Saturday, August 14, 2010

PELANCARAN KEMPEN MEMELIHARA SUNGAI KUANTAN @ KRCC (KUANTAN RIVER CARE CAMPAIGN)

BROCHURE SEMPENA PELANCARAN KEMPEN
(Versi BM & Versi Bahasa Inggeris)


(versi B.Inggeris)

(versi B.Inggeris)

(versi BM)

(Versi BM)

SUNGAI KITA KHAZANAH BERSAMA

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) secara rasmi telah melancarkan Kempen memelihara Sungai Kuantan @ KRCC pada 31 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Pinang Majestic, Bangunan Majlis Perbandaran Kuantan.

Pelancaran rasmi kempen disempurnakan oleh Presiden PSK mewakili Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan yang tidak dapat hadir.

Presiden PSK telah mengimbau kembali sejarah penglibatan PSK dalam memelihara sungai Kuantan pada 20 Mac 2005 sempena Hari Air Sedunia yang bertujuan meningkatkan kesedaran, pendidikan dan penglibatan masyarakat tempatan dalam pemeliharaan Sungai kuantan serta menghargai kepentingan sungai.

Sungai Kuantan adalah antara lambang sejarah bandar Kuantan sendiri. Sungai ini memainkan peranan penting dalam petempatan awal bandar Kuantan hinggalah menjadi sebuah bandar penting selaku Ibu Negeri Pahang.

Sungai kuantan adalah khazanah bersama kita yang menjadi tanggungjawab seluruh warga Kuantan baik secara individu, pihak Majlis Perbandaran Kuantan, Kerajaan Negeri, Jabatan & Agensi Kerajaan berkaitan dan semua NGO tanpa kecuali.

Projek ini adalah inisiatif ke arah mengukuhkan lagi kempen rasmi ini. Proses melibatkan semua masyarakat serta pentadbiran tempatan bagi membangkitkan semula pemahaman bagaimana ekosistem sungai perlu diurus. Semua warga Kuantan adalah kunci kepada kejayaan mengekalkan sungai dan persekitaran yang sihat.

PSK amat berterima kasih kepada Global Environment Facility/Small Grants Programme (GEF/SGP) kerana kepercayaan menjadi rakan kongsi menjayakan Kempen Memelihara Sungai Kuantan @ KRCC kali ini.

PSK juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada RTM melalui Radio Pahang FM dan akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang melaporkan majlis pelancaran tersebut.

Broucher berkaitan dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris telah dicetak untuk edaran sempena pelancaran rasmi kempen tersebut.

Mendiang Bishan Singh, AMN., JP (1944 -2006) selaku pengasas Persatuan Sejahtera Kuantan mengingatkan “ We are part of the problem, We are also part of the solution”.

Kitalah baik individu mahu pun jabatan, agensi dan NGO tanpa kecuali melibatkan diri dalam menjayakan usaha murni “Kempen Memelihara Sungai Kuantan @ KRCC”

catatan oleh:
Bendahari PSK.

Thursday, August 5, 2010

KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK PSK SESI 2010/2011 PADA AGM KALI KE 07 (31.07.2010) DI MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN

SENARAI JAWATANKUASA BAGI SESI 2010/2011

1. YANG DIPERTUA
TUAN HJ ISMAIL BIN NIHAT

2. TIM. YANG DIPERTUA
EN. USOLLUDIN BIN ARIPPIN

3. SETIAUSAHA
PN HJH ROHANI MOHAMED

4. PEN. SETIAUSAHA
PN. HJH RAMLAH BT HJ MMOHAMAD

5. BENDAHARI
EN MOHD SHARI MD PILUS

6. AHLI-AHLI JAWATANKUASA

(I) PN PN HJH AESHAH BT SAID
(II) PN VIJAYA P. NAIR
(III) PN WONG CHOO CHING
( IV) EN NIK AMERAN BIN NIK SOH
(V) EN. KASINADAN PERUMAL
(VI) TUAN HJ MOHD BASRI BIN HUSAIN
(VII) PN HAMIDAH ALUS

JURUAUDIT:

1. EN LIM CHAY KOK @ CHARLES
2. PN S. SUSHILA

TAHNIAH ATAS PEMILIHAN DAN KESANGGUPAN MENERIMA AMANAH
SEBAGAI JAWATANKUASA PENTADBIR SESI 2010/2011

DIHARAPKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN AJK DAPAT DIGEMBLENG
DALAM MEMANTAPKAN PSK SEBAGAI KESINAMBUNGAN
KEPADA PENTADBIRAN SESI YANG DAHULU.

KEPADA SEMUA AJK YANG PERNAH MENABUR BAKTI
BERKHIDMAT SEBAGAI AJK SESI-SESI DAHULU,
KAMI MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH
DAN BERSAMALAH KITA SEBAGAI AHLI PSK
BERKHIDMAT KEPADA PSK DAN SELURUH WARGA KUANTAN.

Wednesday, July 14, 2010

PROGRAM KESEDARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN WANITA


BACKDROP PROGRAM....

CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH JAIP...

CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH KSH....

CENDERAHATI UNTUK PENCERAMAH IPD KUANTAN...

SEBAHAGIAN PESERTA GAMBAR BERAMAI...termasuk Pn Hjh Rohani (SU PSK)

SEBAHAGIAN PESERTA PROGRAM.. Cik Salawati dari PSK (kanan)

PARA PESERTA SERTAI EXERCISES 'GERAK BADAN' ....Oleh KSH

Tarikh: 13 Julai 2010 ( Selasa)
Masa: 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Bilik Seminar, Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan.

Selepas pendaftaran peserta dan taklimat perjalanan program, pogram dilaksanakan seperti yang telah dijadualkan.
Tiga Ceramah telah disampaikan oleh para penceramah yang pakar dalam bidang berkaitan:
CERAMAH SATU:
“Isu-Isu Keselamatn Wanita (City Survival)”
Oleh ASP Raja Maznah bt Raja Ghazali
Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD Kuantan)

CERAMAH DUA:
“Osteoporosis dan Rheumatiod Arthrotis”
Oleh Fisiotraphi Dr Sharifah Nadiah bt Sy Md Saifudin
Hospital Pakar Kuantan (KSH)

CERAMAH TIGA:
“Amalan-Amalan Melindungi Diri Wanita”
Oleh Ustaz Badlishah bin Alaudin
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)

Semua pesrta seminar adalah kaum wanita meliputi semua lapisan masyarakat termasuk kakitangan kerajaan, wakil-wakil NGO dan orang perseorangan telah banyak mendapat manfaat sepanjang mengikuti proram tersebut.

Fokus ketiga-tiga ceramah adalah menjurus kepada kesejahteraan kaum wanita dalam menghadapi kehidupan harian masa kini mencakupi hal keselamatan diri & keluarga, penjagaan kesihatan dan suntikan amalan mengikut sudut Islam.

PersatuanSejahtera Kuantan telah menghantar wakil-wakil terdiri daripada Pn Hjh Rohani, Pn Rosdah dan Cik Salawati.

PSK merakamkan berbanyak terima kasih kepada MPK (Majlis Perbandaran Kuantan) selaku penganjur program.

Laporan oleh: Bendahari PSK
Tarikh:14.07.2010

Friday, June 4, 2010

PINDAH RUANG PEJABAT & PETUGAS SUKARELAWAN BARU PSK.


PINTU MASUK KE RUANG PEJABAT PSK....

DALAM RUANG PEJABAT .... LEBIH LUAS & SELESA.

DALAM RUANG PEJABAT .... LEBIH LUAS & SELESA.

MESIN FAX, PRINTER, KOMPUTER, TELEFON + KEMUDAHAN INTERNET...MUDAHKAN KOMUNIKASI

Hari ini 04 JUN 2010 (Jumaat) Pejabat PSK berpindah lagi ke ruang bilik Pejabat baru atas jasa baik tuan punya premis aras sama Tingkat 1, B-2114, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Hj Ahmad, Kuantan.

Untuk rekod, kerja-kerja perpindahan ke premis sekarang dari premis dahulu Tingkat 1, B-2118, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Hj Ahmad, Kuantan kira-kira dua tahun dahulu pada 28 & 29 JUN 2008.

Ruang bilik Pejabat baru ini lebih selesa berbanding ruang pejabat dahulu pada aras sama.

Kerja-kerja perpindahan dilakukan berperingkat-peringkat secara dalaman usahasama Setiausaha, Bendahari dan Petugas Sukarelawan PSK baru sehingga selesai.

Selamat Datang & Selamat Bertugas kepada Cik Salawati bte Makhtar ,Petugas Sukarelawan PSK baru yang telah memulakan tugas di PSK pada 01 JUN 2010 (selasa).

Beliau bertugas waktu pejabat 8.30 pg hingga 4.30 ptg termasuk waktu rehat & waktu untuk makan minum lima hari seminggu iaitu isnin, selasa , rabu, khamis dan jumaat. Peiabat PSK ditutup mengikut cuti umum Kerajaan Negeri & Kerajaan Persekutuan.

Adalah diharapkan Petugas baru PSK akan dapat menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan dari semasa ke semasa dengan pembelian computer dan fax machine baru dalam usaha PSK memantapkan lagi pengurusan pejabat dan organisasi PSK sendiri.

Nombor Telefon : 09-5178300 dan Faksimili PSK : 09-5178303 masih dikekalkan seperti dahulu.

PSK juga boleh dihubungi melalui email PSK iaitu sejahterakuantan@gmail.com .


Catatan:
Bendahari PSK
04.06.2010 (Jumaat)

Tuesday, May 25, 2010

PSK – Kuantan Animal Rescue & Education ( KARE )

KARE sebahagian daripada sayap aktiviti PSK akan menganjurkan MAKAN MALAM AMAL TAHUNAN KE-2 KARE 2010 pada ketetapan berikut

Tarikh : 19 JUN 2010 ( Sabtu )

Masa : 7.30 mlm

Tempat : Restoran Kamunlau,Tanjung Lumpur, Kuantan (Non-Halal)

Objektif : (a) Bagi mengmpul dana untuk membiayai Kempen
Kembiri/Pemandulan di mana pihak KARE
memberi sejumlah subsidi untuk pemilik haiwan
peliharaan seperti anjing dan kucing.

(b) Menganjur kesedaran awam tentang kewujudan serta
peranan KARE dalam membela nasib haiwan di bandar
Kuantan.


Surat Tuan Dr Lean V. Lee selaku Presiden KARE bertarikh 20 APRIL 2010 kepada Yang DiPertua PSK telah memohon jasabaik PSK sumbangan kewangan bagi menjalankan aktiviti tersebut di atas.

Atas hasrat murni seperti objektif dinyatakan berkaitan kehidupan haiwan peliharaan di bandar Kuantan, pihak PSK telah menyumbangkan derma sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) tunai yang telah disampaikan oleh YDP PSK kepada wakil KARE pada 17 MEI 2010.

Kepada warga Kuantan khasnya dan semua pihak dermawan atas rasa kecintaan kita kepada haiwan peliharaan, amatlah dialukan sumbangan kewangan seikhlas hati. Sila hubungi alamat berikut:

PSK – Kuantan Animal Rescue & Education (KARE)
B-3680, Lorong Galing 6,
Jalan Haji Ahmad,
25300 Kuantan, Pahang.

Tel: 019-981 8818
Fax: 09-517 2233


Segala perhatian, kerjasama serta sumbangan dari pihak tuan amatlah dihargai.

Catatan:
Bendahari PSK
25.05.2010.

Saturday, May 22, 2010

GAMBAR PROGRAM KESEDARAN SG GALING 22.05.2010


SEBAHAGIAN SG GALING...BERHAMPIRAN TAPAK "PROGRAM KESEDARAN SG GALING"...1N1S..

AKTIVITI KANAK-KANAK.....SEDIA UNTUK PERTANDINGAN MEWARNA..

AKTIVITI KANAK-KANAK.....SIAPA CEPAT BANYAK DAPAT !...

BALINGAN EM MUDBALL...OLEH KOMUNITI

PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA...OLEH UIAM-Kuliah Perubatan Indera Mahkota, Kuantan

"EM BALL"...YANG DIBALING / MASUKAN KE SG GALING...

BALINGAN EM MUDBALL KE SG GALING...IKUT SERTA BENDAHARI PSK...

SETIAUSAHA PSK (tudung hitam)PENGUNJUNG/PESERTA PAMERAN...

TIP MAKLUMAT - KENALI TAHAP KUALITI AIR SUNGAI

KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING



Syukurlah hasil perbincangan BMP tentang Sungai Galing, Pahang pada 22 APRIL 2010 yang PSK dijemput bersama dalam perbincangan telah direalisasikan pada 22 MEI 2010 (SABTU) mulai jam 7.30 pagi bertempat di Pinggiran Sungai Galing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

PSK telah diwakili oleh Setiausaha dan Bendahari mengikuti akriviti/ program yang telah disusunatur oleh JPS Pahang selaku penganjur "KEMPEN KESEDARAN SUNGAI GALING".

Acara awal adalah senamrobik yang ikut disertai oleh setiausaha sungguh meriah kerana ikut sama YB Chang Hong Seong (ADUN Teruntum), Pengarah & Timbalan Pengarah JPS Pahang,kakitangan JPS sendiri dan hadirin. Acara Senamrobik telah dipimpin oleh jurulatih khas dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB ADUN Teruntum sebaik selesai minum pagi.YB dan VIP telah melawat pameran berhampiran Sungai Galing.

Setiusaha PSK telah mengambil bahagian dalam acara Deklamasi Sajak/Puisi (Terbuka). Acara lain termasuklah Sukaneka (Terbuka). Karaoke (Terbuka), Pakaian Beragam - Bertemakan Alam Sekitar, Pertandingan Mewarna (Bawah 6 Tahun), Pemeriksaan Kesihatan Percuma ( Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - Kulliah Perubatan & SHAHPUTRA), Pameran Kesedaran Sungai Galing, Demontrasi Water Quality / EM Mudball dan diadakan Cabutan Nombor Pengunjung Bertuah.

Aturcara program diakhiri dengan Jamuan makan tengah hari.

Melihatkan kehadiran pengunjung kebanyakannya bersama isi keluarga dan aturcara melibatkan kanak-kanak dan ibu bapa mereka, jelaslah program anjuran JPS Pahang ini ke arah laluan yang tepat kerana anak-anak pewaris bangsa kita telah didedahkan dengan kesedaran pemeliharaan sungai melalui aktiviti yang disediakan.

Syabas kepada seluruh tenaga urusetia yang menjayakan program amat memanfaatkan tersebut.

Sebagai sumbangan bersama berterusan gunakanlah:
JPS CARELINE >>> 1 - 300 - 80 - 1010



Catatan:
Bendahari PSK
22.05.2010.