Thursday, February 10, 2011

KARNIVAL KEMPEN MEMELIHARA SUNGAI KUANTAN

CERAMAH KRCC DI SEKOLAH MENENGAH - SG SOI, TG LUMPUR & TANAH PUTIH PADA28.01.2011










HARI KARNIVAL 'KRCC' PADA 29.01.2011








































Cenderamata untuk YB Dato' Hj Shafik Fauzan
- Tokoh perasmi mewakili YAB MB Pahang

(FOTO KARNIVAL AKAN DIKEMASKINI DARI MASA KEMASA)

KARNIVAL KEMPEN MEMELIHARA SUNGAI KUANTAN (KRCC)

Karnival KRCC telah berjalan lancar pada 29 Januari 2011 (Sabtu) di tapak Esplanade Kuantan berhampiran bangunan Pentadbiran Majlis Perbandaran Kuantan hadapan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan mulai jam 8.30 pagi.

Karnival berlangsung seperti dijadualkan dengan 'Senaman Seni' yang disertai oleh para petugas, pengunjung, murid2 sekolah dan kanak-kanak & ibu bapa dari TADIKA jemputan yang mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita dan mewarna bertemakan kempen memelihara sungai Kuantan.

Sehari sebelum karnival pada 28 Januari 2011 (Jumaat) , siri ceramah kempen memelihara Sungai Kuantan telah disampaikan oleh Timbalan YDP PSK dan pegawai Jabatan Perikanan di tiga buh sekolah menengah berhampiran Sungai Kuantan – SMK Sungai Soi, SMK Tanjung Lumpur dan SMK Tanah Putih.

Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak TADIKA dan pertandingan bercerita murid Tahap Satu sekolah rendah jemputan dijalankan serentak dengan dihakimi oleh Panel Hakim terdiri daripada Pegawai Pelajaran di Pejabat Pelajaran Daerah Kuanatn.

Dua acara dijalankan sebelum hari karnival iaitu Pertandingan FOTOGRAFI terbuka kepada pelajar IPTA / IPTS bertempat di bandar Kuantan dan pertandingan menulis ESEI peringkat Sekolah Menengah di Kuantan. Hasil penyertaan FOTOGRAFI & ESEI yang menang tempat pertama, kedua dan ketiga serta sebahagian terpilih dipamerkan untuk tatapan di hari karnival.

Acara khas TREASURE HUNT diaturkan melibatkn agensi/Jabatan yang berkaitan dalam kempen memelihara Sungai Kuantan iaitu Pasukan MPK, JAS, JPS Negeri Pahang dan JPS Daerah Kuantan.

Kepada T3R (Team Remaja River Ranger) pula sebelum majlis penutup berbekalkan Platisk Sampah telah mengambil bahagian dalam pertandingan KUTIP SAMPAH – yang terbanyak sebangai pemenang dan seterusnya.

Perasmian Karnival KRCC telah dismpurnakan oleh YB Hj Mohd Shafik Fauzan bin Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian & Warisan; Pebangunan Keluarga & Hal Ehwal Wanita) mewakili YAB Menteri Besar Pahang.

YB amat menghargai PSK dapat menganjurkan majlis karnival KRCC serta mempunyai kaitan dengan badan antarabangsa GEF SGP UNDP yang berkaitan dengan PBB (Pertubuhan Bangsa2 Bersatu) @ UN.

Seperti semua pengunjung lain, YB telah menekapkan “PALM PRINT” pada kain putih pemidang khas tanda sokongan kepada KRCC dan melawat semua booth pameran termasuk hasil kerja semua pertandingan dianjurkan.

YB telah menyempurnakan penyampaian hadiah-hadiah kepada pemenang semua kategori/jenis pertandingan.

Acara melepaskan seribu ekor anak ikan ke dalam sungai Kuantan dari bot khas disempurnakan oleh YB berhampiran Jeti River Cruise Kuantan.

Sepanjang karnival berlangsung, hiburan persembahan muzik/nyayanyian oleh Badan Kebajikan Ihsan Istimewa Kuantan amat menghiburkan para pengunjung karnival.

PSK merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Dato' Hj Shafik Fauzan bin Hj Sharif ,semua pihak terlibat iaitu jabatan/agensi kerajaan, petugas sukarela, IPTA/IPTS, TADIKA, Sekolah menengah & rendah dan para pengunjung.

Bagi pihak PSK dipohon berbanyak maaf atas sebarang kekurangan dan kelemahan sepanjang pengendalian Karnival KRCC tersebut.

Catatan oleh:
Bendahari PSK

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK ESPLANADE TG API



Majlis Penyerahan Projek Esplanade Tanjung Api,Kuantan oleh JPS kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) telah disempurnakan di tapak lokasi Esplanade Tg Api oleh JPS kepada MPK pada petang 26 Januari 2011 (Sabtu).

