Setiap negeri diagihkan satu set perlatan untuk digunakan amali di lapangan pada 3 lokasi yang ditetapkan:
Lokasi 1 ( hulu Sg Galing Besar - Perumahan RRM Semambu) Lokasi 2 ( pertengahan Sg Galing Besar - Perindustrian Semambu) Lokasi 3 ( dekat muara Sg. Galing Besar - Vistana Hotel Kuantan)
TUJUAN / MATLAMAT:
Tujuan utama untuk mengetengahkan peranan masyarakat dalam pentadbiran setempat melalui proses kerjasama dengan Kerajaan Tempatan ( PBT ) dan agensi-agensi Kerajaan supaya mencapai pembangunan mapan dan kesinambungan yang akan menjamin kesejahteraan hidup rakyat jelata di Kuantan
PANCACARA PERJUANGAN PSK
Melalui program PSK diharapkan warga Kuantan menyedari akan keperluan:
a)Bandar mesra rakyat dan habitat hidup sejahtera
b) Pemeliharaan alam dan persekitaran yang sempurna
c) Menentukan pembangunan ekonomi yang stabil
d) Mewujudkan identiti tersendiri berdasarkan aset alam semulajadi, sejarah dan budaya tempatan
e)Menyediakan pengurusan dan pentadbiran cekap dan berkesan.
No comments:
Post a Comment