Tuesday, July 15, 2008

WATER FOR LIFE: CAPACITY BUILDING WORKSHOP


Pemudahcara: Sdra Piarapakaran dari FOMCA


BACKDROPS: RINGKAS TAPI BERMAKNA !



SESI PERTAMA: CERAMAH "Water For Life: A Truth"
[mewakili PSK & SUSDEN sebagai peserta]


SESI KEDUA: PESERTA KUMPULAN A BERBINCANG


SESI PEMBENTANGAN:
EN. RAHIM ( Jabatan Hutan) SELAKU KETUA KUMPULAN A MELAPORKAN HASIL BENGKEL KUMPULAN



SESI PEMBENTANGAN:
SDRA SHEIKH ( Guru SMK Pekan) mewakili kumpulannya melaporkan hasil bengkel.



KEMPEN KESEDARAN
PENJIMATAN AIR KEBANGSAAN
ANJURAN BERSAMA
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI (KTAK)
& GABUNGAN PERSATUAN PENGGUNA-PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA)

Tarikh : 15 JULAI 2008 ( Selasa)
Masa : 9.00 pg - 1.00 tgh
Tempat: Hotel Grand Continental,
Kuantan, Pahang D.M



Dengan tema " Air Teras Kehidupan", FOMCA & KTAK telah mengundang sebanyak 100 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil Agensi Kerajaan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Hutan Pahang, Pengilang, Swasta, Guru Sekolah (dari daerah Kuantan & Pekan)mewakili Jabatan Pelajaran Pahang, NGO dan lain-lain.

PSK & SUSDEN Malaysia turut serta menghantar peserta bersama-sama NGO lain.

Di antara objektif penganjuran bersama KTAK & FOMCA dalam Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan sepanjang tempoh Julai 2006 - Jun 2008 dengan lokasi terakhir di Kuantan:-

=>Pemberian maklumat serta pendidikan pengguna mengenai sumber air dan keperluan penjimatan air

=>Meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk mengurangkan pembaziran air

=>Menanam sifat tanggungjawab dalam kalangan masyarakat dan komuniti

=>Menggalakkan penjimatan air, mengurangkan pencemaran dan pemeliharaan sumber air dalam kalangan industri air di negara kita.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mengisytiharkan tahun 2005 sehingga 2015 sebagai "Dekad Antarabangsa Untuk Beraksi" bermula dengan tema "Air Teras Kehidupan"

Perasmian disempurnakan oleh En. Roslan wakil kepada YBhg Tuan Haji Japar bin Abu , KTAK.En. Piarapakaran Subramaniam selaku Pengurus Program telah bertindak sebagai pemudahcara program.

Para peserta telah mengikuti ceramah " Water For Life: A Truth" disampaikan sendiri oleh En. Piarapakaran dalam Sesi Pertama.

Peserta berbincang mengikut kumpulan bengkel yang telah diagihkan oleh pihak penganjur berfokuskan kepada tiga aspek WHERE ? WHAT ? HOW ?. Seperti biasa setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan ketiga-tiga aspek tersebut.

Adalah diharapkan kempen bersama KTAK & FOMCA yang mensasarkan sebanyak mungkin peserta dan di pelbagai lokasi dan penyertaan peserta daripada berbagai kumpulan masyarakat akan mencapai penjimatan sebanyak 10 peratus dalam sektor domestik.

Kerjasama para peserta yang hadir memanjangkan dan mempraktikkan dapatan program tersebut membolehkan hasrata KTAK & FOMCA mencapai objektifnya.

PSK & SUSDEN merakamkan berbayak terima kasih kepada penganjur bersama KTAK & FOMCA yang sudi menjemput kami selaku NGO yang berpejabat di Kuantan, Pahang menyertai program yang sangat bermanfaat tersebut.

Semoga hubungan baik KTAK & FOMCA dengan kami akan terus berpanjangan dalam memantapkan lagi program-program NGO berkhidmat kepada komuniti dan negara.

Sesungguhnya PSK & SUSDEN semenjak penubuhannya selaku NGO berdaftar tidak ketinggalan memainkan peranan sebaik mungkin menjayakan aktiviti kemasyarakatan supaya kesejahteraan kita sebagai rakyat di bumi Malaysia bertuah ini akan sentiasa terpelihara dan dapat diwarisi oleh generasi pewaris kita.

Harapan kepada KTAK & FOMCA akan terus sudi melibatkan kami dalam aktiviti bermatlamat sama untuk kesejahteraan penduduk seluruhnya.

Terima kasih daun keladi, sudikanlah jemput lagi !

Catatan oleh: Bendahari PSK (16.07.2008)