Tujuan Majlis adalah sebagai tanda penyerahan rasmi JPS kepada MPK untuk mengambilalih tanggungjawab menjaga Esplanade Tg Api setelah siap pembinaan oleh JPS demi kegunan seluruh Warga Kuantan dan para pengunjung untuk beriadah dan bersanatai sambil menikmati kecantikan panorama Kuala Sungai Kuantan yang terletak berhampiran Masjid Tanjung Api.

PSK sangat berterima kasih dijemput hadir menyaksikan peristiwa bersejarah ini yang diwakili oleh Setiausaha & Bendahari.

Sudut Pameran berkaitan projek Esplanade Tanjung Api banyak memberi maklumat tentang kerja pembinaan sehingga disempurnakan oleh kontrektor betanggungjawab

catatan oleh:
Bendahari PSK

Tuesday, January 25, 2011

MAJLIS PERASMIAN 'ZON SIFAR SAMPAH' MPK.

SEBAHAGIAN GAMBAR MAJLIS PERASMIAN KEMPEN 'ZSS' 25.01.2011


Di Pentas Utama - Sebelum Majlis Perasmian 'Zon Sifar Sampah' (ZSS) anjuran MPK

PSK mempromosikan Kempen memelihara Sungai Kuantan(KRCC)

YDP PSK (Tn Hj Ismail Nihat) jelaskan ringkas tentang PSK kepada YB

Booth PSK - ikut serta pamerkan sebahagian aktiviti PSK

Perasmian oleh YB - Papan tanda kempen 'ZSS'

MAJLIS PERSASMIAN 'ZSS' – ZON SIFAR
SAMPAH DI PUSAT BANDAR KUANTAN

Tarikh : 25 Januari 2011 (Selasa)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Perkarangan Letak Kereta
Mahkota Square, Kuantan.

Objektif Program meningkatkan kebersihan, keindahan dan kesejahteraan bandar Kuantan.

Menjadikan pusat bandar Kuantan sebagai 'ZSS' – Zon Sifar Sampah ( Zero Waste Zon) dari Jalan Tanah Putih Hadapan Ppasar Raya Giant hingga ke Teluk Chempedak.

Kawasan terlibat bermula dari jambatan Sungai Kuantan Tanah Putih Baru hadapan Pasar Raya Giant, Jalan mahkota, Jalan Hj Abdul Aziz, Jalan Besar, jalan teluk sisek dan Teluk Chempedak.

YH Dato' Hj Zulkifli bin Hj Yaacob, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menyampaikan ucapan aluan sebelum Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Hoh Khai Mun ( Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Kesihatan Negeri Pahang.

YB Dato' Hoh Khai Mun dan YH Dato' Hj Zulkifli senada akan kepentingan merealisasikan 'ZSS' dilaksanakan sebaik2nya melibatkan seluruh warga Kuantan.

Selepas perasmian peringkat satu hari ini akn dikuti oleh fasa dua dan seterusnya fasa tiga tahun 2013 meliputi seluruh kawasan tadbiran MPK termasuk Balok & Cherating.

Secara tidak langsung langkah MPK dalam 'ZSS' membantu menaikkan imej bandar Kuantan apabila SUKMA tahun 2012 akan dianjurkan di negeri Pahang yang berpusat di Kuantan dan lokasi / bandar2 berhampiran mengikut jenis acara sukan bakal diadakan.

Syukurlah Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK) satu-satunya NGO besifat CBO diberi penghormatan membuka satu ruang pameran bagi mendedahkan PSK komuniti Kuantan dan jemputan hadirin.

Terima kasih kepada petugas para sukarelawan menjaga ruang pameran PSK khasnya tuan Usullodin (Timbalan YDP PSK), Cik salawati, Sdr Amran. Sdr Nik Amran, Sdr Haris dan beberapa sukarelawan lain. Turut hadir Ustaz Hj Ismail Nihat (YDP) , Hj Mohd Shari Pilus (Bendahari) & Mrs Nair (AJK). Juga tidak ketinggalan ahli-ahli dari rakan NGO lain termasuk Badan Kebajikan Insan Istimewa (bawah kepimpinan Tuan Usullodin)..

YDP PSK telah diberi penghormatan menerima 'edaran' untuk penjaja daripada YB Hoh Khai Mun.

Jamuan dan sidang media diadakan selepas lawatan YB ke semua gerai pameran – MPK, LA21, JAS, PUM dan PSK sendiri.

Sunday, January 9, 2011

MESYUARAT KARNIVAL "KRCC" DI MPK.

SEBAHAGIAN RAKAMAN GAMBAR MESYUARAT KARNIVAL "KRCC"
DI MPK














..............................
MESYUARAT KARNIVAL KEMPEN SELAMATKAN SUNGAI KUANTAN @KRCC

Tarikh : 08 JANUARI 2011 (Sabtu)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat MPK,
Majlis Perbandaran Kuantan.


Mesyuarat membincangkan “Karnival Kempen Selamatkan Sungai Kuantan @ Karnival KRCC” akan diadakan pada 29 Januari 2011 bertempat di Taman Esplanade, Kuantan.

