Friday, August 29, 2008

BENGKEL"TOWARDS ZERO PLASTIC BAGS"

GAMBAR AKTIVITI BENGKEL:
"TOWARDS ZERO PLASTIC BAGS"

Pn.Hjh. Rohani (S/U SUSDEN)...berdiri di tengah
selaku penyelaras program


Para peserta.............. mendengar pandangan salah seorang peserta


Cik Marsitah Mokhtar (kanan - berdiri)....... mengedarkan bahan perbengkelan.


Ms Thayanithi Kulenthran... Contoh Beg bukan plastik yang boleh digunakan.


Pn Wong Choo Ching (kanan)....tumpuan mengikuti bengkel


Pn Noriah Md Nor (Dua dari kiri-bertudung)....ikut sertai bengkel

Demonstration AND Trainning
"Towards Zero Plastic Bags - The DayAdihi Earth Model"
Anjuran Bersama: SUSDEN Malaysia & Pertubuhan DayAnidhi Earth
Dengan Sokongan:MENGO'S dan DANIDA

Tarikh : 29.08.2008 (Jumaat)
Masa : 9.30 pagi -
Tempat : Ruang Mesyuarat Pejabat SUSDEN Malaysia
B-2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4,
off Jalan Hj Ahmad, 25300 Kuantan, Pahang
Fasilitator: Ms Thayanithi Kulenthran (Principal Of DayAnidhi Earth)

Program ini diadakan atas kerjasama program alam sekitar antara Kerajaan Denmark dan Kerajaan Malaysia di bawah "Civil Society Subcomponent of the Biodiversity". Sebahagian bantuan kewangan adalah diberikan oleh DANIDA (mewakili Denmark) dalam isu Kearah Sifar Beg Plastik.

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) turut menyertai bengkel kumpulan yang dihadkan kepada 15 peserta sahaja. Peserta lain termasuklah peserta mewakili Persatuan Pencinta Alam (MNS) Malaysia Cawangan Pahang, SUSDEN Malaysia dan Persatuan Buddist TZU-CHI yang merupakan golongan yang banyak menggunakan beg plastik dalam kehidupan seharian mereka.

Pendekatan yang digunakan dalam The DayAnidli Earth Model ialah dengan fokuskan kepada kelompok kecil yang diberi pemahaman jelas supaya mengamalkan "Towards Zero Plastic Bags" dari sekarang dan tidak bertangguh lagi. Sebarang penangguhan kaedah yang dicadangkan akan membuatkan usaha tidak menggunakan bag plastik akan gagal. Bermula dengan menggunakan bahan lain dan mengurangkan penggunaan beg plastik semasa membeli keperluan harian ke kedai, pasaraya dan pasar basah diharapkan kempen kearah sifar beg palstik akan menjadi ikutan dan amalan jiran tetangga dan rakan-rakan.

Kebanyakan orang tidak menghiraukan usaha kempen kearah sifar beg plastik kerana kurang kefahaman kesan buruk penggunaan secara berleluasa beg plastik oleh penduduk dunia. Kesan negatif /buruk yang nyata adalah kecuaian pembuangan dan pengurusan beg plastik boleh menjejaskan kesihatan manusia sendiri dan ekologikal. Kepentingan mencari bahan alternatif untuk mengantikan penggunaan beg plastik dalam kehidupan kita.

The DayAnidhi Earh Model lebih menekankan atas kesedaran dan kesukarelawan setiap individu bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua orang tanpa mengira fahaman dan kepercayaan agama individu tersebut.

Pemantauan dan hubungan akan diwujudkan untuk tempoh tertentu (sebulan) terhadap peserta yang terlibat hadir menyertai bengkel bagi mengetahui setakat manakah kejayaan bengkel yang telah diadakan itu.

Sewajarnya kita bersyukur bahawa pemeliharaan alam sekitar juga adalah menjadi perhatian dalam pembangunan negara kita oleh banyak pihak termasuk kerajaan sendiri. Adalah malang bagi penduduk Malaysia baik kalangan rakyat biasa , kakitangan kerajaan & swasta sehingga puncuk kepimpinan jika bersikap sambil lewa dan semata-mata mengutamakan pulangan keuntungan sahaja.

Kearah sifar beg plastik dalam kegunaan seharian adalah memerlukan sokongan sepenuhnya semua pihak dengan membudayakan sifar beg plastik demi kesihatan manusia sendiri dan menyelamatkan ekologikal daripada tercemar.

Setiap penduduk tidak punya alasan untuk mengelak daripada menyumbang kearah sifar beg plastik melalui langkah yang boleh dan mudah diamalkan.

Secara ringkas LIMA langkah PILIHAN dalam menghadapi ISU PENGGUNAAN BEG PLASTIK supaya keadaan yang sedang kita alami sekarang akan menjurus KEARAH SIFAR BEG PLASTIK:

( a ) Prevent => tidak gunakan sama sekali beg plastic secara sukarela oleh pengguna dan jika perlu dengan penguatkusaan undang-undang.
( b ) Reduce => penggunaan beg plastic dikurang
( c ) Reuse => guna semula beg plastic sedia ada tanpa perlu beg plastic baru
( d ) Recycle => beg plastic yang telah digunakan diproses / ubahsuai semula supaya boleh dimanfaatkan penggunaannya.
( e ) Disposal => pelupusan plastic yang telah digunakan di tempat khas bukan dibiarkan sahaja bersepahan merata-rata tempat kerana beg plastic sekarang tidak mesra alam

Bersama-samalah kita menjayakan hasrat murni kearah sifar beg palstik !

[Catatan Bendahari - peserta mewakili PSK]













Tuesday, August 12, 2008

SEMINAR KESEDARAN PERLINDUNGAN LAPISAN OZON


Sebahagian peserta seminar yang memenuhi ruang di Bilik Seminar, Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan, Pahang - sedang mengikuti "Seminar Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon" pada 12 OGOS 2008.

Cikgu Mokhtar Said - barisan hadapan (Kaunselor Sekolah SMK. Pandan, kuantan) - bersama2 pelajar2 mewakili sekolah
Datin Hjh Narimah Daud- bertudung hijau ( Presiden Persatuan Pencinta Alam Pahang- MNS)

En. Zuni Zudin- mewakili Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)
membentangkan kertas kerja - Kitar Semula

Pn Aminah Bt Ali - mewakili Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, Putrajaya membentangkan kertas kerja - Selamatkan Lapisan Ozon

BACKDROP "Seminar Kesedaran Perlindungan Lapisan Ozon "

Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK), SUSDEN Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam (MNS) adalah NGO yang turut dijemput menyertai seminar tersebut yang telah diadakan mulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang bertempat di Bilik Seminar, Wisma Belia Indera Mahkota, Kuantan.

Penyertaan terbanyak peserta terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah menengah daerah Kuantan bersama guru pengiring masing-masing. Juga hadir peserta mewakli TNB, Jabatan Hutan, Majlis Prerbandaran Kuantan (MPK) , IWK, Alam Flora dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan.

Pembentangan Kertas Kerja 1 & 2 telah disampaikan oleh Pn Aminah Ali dari Ibupejabat Jabatan Alam Sekitar di Putrajaya. Beliau menekankan kepentingan lapisan Ozon kepada kehidupan dengan tajuk “ Selamatkan Lapisan Ozon”.

En Zuni Zudin mewakili Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah membentangkan Kertas Kerja 3 dengan focus “ Kitar Semula”.

Sesi Soal & Jawab dua hala melibatkan peserta seminar dan kedua-dua pembentang kertas kerja telah memantapkan lagi kefahaman semua peserta terhadap kepentingan Lapisan Ozon kepada kita baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Wakil NGO telah ikut serta menyuarakan pandangan dan meminta penjelasan dari kedua-dua pembentang kertas kerja berkaitan yang disuarakan oleh Datin Hjh Narimah Daud (Presiden MNS Pahang) dan En. Mohd Shari Md Pilus (Wakil PSK dan SUSDEN Malaysia)

Semua peserta telah diagihkan dengan bahan edaran berkaitan kempen kesedaran untuk rujukan mereka serta menyebarkan kepada anggota masyarakat.

Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah, Bahagian Pencegahan, Jabatan Alam Sekitar Pahang mewakili Pengarah JAS Pahang.

Peserta bersurai selepas menikmati sajian makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur seminar.

Setinggi penghargaan terhadap Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang selaku penganjur Seminar Kesederan Perlindungan Lapisan Ozon dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) & Local Agenda 21, Jabatan Pelajaran Pahang & Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan,

Dengan seminar kesedaran yang telah disertai tersebut, adalah diharapkan tanggal 16 SEPTEMBER setiap tahun akan menjadi lebih bermakna untuk dihayati dan diingati sebagai HARI SAMBUTAN OZON ANTARABANGSA dan di Malaysia demi kesejahteraan kehidupan sekarang dan generasi pewaris kita.

Adalah dirasakan seminar tersebut telah banyak menyedarkan para peserta dan amat diharapkan maklumat yang mereka dapati tersebut dikongsikan bersama dengan pihak lain.

