Wednesday, November 18, 2009

SIJIL PENGHARGAAN & SIJIL PENYERTAAN

Salam Sejahtera !

PSK memberikan Sijil Penghargaan & Sijil Penyertaan kepada semua sekolah / institusi pendidikan dan para peserta yang menjayakan Pertandingan Sajak dan Fotografi Alam Semulajadi Sempena MASM Peringkat Negeri Pahang 2009 mulai 13 OGOS 2009 hingga 30 SEPTEMBER 2009.

** SIJIL PENGHARGAAN:

Diberikan kepada Pengetua Sembilanbelas (19) buah sekolah / institusi pendidikan seluruh negeri Pahang yang mengizinkan dan menggalakkan penyertaan pelajar di bawah tadbiran mereka atas kepercayaan kepada PSK selaku URUSETIA PERTANDINGAN.

** SIJIL PENYERTAAN:

Diberikan kepada seratus tujuh orang pelajar mewakili sembilanbelas buah sekolah / institusi pendidikan seluruh negeri Pahang yang telah mengambil inisiatif menyertai kedua-dua kategori iaitu SAJAK & FOTOGRAFI dalam dua kumpulan:

(a) Kumpulan A: Pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
(b) Kumpulan B: Pelajar Tingkatan 4 hingga 5.


Pengalaman sendiri dialami para peserta dan maklumat berkaitan yang diperolehi dalam proses menyediakan diri untuk penyertaan pertandingan SAJAK & FOTOGRAFI tersebut adalah hadiah yang amat berharga buat semua peserta. Jadikanlah sijil yang diberikan sebagai hadiah untuk diabadikan dalam sejarah laluan hidup para peserta.

Terima kasih kepada semua pengetua dan pelajar serta para guru yang turut menyumbang masa dan tenaga membimbing peserta sekolah / institusi pendidikan masing-masing.

Terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang atas kepercayaan diberikan pada PSK mengendalikan pertandingan SAJAK & FOTOGRAFI hingga selesai.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak menjayakan pertandingan SAJAK & FOTOGRAFI menjadi kenyataan. Mohon maaf andai kata terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan

Semua SIJIL PENGHARGAAN & SIJIL PENYERTAAN telah dihantar kepada Pengetua dan para peserta melalui kiriman pos pada 17 NOVEMBER 2009 lepas dialamatkan kepada sekolah / institusi pendidikan berkenaan.

Catatan:
Bendahari PSK
Mewakili PSK & URUSETIA PERTANDINGAN
Tarikh: 18 NOVEMBER 2009.

No comments: