Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT DATANG KE KUANTAN

Makluman kepada sekolah menengah / institusi pendidikan dan pelajar berkenaan yang menyertai pertandingan SAJAK dan FOTOGRAFI sempena MASM Peringkat negeri Pahang 2009.

INSYAALLAH jika tiada halangan, Majlis Pelancaran Rasmi MASM Peringkat Negeri Pahang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :
05 NOVEMBER 2009 ( Khamis )

Tempat :
Dewan Utama
Wisma Belia
Indera Mahkota
Kuantan
(Berhampiran Kolej SHAHPUTRA)

Tokoh Perasmi:
YB Dato’ Hoh Khai Mun , Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri pahang.

Pihak sekolah / institusi pendidikan berkenaan akan dihubungi untuk tujuan majlis tersebut dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Sedikit pindaan dibuat kepada bilangan penerima dan nilai tunai kepada semua pemenang termasuk saguhati kerana setiap penerima hadiah dihadiahkan juga berupa barangan iringan.

Semua pihak yang berkenaan akan dihubungi oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.

Tahniah dan terima kasih kepada para Panel Hakim yang selesai menyempurnakan penilaian untuk menentukan kedudukan para pemenang dalam masa ditentukan.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak melaksanakan Pertandingan SAJAK dan FOTOGRAFI bertemakan “ Alam Semulajadi Untuk Masa Hadapan”

Catatan:
Urusetia Pertandingan Sajak & Fotografi Alam Semulajadi 2009.

Tarikh: 28 Oktober 2009.

Monday, October 5, 2009

76 SAJAK & 70 FOTO !


ALAMAT URUSETIA PERTANDINGAN DIPAPARKAN DENGAN JELAS DILALUAN NAIK KE TINGKAT 1, PEJABAT PSK TEMPAT PENGUMPULAN KIRIMAN / HANTARAN PENYERTAAN PERTANDINGAN SAJAK & FOTO.


Syukurlah atas sambutan penyertaan menggalakkan dalam Pertandingan Sajak & Foto bagi pelajar peringkat sekolah menengah Negeri Pahang yang tamat pada 30 SEPTEMBER 2009.


Sebanyak 76 buah sajak dan 70 keping foto bagi kedua-dua kategori A (tingkatan 1-3) & B(tingkatan 4-5) telah diterima oleh URUSETIA PERTANDINGAN melalui sekolah/Institusi pendidikan dan juga kiriman peserta secara persendirian.


Kami merakamkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua Pengetua atas skongan baik secara langsung dan tidak langsung yang sudi menghebahkan tentang pertandingan tersebut serta mengambil inisiatif menghantar kepada URUSETIA PERTANDINGAN semua penyertaan sekolah / institusi pendidikan masing-masing.


Kepada semua Pegawai Pelajaran daerah juga diucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas sokongan baik secara langsung mahupun tidak langsung menjayakan Pertandingan Sajak & Fotografi tersebut.


Setelah semakan penyertaan dibuat dan dikemaskini, berikut adalah senarai nama daerah pentadbiran pelajaran (susunan abjad) yang menyertai pertandingan:

  • Daerah Bentong
  • Daerah Jerantut
  • Daerah Kuantan
  • Daerah Lipis
  • Daerah Maran
  • Daerah Raub
  • Daerah Rompin
  • Daerah Temerloh

Semoga uasaha bersama kita dalam menyemai rasa kecintaan kepada pemeliharaan alam semula jadi semenjak generasi kita di bangku sekolah lagi akan dapat diteruskan pada masa hadapan.

Mesej amat jelas bahawa tiada pengecualian kepada sesiapa dalam tanggungjawab usaha bersama pemeliharaan alam semula jadi untuk masa depan generasi kita.

Adalah diharapkan kerjasama PSK sebagai sebuah NGO berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar Pahang dan kebenaran Jabatan Pelajaran Pahang akan diteruskan kepada kumpulan pelajar dan para pendidik di sekolah / intitusi pendidikan dari semasa ke semasa dalam menggerakkan seluruh lapisan masyarakat mencapai hasrat bersama negeri yang kita duduki ini tidak menjadi mangsa kerakusan akal & tangan manusia sendiri dalam mengejar keselesaan hidup seharian.

Pihak PSK bersedia berkongsi pengalaman dan tidak keberatan menjayakan program berkaitan dengan pihak sekolah dalam aktiviti kokurikulum sekolah dan juga pihak-pihak lain.

Seperti tercatat dalam Syarat Penyertaan Para 12, semua pemenang akan dimaklukan melalui surat kepada pengetua sekolah/institusi pendidikan masing-masing untuk Majlis Penyampaian Hadiah oleh jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Negeri Pahang tahun 2009.

"Pemeliharaan Alam Semulajadi Untuk Masa Hadapan" diharapkan sentiasa dihayati dan digunapakai dala kehidupan seharian kita.

Catatan:

Benadahri PSK mewakili URUESTIA PERTANDINGAN

Tarikh: 05 OKTOBER 2009.

Wednesday, September 30, 2009

KEMASKINI MAKLUMAT PENYERTAAN PERTANDINGAN SAJAK & FOTO 2009


JAM 12.40tgh;01.10.2009;KHAMIS - Cik Marsitah, petugas PSK sedang mengemaskini maklumat penyertaan pertandingan yang dihantar oleh sekolah-sekolah dan peserta-peserta yang diterima sehingga pagi 01.10.2009 untuk tujuan rekod dan mengenalpasti sambutan penyertaan sekolah mengikut daerah-daerah berdasarkan surat pemberitahuan dan borang-borang pertandingan yang telah dihantar kepada semua sekolah menengah/institusi pendidikan di negeri Pahang.

Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan bekerjasama menjayakan usaha murni bersama menanamkan kesedaran bahawa usaha pemeliharaan alam sekitar menjadi tanggungjawab bersama dan kekal berterusan bermula dari alam persekolahan lagi.

Catatan:
Bendahari PSK mewakili Urusetia Pertandingan

Tuesday, September 29, 2009

PENYERTAAN DITERIMA PADA 24,25,28&29.09.2009


GAMBAR SEBAHAGIAN SAMPUL SURAT KIRIMAN
PENYERTAAN OLEH SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
DAN INDIVIDU YANG DIRAKAMKAN UNTUK REKOD:

PIHAK URUSETIA PERTANDINGAN MERAKAMKAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
KEPADA SEMUA PENGETUA , GURU-GURU TERLIBAT DAN
PELAJAR YANG BERSAMA-SAMA MENYERTAI PERTANDINGAN
SAJAK & FOTO ANJURAN BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR PAHANG
DAN PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN( PSK ) DENGAN KEBENARAN/
KERJASAMA JABATAN PELAJARAN PAHANG DAN SEMUA PEJABAT
PELAJARAN DAERAH NEGERI PAHANG.

SEMUA PEMENANG AKAN DIHUBUNGI MELALUI SEKOLAH
OLEH PIHAK URUSETIA BAGAI MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH.

SEBARANG URUSAN BERKAITAN BOLEH HUBUNGI URUSETIA
PERTANDINGAN DI PEJABAT PSK DI TALIAN: 09-5178300 DAN
FAKS: 09-5178303 PADA WAKTU PEJABAT (ISNIN - JUMAAT)

CATATAN:
URUSETIA PERTANDINGAN

30.09.2009 - rabu.

Wednesday, September 9, 2009

PERUBAHAN TARIKH TUTUP PERTANDINGAN SAJAK & FOTOGRAFI

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA URUSETIA PERTANDINGAN
MEMUTUSKAN UNTUK MELANJUTKAN TARIKH TUTUP
PERTANDINGAN SAJAK DAN FOTOGRAFI PADA 30 SEPT. 2009
IATU SELEPAS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1430 HIJRAH

CATATAN:
BENDAHARI PSK MEWAKILI URUSETIA PERTANDINMGAN
TARIKH: 10 SEPTEMBER 2009

Monday, August 17, 2009

PERTANDINGAN SAJAK & FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI

PERTANDINGAN SAJAK & FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI

SEMPENA KEMPEN MINGGU ALAM SEKITAR MALAYSIA

PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009

Anjuran Bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang

dan Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)


  1. Penganjuran aktiviti / program bertujuan membolehkan pelajar peringkat sekolah menengah di Negeri Pahang memahami dan mengamalkan pemeliharaan ALAM SEMULAJADI dalam kehidupan mereka dengan Tema "Pemeliharaan Alam Semulajadi Untuk Masa Hadapan"
  2. Sasaran penyertaan adalah pelajar-pelajar peringkat menengah (Tingkatan 1 - 5) di bawah tadbiran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang termasuk Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  3. Tarikh penghantaraan penyertaan SAJAK dan FOTOGRAFI bermula pada 13 OGOS 2009 hingga 23 SEPTEMBER 2009 dan perlu dihantar ke alamat:


  4. URUSETIA PERTANDINGAN

    PERTANDINGAN SAJAK ALAM SEMULAJADI

    D/A Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)

    B-2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4,

    Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan.

    dan

    URUSETIA PERTANDINGAN
    PERTANDINGAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI
    D/A Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)
    B-2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4,
    Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan.

