Tuesday, November 22, 2011

HARI KITAR SEMULA PERINGKAT KEBANGSAAN 2011


PROGRAM ROADTOUR 1 MALAYSIA PPSPPA BERSAMA RTM.

Sempena Hari Kita Semula Peringkat Kebangsaan 2011, PPSPPA ( Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam) Negeri Pahang akan mengadakan “Program Roadtour 1 Malaysia PPSPPA Bersama RTM” di Negeri Pahang pada 20 Disember 2011(Tertakluk kepada pindaan)

Mesyuarat Jawatankuasa pelaksanaan program tersebut telah diadakan pada 22 November 2011 di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, Lot. B-568 , Kuantan Autocity, Jalan Beserah , Kuantan dengan dipengerusikan oleh Pengarah PPSPPA Negeri Pahang.

PSK menghadiri mesyuarat dengan diwakili oleh Pengerusi dan Bendahari selaku NGO yang dijemput untuk bersama-sama dalam program & aktiviti yang memanfaatkan warga Kuantan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada PPSPPA atas kepercayaan menjadikan PSK sebagai sahabat/regu dalam menjayakan program pada 20 Disember 2011 dan diharapkan kekal berterusan.

Sikap positif Pengarah PPSPPA Negeri Pahang terhadap peranan PSK amatlah dihargai.

Jika ada ruang pada tahun 2012, PSK bersedia berkerjasama dengan pihak PPSPPA Negeri Pahang melaksanakan program / aktiviti memupuk kesedaran bercorak pendidikan kepada golongan murid sekolah peringkat negeri Pahang sebagai generasi pewaris kita. Insyaalah.

Pengalaman PSK dalam menjayakan program-program dengan kerjasama Pejabat SUK Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Kebajikan Masyarakat, UNDP-GEF-SGP (PBB / UN), SUSDEN, FOMCA serta lain-lain jabatan/agesi dan NGO akan dijadikan panduan untuk berama-sama PPSPPA Negeri Pahang menjayakan kempen murni berkaitan pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam.

Semoga inisiatif PSK dalam merealisasikan kesejahteraan warga Kuantan dengan semua jabatan / agensi kerajaan , swasta dan NGO lain mencapai matlamat penubuhan “PANCACARA PERJUANGAN PSK” semenjak pendaftaran PSK sebagai NGO tahun 2003 lagi.

“KEMPEN KITAR SEMULA – FIKIR DULU SEBELUM BUANG”


catatan:
Bendahari PSK
Tarikh: 22 November 2011.