Tuesday, July 15, 2008

WATER FOR LIFE: CAPACITY BUILDING WORKSHOP


Pemudahcara: Sdra Piarapakaran dari FOMCA


BACKDROPS: RINGKAS TAPI BERMAKNA !



SESI PERTAMA: CERAMAH "Water For Life: A Truth"
[mewakili PSK & SUSDEN sebagai peserta]


SESI KEDUA: PESERTA KUMPULAN A BERBINCANG


SESI PEMBENTANGAN:
EN. RAHIM ( Jabatan Hutan) SELAKU KETUA KUMPULAN A MELAPORKAN HASIL BENGKEL KUMPULAN



SESI PEMBENTANGAN:
SDRA SHEIKH ( Guru SMK Pekan) mewakili kumpulannya melaporkan hasil bengkel.



KEMPEN KESEDARAN
PENJIMATAN AIR KEBANGSAAN
ANJURAN BERSAMA
KEMENTERIAN TENAGA, AIR DAN KOMUNIKASI (KTAK)
& GABUNGAN PERSATUAN PENGGUNA-PENGGUNA MALAYSIA (FOMCA)

Tarikh : 15 JULAI 2008 ( Selasa)
Masa : 9.00 pg - 1.00 tgh
Tempat: Hotel Grand Continental,
Kuantan, Pahang D.M



Dengan tema " Air Teras Kehidupan", FOMCA & KTAK telah mengundang sebanyak 100 orang peserta terdiri daripada wakil-wakil Agensi Kerajaan, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Jabatan Hutan Pahang, Pengilang, Swasta, Guru Sekolah (dari daerah Kuantan & Pekan)mewakili Jabatan Pelajaran Pahang, NGO dan lain-lain.

PSK & SUSDEN Malaysia turut serta menghantar peserta bersama-sama NGO lain.

Di antara objektif penganjuran bersama KTAK & FOMCA dalam Kempen Kesedaran Penjimatan Air Kebangsaan sepanjang tempoh Julai 2006 - Jun 2008 dengan lokasi terakhir di Kuantan:-

=>Pemberian maklumat serta pendidikan pengguna mengenai sumber air dan keperluan penjimatan air

=>Meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna untuk mengurangkan pembaziran air

=>Menanam sifat tanggungjawab dalam kalangan masyarakat dan komuniti

=>Menggalakkan penjimatan air, mengurangkan pencemaran dan pemeliharaan sumber air dalam kalangan industri air di negara kita.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) telah mengisytiharkan tahun 2005 sehingga 2015 sebagai "Dekad Antarabangsa Untuk Beraksi" bermula dengan tema "Air Teras Kehidupan"

Perasmian disempurnakan oleh En. Roslan wakil kepada YBhg Tuan Haji Japar bin Abu , KTAK.En. Piarapakaran Subramaniam selaku Pengurus Program telah bertindak sebagai pemudahcara program.

Para peserta telah mengikuti ceramah " Water For Life: A Truth" disampaikan sendiri oleh En. Piarapakaran dalam Sesi Pertama.

Peserta berbincang mengikut kumpulan bengkel yang telah diagihkan oleh pihak penganjur berfokuskan kepada tiga aspek WHERE ? WHAT ? HOW ?. Seperti biasa setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan ketiga-tiga aspek tersebut.

Adalah diharapkan kempen bersama KTAK & FOMCA yang mensasarkan sebanyak mungkin peserta dan di pelbagai lokasi dan penyertaan peserta daripada berbagai kumpulan masyarakat akan mencapai penjimatan sebanyak 10 peratus dalam sektor domestik.

Kerjasama para peserta yang hadir memanjangkan dan mempraktikkan dapatan program tersebut membolehkan hasrata KTAK & FOMCA mencapai objektifnya.

PSK & SUSDEN merakamkan berbayak terima kasih kepada penganjur bersama KTAK & FOMCA yang sudi menjemput kami selaku NGO yang berpejabat di Kuantan, Pahang menyertai program yang sangat bermanfaat tersebut.

Semoga hubungan baik KTAK & FOMCA dengan kami akan terus berpanjangan dalam memantapkan lagi program-program NGO berkhidmat kepada komuniti dan negara.

Sesungguhnya PSK & SUSDEN semenjak penubuhannya selaku NGO berdaftar tidak ketinggalan memainkan peranan sebaik mungkin menjayakan aktiviti kemasyarakatan supaya kesejahteraan kita sebagai rakyat di bumi Malaysia bertuah ini akan sentiasa terpelihara dan dapat diwarisi oleh generasi pewaris kita.

Harapan kepada KTAK & FOMCA akan terus sudi melibatkan kami dalam aktiviti bermatlamat sama untuk kesejahteraan penduduk seluruhnya.

Terima kasih daun keladi, sudikanlah jemput lagi !

Catatan oleh: Bendahari PSK (16.07.2008)



Monday, June 30, 2008

KAMI PINDAH KE PREMIS BARU !

PAPAN NAMA PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)
DITANGGALKAN SIMBOLIK KEPADA PERPINDAHAN PSK
PADA 29 JUN 2008 ( AHAD)


PAPAN NAMA PSK SEDANG DITANGGALKAN OLEH
SDRA HAFIZ DAN DISAKSIKAN OLEH SDRA NORDIN


PAPAN NAMA PSK SELAMAT DITANGGALKAN

Mulai 01 JULAI 2008 ( SELASA) PSK akan beroperasi di alamat baru B2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan, Pahang D.M . Kerja-kerja penyambungan kabel/wiring untuk kemudahan Telefon, Faksimili dan Internet dijangkakan akan segera disempurnakan oleh pihak TELEKOM .

Premis lama di alamat B2118, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan hanya jarak sepintu sahaja dari permis baru akan sentiasa diabadikan dalam sejarah pahit manis perjalanan PSK sebagai tempat bermula kelahiran rasmi PSK yang didaftarkan pada tahun 2003 dahulu.

Pihak PSK memohon kemaafan atas sebarang kesulitan perhubungan / komunikasi Telefon, Faksimili dan Internet sepanjang masa kerja-kerja perpindahan pada 28 & 29 JUN 2008 serta sehingga selesai kerja sambungan /wiring oleh pihak TELEKOM.

Kami masih mengekalkan nombor telefon dan faksimili seperti dahulu

[CATATAN: Kemaskini maklumat ini dibuat di rumah - BENDAHARI]

Thursday, June 26, 2008

PENTADBIRAN PSK 2008/2009

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN SESI 2008 / 2009

1. En. Muhamad Nor Ismail AMN., PPN. PKC.,– Yang DiPertua (YDP)
2. Tuan Hj. Ismail Nihat - Naib YDP
3. Pn. Wong Choo Ching - Setiausaha
4. Pn. Hjh Rohani Mohamed - Pen. Setiausaha
5. En. Mohd Shari Md. Pilus - Bendahari
6. Tuan Hj Mohd Basri bin Hj Husain - AJK
7. Pn. Rusnah Aksah - AJK
8. En. Badri Yunus - AJK
9. Pn . Hajah Ramlah Mohamad - AJK
10. Pn. Hajah Rubiah Hj. Sidin - AJK
11. Pn. Sushila A/P Sivapragasam - AJK
12. Tg. Asidah Tg Kadir - AJK
13. Cik Nor Ain Azmira Aziz - AJK / Juruaudit
14. Pn. Wai Siew Cheng - AJK / Juruaudit
______________________________________________________________

“Usaha Masyarakat Tempatan Ke Arah Pembangunan Kesejahteraan Hidup Bersama”
B 2114, Tingkat 1, Jalan Sekilau 4, Off Jalan Haji Ahmad, 25300 Kuantan
Tel: 09 517 8300 / 09 5178303 Fax: 09 517 8303 E-mail: sejahterakuantan@gmail.com & psk_ktn@myjaring.net
BLOG:- “PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)”
http://persatuansejahterakuantan.blogspot.com
SIJIL PENGHARGAAN


PENGHARGAAN WARGA KUANTAN
daripada Persatuan Sejahtera Kuantan ( PSK )
untuk MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN ( MPK )
PENGHARGAAN MAJLIS PERBANDARAN KUANTAN (MPK)
kepada Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)







Saturday, June 21, 2008

SEJARAH PEMBENTUKAN PSK

SEJARAH PERSATUAN SEJAHTERA KUANTAN (PSK)


Pada 04 Ogos 2002, satu sejarah baru telah tercipta iaitu, Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) telah ditubuhkan. Ia telah dilancarkan oleh Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Dato’ Haji Hashim bin Abdul Wahab. Beliau amat menyokong inisiatif ini yang diadakan bagi memulihkan dan menambahkan lagi kualiti hidup warga Kuantan.

Beliau turut menyatakan bahawa MPK dan persatuan ini mempunyai objektif yang sama iaitu pembangunan bandar Kuantan dari aspek fizikal dan juga sosial tanpa memberi kesan negatif kepada alam semulajadi.

Menurutnya lagi persatuan ini juga merupakan media perhubungan antara orang ramai dengan MPK. Orang ramai boleh menyuarakan idea-idea, komen-komen mereka kepada MPK melalui persatuan ini.


