Monday, October 5, 2009

76 SAJAK & 70 FOTO !


ALAMAT URUSETIA PERTANDINGAN DIPAPARKAN DENGAN JELAS DILALUAN NAIK KE TINGKAT 1, PEJABAT PSK TEMPAT PENGUMPULAN KIRIMAN / HANTARAN PENYERTAAN PERTANDINGAN SAJAK & FOTO.


Syukurlah atas sambutan penyertaan menggalakkan dalam Pertandingan Sajak & Foto bagi pelajar peringkat sekolah menengah Negeri Pahang yang tamat pada 30 SEPTEMBER 2009.


Sebanyak 76 buah sajak dan 70 keping foto bagi kedua-dua kategori A (tingkatan 1-3) & B(tingkatan 4-5) telah diterima oleh URUSETIA PERTANDINGAN melalui sekolah/Institusi pendidikan dan juga kiriman peserta secara persendirian.


Kami merakamkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua Pengetua atas skongan baik secara langsung dan tidak langsung yang sudi menghebahkan tentang pertandingan tersebut serta mengambil inisiatif menghantar kepada URUSETIA PERTANDINGAN semua penyertaan sekolah / institusi pendidikan masing-masing.


Kepada semua Pegawai Pelajaran daerah juga diucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan baik secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan Pertandingan Sajak & Fotografi tersebut.


Setelah semakan penyertaan dibuat dan dikemaskini, berikut adalah senarai nama daerah pentadbiran pelajaran (susunan abjad) yang menyertai pertandingan:

  • Daerah Bentong
  • Daerah Jerantut
  • Daerah Kuantan
  • Daerah Lipis
  • Daerah Maran
  • Daerah Raub
  • Daerah Rompin
  • Daerah Temerloh

Semoga uasaha bersama kita dalam menyemai rasa kecintaan kepada pemeliharaan alam semula jadi semenjak generasi kita di bangku sekolah lagi akan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Mesej amat jelas bahawa tiada pengecualian kepada sesiapa dalam tanggungjawab usaha bersama pemeliharaan alam semula jadi untuk masa depan generasi kita.

Adalah diharapkan kerjasama PSK sebagai sebuah NGO berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar Pahang dan kebenaran Jabatan Pelajaran Pahang akan diteruskan kepada kumpulan pelajar dan para pendidik di sekolah / intitusi pendidikan dari semasa ke semasa dalam menggerakkan seluruh lapisan masyarakat mencapai hasrat bersama negeri yang kita duduki ini tidak menjadi mangsa kerakusan akal & tangan manusia sendiri dalam mengejar keselesaan hidup seharian.

Pihak PSK bersedia berkongsi pengalaman dan tidak keberatan menjayakan program berkaitan dengan pihak sekolah dalam aktiviti kokurikulum sekolah dan juga pihak-pihak lain.

Seperti tercatat dalam Syarat Penyertaan Para 12, semua pemenang akan dimaklukan melalui surat kepada pengetua sekolah/institusi pendidikan masing-masing untuk Majlis Penyampaian Hadiah oleh jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Pahang tahun 2009.

"Pemeliharaan Alam Semulajadi Untuk Masa Hadapan" diharapkan sentiasa dihayati dan digunapakai dala kehidupan seharian kita.

Catatan:

Benadahri PSK mewakili URUESTIA PERTANDINGAN

Tarikh: 05 OKTOBER 2009.

No comments: