PERTANDINGAN SAJAK & FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI
SEMPENA KEMPEN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA
PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009
Anjuran Bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang
dan Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)
- Penganjuran aktiviti / program bertujuan membolehkan pelajar peringkat sekolah menengah di Negeri Pahang memahami dan mengamalkan pemeliharaan ALAM SEMULAJADI dalam kehidupan mereka dengan Tema "Pemeliharaan Alam Semulajadi Untuk Masa Hadapan"
- Sasaran penyertaan adalah pelajar-pelajar peringkat menengah (Tingkatan 1 - 5) di bawah tadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
- Tarikh penghantaraan penyertaan SAJAK dan FOTOGRAFI bermula pada 13 OGOS 2009 hingga 23 SEPTEMBER 2009 dan perlu dihantar ke alamat:
- Surat pemberitahuan pertandingan telah dihantar melalui pos kepada semua sekolah berkenaan dalam Negeri Pahang. Jika ada sekolah yang tidak menerima surat pemberitahuan mengandungi BORANG PENYERTAAN, SYARAT-SYARAT PENYERTAAN dan HADIAH-HADIAH menarik yang ditawarkan oleh penganjur, sila hubungi URUSETIA PERTANDINGAN.
- Sebarang pindaan syarat-syarat pertandingan adalah hak mutlak pihak penganjur.
- Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
- Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Semua Pegawai Pelajaran Daerah di Negeri Pahang, Semua Pengetua berkenaan dan Yang DiPertua Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) serta semua orang perseorangan terlibat kerana komitmen dan prihatin akan kepentingan Alam Semulajadi untuk generasi perwaris kita.
URUSETIA PERTANDINGAN
PERTANDINGAN SAJAK ALAM SEMULAJADI
D/A Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)
B-2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4,
dan
URUSETIA PERTANDINGAN
PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI
D/A Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)
B-2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4,
Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan.
Tarikh: 17 OGOS 2009 (ISNIN)
No comments:
Post a Comment