2 telah disampaikan oleh Pn Aminah Ali dari Ibupejabat Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya. Beliau menekankan kepentingan lapisan Ozon kepada kehidupan dengan tajuk “ Selamatkan Lapisan Ozon”.

En Zuni Zudin mewakili Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah membentangkan Kertas Kerja 3 dengan focus “ Kitar Semula”.

Sesi Soal & Jawab dua hala melibatkan peserta seminar dan kedua-dua pembentang kertas kerja telah memantapkan lagi kefahaman semua peserta terhadap kepentingan Lapisan Ozon kepada kita baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Wakil NGO telah ikut serta menyuarakan pandangan dan meminta penjelasan dari kedua-dua pembentang kertas kerja berkaitan yang disuarakan oleh Datin Hjh Narimah Daud (Presiden MNS Pahang) dan En. Mohd Shari Md Pilus (Wakil PSK dan SUSDEN Malaysia)

Semua peserta telah diagihkan dengan bahan edaran berkaitan kempen kesedaran untuk rujukan mereka serta menyebarkan kepada anggota masyarakat.

Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pencegahan, Jabatan Alam Sekitar Pahang mewakili Pengarah JAS Pahang.

Peserta bersurai selepas menikmati sajian makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur seminar.

Setinggi penghargaan terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang selaku penganjur Seminar Kesederan Perlindungan Lapisan Ozon dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) & Local Agenda 21, Jabatan Pelajaran Pahang & Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan,

Dengan seminar kesedaran yang telah disertai tersebut, adalah diharapkan tanggal 16 SEPTEMBER setiap tahun akan menjadi lebih bermakna untuk dihayati dan diingati sebagai HARI SAMBUTAN OZON ANTARABANGSA dan di Malaysia demi kesejahteraan kehidupan sekarang dan generasi pewaris kita.

Adalah dirasakan seminar tersebut telah banyak menyedarkan para peserta dan amat diharapkan maklumat yang mereka dapati tersebut dikongsikan bersama dengan pihak lain.

1 comment:

Puan Rohani Mohmed said...

Tahniah di atas usaha menulis blog ini dan memberi informasi kepada masyarakat.Teruskan usaha dan semoga dapat update lagi dengan gambar2 aktiviti terbaru. Dan juga gambar2 pejabat baru.