Sunday, August 14, 2011

PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH

SUMBANGAN MB PAHANG

Syukurlah tahun ini PSK dapat menarik nafas lega kerana menerima sumbangan MB Pahang bernilai RM15,000.00 untuk membantu PSK membiayai urusan pentadbiran dan menjalankan aktiviti-aktiviti dengan lebih bersemangat lagi.

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih kepada MB Pahang , Pejabat SUK Negeri Pahang dan Bahagian Kewangan Negeri Pahang yang banyak membantu sehingga PSK memperolehi sumbangan tersebut.

Sebenarnya sumbangan kewangan tersebut adalah kesinambungan kepada sumbangan tahunan terdahulu yang membolehkan PSK selaku sebuah NGO sukarela bergerak merealisasikan matlamat penubuhannya bagi manfaat bersama warga bandar Kuantan dan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan.

Adalah diharapkan seluruh Jawatankuasa Pentadbiran sesi 2011/2012 bersama-sama ahli-ahli PSK akan terus melaksanakan amanah kesukarelaan ini dengan sumbangan tenaga dan pemikiran demi faedah kita selaku warga bandar Kuantan tercinta ini.

Sesungguhnya PSK merasakan bahawa sumbangan berterusan daripada YAB Menteri Besar Pahang merupakan pengiktirafan atas usaha seluruh ahli PSK melaksanakan misi mencapai visi kesejahteraan seluruh warga bandar Kuantan.

Semoga penerimaan sumbangan dalam bulan Ramadhan ini sebagai penanda bahawa usaha murni PSK melaksanakan khidmat masyarakat ikut kemampuan PSK diberkati Allah.

Catatan oleh Bendahari.
15 OGOS 2011.

Monday, July 25, 2011

KLINIK KESIHATAN KURNIA, KUANTAN DIBUKA.



Syukurlah demi kesejahteraan kesihatan warga Kuantan khasnya penduduk yang tinggal sekitar Kampung Kurnia mendapat kemudahan penjagaan kesihatan yang disediakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia.

Klinik Kesihatan Kurnia mula menyediakan khidmat secara rasmi pada 04 Julai 2011 (isnin) .

Diharapkan penduduk sekitar memanfaatkan Klinik Kesihatan Kurnia. Lokasi klinik yang hampir dengan kediaman penduduk memudahkan setiap orang mendapat rawatan apabila kesihatan diri tidak seperti biasa sebelum memudaratkan diri.

Terima kasih pihak berkenaan yang melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.

Penjagaan Kesihatan Sepanjang Hayat setiap orang penduduk memerlukan kerjasama penduduk sendiri. Tiada gunanya klinik kesihatan tersergam indah tidak dimanfaatkan oleh semua penduduk sekitarnya.

Friday, June 17, 2011

FORUM PEMBANGUNAN LESTARI

FORUM PEMBANGUNAN LESTARI
(ANTARA KOS BERAPA & TANGGUNGAN SIAPA)

[Forum On Sustainable Development: At What & Whose cost ?]

Bertempat di Meranti Hall, Hotel Citiview, Kuantan pada 12 JUN 2011(Ahad) pagi berlangsung forum seperti dijadualkan yang dianjurkan oleh PAC (Persatuan Pengguna-Pengguna Pahang) dengan kerjasama FOMCA (Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia) san SUSDEN (Sustainable Development Network, Malaysia ).

Dr Mohamed Ibrahim dari Kulliyyah of Allied Health Sciences, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menjadi pemudah cara forum.

Tiga orang ahli Panel Forum terdiri daripada:
(1) Puan Siti Rahayu Zakaria, Pengarah Pendidikan FOMCA
“Subsidi Turun, Harga Naik Tanggung Siapa?”

(2) Encik Gurmit singh, CETDEM
“Pembangunan Lestari – at What and Whose Cost ?”
DIPINDA KEPADA: “Tenaga Nuklear Melemahkan Mampan”

(3) Encik Mohd Azmi b Abdul Hamid, CAP/Teras/PUM
“Hak dan Had Rakyat dalam Pembangunan Ekonomi”

Ketiga-tiga ahli Panel Forum telah menggunakan media powerpoint sepanjang pembentangan pendapat @ pandangan masing-masing atas tajuk berkenaan.

Sebelum bersurai, para peserta @ hadirin diberikan ruang untuk bersoaljawab meliputi ketiga-tiga tajuk yang dibentangkan oleh ketiga-tiga ahli panel.

Para hadirin telah disediakan minuman pagi dan makan tengah hari sebaik tamat majlis forum.

Walaupun kehadiran kurang menggalakkan, majlis berjaya menyampaikan lontaran pendapat atau pandangan untuk difikirkan oleh para peserta samada menerima atau sebaliknya. Yang penting apakah tindakikut selepas itu ?

Tiga orang peserta PSK diwakili oleh YDP, Bendahari dan AJK dalam majlis tersebut bersama-sama beberapa orang Ketua Kampung/JKKK dan individu lain atas jemputan pihak Penganjur.

Terima Kasih kepada penganjur mengundang kami untuk berkongsi pandangan atau pendapat atas tajuk yang telah dibentangkan.

Catatan oleh:
Bendahari PSK
17 JUN 2011.

Wednesday, May 25, 2011

PROJEK LYNAS DI GEBENG, PAHANG

PENGUMUMAN - "PANEL BEBAS PAKAR ANTARABANGSA"



PETIKAN NOTA PENTING:

No.5:
Representasi kepada panel juga boleh dibuat secara bertulis, dan ini adalah kaedah yang disyorkan bagi pihak yang mungkin tidak dapat hadir di hadapan panel secara bersemuka ( Bahasa Inggeris / Bahasa Malaysia / Mandarin)

No.7:
Bagi memudahkan kerja panel pakar, warganegara Malaysia dan organisasi Malaysia berdaftar yang ingin membuat representasi kepada panel dipohon untuk mendaftar diri dengan Penyelaras, Panel Bebas Pakar Antarabangsa di alamat berikut:

PENYELARAS
PANEL BEBAS PAKAR ANTARABANGSA (PROJEK LYNAS)
KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
TINGKAT 12 BLOK 10
KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN JALAN DUTA
50622 KUALA LUMPUR

EMEL : coordinator@miti.gov.my

Tarikh akhir penghantaran: 1 Jun 2011 sebelum pukul 5.00 petang.


................................................................

KEPADA SEMUA PIHAK BAIK INDIVIDU MAHUPUN ORGANISASI BERDAFTAR
- TUAN / PUAN ADALAH DIALUKAN MENYAMPAIKAN PANDANGAN UNTUK DIKEMUKAKAN
KEPADA PANEL BEBAS TERSEBUT DI ATAS DAN BERSIKAP TERBUKA ATAS APA JUA KEPUTUSAN / PANDANGAN PANEL BEBAS PAKAR ANTARABANGSA(PROJEK LYNAS).


CATAN OLEH: Bendahari PSK
Sumber maklumat: Akhbar Utusan Malaysia - 25.05.2011

Tarikh: 26.05.2011

Monday, March 28, 2011

BARISAN PENTADBIR PSK SESI 2011/2012

KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK PSK SESI 2011/2012 DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KALI KE 08 PADA 26.03.2011- SABTU DI DEWAN PERPUSTAKAAN AWAM, KUANTAN

SENARAI JAWATANKUASA BAGI SESI 2011/2012

1. YANG DIPERTUA
TUAN HJ ISMAIL BIN NIHAT

2. TIMBALAN YANG DIPERTUA
EN. USOLLUDIN BIN ARIPPIN

3. SETIAUSAHA
PN HJH ROHANI MOHAMED

4. PEN. SETIAUSAHA
PN. HJH RAMLAH BT HJ MMOHAMAD

5. BENDAHARI
TN HJ MOHD SHARI MD PILUS

6. AHLI-AHLI JAWATANKUASA

(I) PN HJH AESHAH BT SAID
(II) PN VIJAYA P. NAIR
(III) PN WONG CHOO CHING
( IV) PN HAMIDAH ALUS
(V) EN. AMRAN BIN TALIB
(VI) EN MURRALI A/L
(VII) PN P.S.SUSHILA

JURUAUDIT:

1. TN HJ MOHD BASRI BIN HJ HUSEIN
2. PN HJH FATIMAH BAKI

TAHNIAH ATAS PEMILIHAN DAN KESANGGUPAN MENERIMA AMANAH
SEBAGAI JAWATANKUASA PENTADBIR PSK SESI 2011/2012

DIHARAPKAN SEMANGAT KESUKARELAWAN SEPASUKAN AJK DAPAT
DIMANTAPKAN SEBAGAI KESINAMBUNGAN PENTADBIRAN SESI DAHULU.

KEKUATAN PSK MEMERLUKAN KERJASAMA DIKALANGAN AHLI. TANPA KERJASAMA AJK PENTADBIR BERSAMA SEMUA AHLI, AMAT SUKAR BAGI PSK UNTUK MENGOPTIMAKAN IMPAK PROGRAM/AKTIVITI YANG DISUSUN ATUR SERTA MENGEKALKAN KEAKRABAN DENGAN AGENSI / JABATAN KERJAAN DAN NGO LAIN.

SEMOGA USAHA PSK DALAM BERKHIDMAT KEPADA WARGA KUANTAN TETAP BERTERUSAN WALAUPUN BERLAKU PERRUBAHAN BARISAN KEPIMPINAN PSK.

Catatan oleh:
Bendahari PSK sesi 2011/2012
Tarikh: 28 MAC 2011 (Isnin)

Monday, March 21, 2011

MESYURAT AGUNG PSK KALI KE-8 TAHUN 2011

SALAM HORMAT DAN SALAM SEJAHTERA,

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA PSK AKAN MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-8 SEPERTI KETETAPAN DI BAWAH:

Tarikh : 26 NAC 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Perpustakaan Awam, Kuantan
(Besrebelahan Bangunan Ibu Pejabat Kontigen Polis Pahang)

SURAT PEMBERITAHUAN & JEMPUTAN KEPADA SEMUA AHLI PSK TELAH DIHANTAR MELALUI KIRIMAN POS. HANYA DUA SURAT DIKEMBALIKAN KERANA TIDAK DAPAT DISAMPAIKAN SEPERTI ALAMAT KEAHLIAN PSK.

DIHARAPKAN KEHADIRAN AHLI-AHLI PSK AKAN DAPAT HADIR DALAM MEMENUHI UNDANG2 BAGI PSK.

SEPERTI BIASA AKAN DIADAKAN PEMILIHAN / PERLANTIKAN JAWATANKUASA PSK BAGI 2011/2012.

SEMOGA PSK YANG DIASASKAN OLEH MENDIANG MR BISAN SINGH AKAN TERUS MANTAP DENGAN MATLAMAT BERBAKTI KEPADA SEMUA WARGA KUANTAN.

ATAS SOKONGAN, KERJASAMA DAN KEPRIHATINAN AHLI-AHLI DIDAHULUKAN UCAPAN BERBANYAK TERIMA KASIH.

Catatan:
Hj Mohd Shari Md Pilus.,PPN.,PKT.
Bendahari PSK sesi 2010/2011.

Tarikh: 22 MAC 2011.