APA ITU PSK


Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) adalah satu persatuan bagi mendorong menggerakkan inisiatif warga tempatan untuk membangunkan Kuantan serta menjamin kesejahteraan hidup penduduk Kuantan.


ASAS PERJUANGAN PSK

Untuk mencapai pembangunan mapan dan kesinambungan yang akan menjamin pertumbuhan ekonomi tempatan, perlindungan alam sekitar serta kesejahteraan hidup penduduk Kuantan.


MOTTO PSK

“Usaha masyarakat tempatan ke arah pembangunan kesejahteraan hidup bersama”


MATLAMAT PSK

Tujuan utama PSK adalah untuk mengetengahkan peranan masyarakat dalam pentadbiran setempat melalui proses kerjasama dengan kerajaan tempatan dan agensi-agensi kerajaan.

Pembangunan mapan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan dan kehendak generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka.

Enam aspek utama pembangunan mapan adalah;

=> Keadilan sosial
=> keseimbangan ekologi
=> keberkesanan ekonomi
=> penyertaan bebas dari segi politik
=> amalan budaya majmuk
=> kepuasan dari segi keagamaan

HUBUNGAN ANTARA PSK – SKI – SUSDEN

SKI adalah projek perintis Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia yang menggerakkan warga tempatan dalam hal pengurusan pembangunan daerah (perbandaran) mereka. Selepas tiga tahun SKI diprogramkan, satu persatuan telah ditubuhkan dengan nama Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK). Jawatankuasa Penaja SKI telah mengemukakan permohonan pendaftaran PSK kepada Pendaftar Pertubuhan dan hasilnya pada 27 Jun 2003, PSK berjaya didaftarkan. Maka segala Projek SKI telah diambilalih dari SUSDEN kepada PSK. Bermula dari tarikh selepas Mesyuarat Agong PSK Pertama maka program SKI telah diambil alih sepenuhnya oleh PSK dan menjadi program utama PSK.

SEJARAH SEJAHTERA KUANTAN INISIATIF (SKI)

Sejahtera Kuantan Inisiatif (SKI) adalah satu satu projek perintis yang pertama di Malaysia telah diusahakan oleh Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia atau Sustainable Development Network (SUSDEN) Malaysia. Ini adalah satu sumbangan masyarakat sivil terhadap usaha kerajaan untuk membangunkan kesejahteraan hidup rakyat. SKI disokong dan dibantu oleh Majlis Perbandaran Kuantan dan Kerajaan Negeri Pahang sendiri.

Agenda 21 adalah satu agenda yang digubal dan diterima oleh PBB bagi mengukuhkan pembangunan mapan pada abad ke-21 ini. Bab 27 pula menekankan peranan Badan Swadaya Masyarakat (NGOs) menggembeling tenaga rakyat dalam pembangunan mapan.

Fokus projek SKI adalah bagi melaksanakan Bab 27 Agenda 21 iaitu “Memperkukuhkan peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan: Perkongsian untuk pembangunan mapan”. Projek ini adalah ilham En. Bishan Singh selepas tamat kerjanya dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

SKI adalah satu proses usahasama bersepadu dalam menghadapi cabaran, kehendak dan aspirasi masyarakat dan komuniti setempat. SKI digerakkan sepenuhnya oleh rakyat tempatan melalui satu Jawatankuasa Bertindak.

Projek Perintis SKI telah berjaya dilancarkan pada 05 Ogos 2000 oleh Y.B. Dato’ Kan Tong Leong, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar & Perbandaran Negeri Pahang. Seramai 70 orang yang mewakili pelbagai sektor dan peringkat masyarakat di Kuantan telah menyertai pelancaran ini.

Tujuan SKI adalah untuk mempertengahkan peranan masyarakat dalam pentadbiran setempat melalui proses kerjasama dengan kerajaan tempatan dan agensi-agensi kerajaan supaya mencapai pembangunan mapan dan kesinambungan yang akan menjamin pertumbuhan ekonomi tempatan, perlindungan alam sekitar dan kesejahteraan hidup rakyat jelata di Kuantan.

MOTTO SKI “Usaha masyarakat tempatan ke arah pembangunan kesejahteraan penduduk Perbandaran Kuantan ”

Untuk pengurusan projek SKI, satu jawatankuasa Bertindak telah dilantik. Jawatankuasa ini terdiri daripada pelbagai organisasi dan individu tempatan. Ahli-ahli yang terpilih dalam jawatankuasa berkenaan akan bertugas selama dua tahun (2000 – 2001) kepada inisiatif ini.