  5. Surat pemberitahuan pertandingan telah dihantar melalui pos kepada semua sekolah berkenaan dalam Negeri Pahang. Jika ada sekolah yang tidak menerima surat pemberitahuan mengandungi BORANG PENYERTAAN, SYARAT-SYARAT PENYERTAAN dan HADIAH-HADIAH menarik yang ditawarkan oleh penganjur, sila hubungi URUSETIA PERTANDINGAN.
  6. Sebarang pindaan syarat-syarat pertandingan adalah hak mutlak pihak penganjur.
  7. Keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
  8. Setinggi-tinggi Penghargaan kepada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pahang, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Semua Pegawai Pelajaran Daerah di Negeri Pahang, Semua Pengetua berkenaan dan Yang DiPertua Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) serta semua orang perseorangan terlibat kerana komitmen dan prihatin akan kepentingan Alam Semulajadi untuk generasi perwaris kita.
Catatan: Bendahari PSK mewakili URUSETIA PERTANDINGAN
Tarikh: 17 OGOS 2009 (ISNIN)

Saturday, July 18, 2009

MESYUARAT AJK PSK 15 JULAI 2009 .

Syukurlah Mesyuarat AJK PSK terkini selamat diadakan seperti dijadualkan pada 15 JULAI 2009 jam 5.00 petang (Rabu) di Pejabat PSK dengan dipengerusikan oleh YDP sendiri.

Seperti biasa agenda mesyuarat membincangkan perihal pentadbiran harian PSK, program / aktiviti yang dirancang dan bakal diadakan sebelum berakhir tahun 2009 ini.

Adalah diharapkan sekurang-kurangnya tiga program/aktiviti dalam persetujuan mesyuarat dapat dilaksanakan :
  • Program sempena Sambutan Hari Alam Sekitar bulan Oktober 2009 dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Pahang dengan kumpulan sasaran Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Pahang.Maklumat lanjut akan dimaklumkan dalam masa terdekat. Perbincangan bersama JAS Pahang amat positif. Tindakan susulan ialah memohon keizinan Jabatan Pelajaran Pahang apabila menerima lampu hijau daripada JAS Pahang.
  • Mesyuarat bersetuju bagi mengadakan suatu program khas melibatkan NGO berkaitan sebagai usaha PSK untuk bersama semua NGO berkenaan dalam merealisasikan 1Malaysia sebagai landasan perjalanan NGO di kawasan timur Pahang mencakupi daerah Kuantan, Pekandan Rompin. Perbincangan dan kelulusan pihak berkenaan diusahakan bagi membolehkan PSK dan NGO lain beroleh manfaat serta bergerak ke arah menepati hasrat murni PM keenam Malaysia tersebut.
  • Kejayaan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PSK tahun lepas mendorong AJK PSK meneruskan majlis serupa pada tahun 2009 ini dengan harapan lebih ramai ahli PSK dan para jemputan dapat menghadirkan diri sambil memupuk silatulrahim di kalangan ahli berbilang kaum dan bersama tetamu jemputan yang sudi hadir.
Deraf Kertas Konsep dua program iaitu bagi kumpulan sasaran melibatkan Murid Sekolah Menengah dengan kerjasama JAS Pahang DAN Program Khas untuk NGO berkaitan telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Sedikit penambahbaikan kepada kedua-dua kertas konsep tersebut dipersetujui bagi mendatangkan impak dihasratkan.

Terima kasih kepada AJK yang hadir mesyuarat dan memberikan pandangan bernas bagi mempastikan halatuju PSK sentiasa dapat manfaatkan demi kesejahteraan kita bersama.

Kepada AJK yang tidak dapat hadir dengan makluman atas sebab-sebab keperluan urusan lain yang tidak dapat dielakkan, adalah diharapkan dapat bersama-sama sebagai satu pasukan demi kesinambungan PSK sebagai pertubuhan berdaftar yang telah diasaskan oleh mendiang Bishan Singh dahulu.

Sesungguhnya komitmen bagi kejayaan PSK adalah terletak pada AJK yang telah diberikan kepercayaan dalam Mesyuarat Agung Tahunan seperti diperlukan oleh Pendaftar Pertubuhan. Kerjasama semua ahli PSK dalam segala usaha AJK amatlah diperlukan.

Harap teruskan komitmen bersama kita dalam meneruskan pelayaran PSK selaku NGO berteraskan kesukarelawan dan bukan berasaskan keuntungan @ perniagaan.

Catatan oleh: Bendahari PSK sesi 2009/2010.
Tartikh 19 JULAI 2009 (Ahad)