Persatuan Sejahtera Kuantan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kesudian YAB Dato’ Seri DiRaja Haji Adnan bin Hj Yaakob, Menteri Besar Pahang untuk hadir dan merasmikan karnival tersebut .

Pengisian karnival termasuklah Acara Pertandingan , Pameran dan Aktiviti Riadah melibatkan wakil / pernyertaan komuniti berhampiran Sungai Kuantan ( Tanjung Lumpur, Tanjung Api & Tanah Putih), masyarakat setempat, Peniaga, Pelajar IPTA / IPTS, murid sekolah menengah & rendah serta kanak-kanak Tadika.

Kehadiran mesyuarat dihadiri oleh Para Sukarelawan, Wakil-wakil Jabatan Parit Saliran(JPS) , Jabatan Alam Sekitar (JAS) , Jabatan Perikanan / LKIM, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Alam Flora dan Kolej Komuniti.

YDP PSK, Timbalan YDP, Setiausaha, Bendahari dan AJK juga turut hadir.

Cadangan Karnival bermula pada 28 Januari 2011(Jumaat) dengan melibatkan kunjungan & ceramah berkaitan Kempen Selamatkan Sungai Kuantan @ KRCC di sekolah-sekolah terpilih setelah mendapat keizinan jabatan Pelajaran / Pejabat Pelajaran Kuantan / Sekolah-sekolah berkenaan.

Kemuncak Karnival ialah perasmian oleh YAB MB Pahang dengan acara gimik pada 29 Januari 2011 (sabtu).

Kehadiran warga Kuantan yang boleh melapangkan masa ke Karnival KRCC amatlah dialu-alukan.

PSK merakamkan berbanyak terima kasih kepada YDP Majlis Perbandaran Kuantan mengizinkan mesyuarat diadakan di Bilik Mesyuarat MPK.

Sunday, November 21, 2010

SEMINAR KESUKARELAAN.

LAPORAN RINGKAS SEMINAR:

Lokasi seminar di KDM (Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan amat sesuai dan memenuhi keperluan kemudahan berkaitan.

Seminar berjalan lancar sebagaimana aturcara dijdualkan bertujuan memasyarakatkan semangat kesukarelaan di kalangan anggota masyarakat khasnya golongan muda selaku pewaris kepada badan-badan NGO yang banyak di seluruh pelusuk negara.

Amatlah diharapkan akan lebih banyak orang menyertai badan-badan sukarela bergelar SUKARELAWAN baik semasa aman dan ketika dilanda bencana atau kecelakaan.

Tuan Hj Ismail Nihat selaku YDP PSK telah menyampaikan ucapan aluan kehadiran para peserta untuk sehari suntuk dari pagi hingga petang mengikuti pembentangan kertas kerja / ceramah mengikut bidang berkenaan.

En Muthusamy Suppiah selaku National Cooradinator –SGP GEF UNDP telah menekankan peranan organisasi diwakilinya dalam menyalurkan bantuan dana membiayai program/projek/aktiviti berkaitan dengan pemeliharaan Alam Sekitar di Malaysia dengan syarat NGO berkaitan adalah berdaftar dan memenuhi kreteria diperlukan.

Berikunya En Amran Talib seorang sukarelawan telah menyampaikan ceramah “Gerakan Kesukarelaan” serta berkongsi pengalamannya membuka minda para peserta tentang keperluan melibatkan diri sebagai sukarelawan bersemangat kesukarelaan untuk faedah masyarakat dan diri sendiri.

PSK diwakili oleh Bendahari (Hj Mohd Shari Md Pilus) pula menyampaikan ceramah “Kesukarelaan PSK” berdasarkan penglibatan PSK dalam program / aktiviti senjak ditubuhkan dan daftarkan tahun 2003 hingga sekarang.

Para peserta dibawa meneroka perjalanan PSK - sejarah pembentukan diilhamkan oleh Mendiang Bisan Singh yang menjadi YDP pertama 2003 – 2006 dan diambil alih oleh Alllahyarham En Mohamad Nor Ismail YDP kedua 2006 – 2010.

Kedua-dua YDP pertama dan kedua PSK telah meninggal dunia semasa masih memegang jawatan YDP. Kini YDP ketiga PSK disambung oleh Tuan Hj Ismail Nihat.

Jawatankuasa PSK semasa sesi 2010-2011 tetap meneruskan plan tindakan senjak era YDP pertama berterusan hingga kini dengan penekanan kepada “20 Program / Aktiviti “ teras dan bolehubah ikut perkembangan semasa. PSK menekankan kepada jaringan / hubungan baik yang mesti diujudkan dengan jabatan / agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu bertanggungjawab berkenaan untuk kelicinan pelaksanaan aktiviti / program.

Seminar Kesukarelaan PSK kali ini bertuah kerana turut dihadari oleh Tuan Nik Ismail b Nik Wan Haron (Timbalan Pengarah, Jabatan Belia & Sukan Negeri Pahang dengan penyampaian ceramah tajuk “Kesukarelaan”.

Selepas rehat makan tengahari / solat, perbincangan dalam bengkel ikut kelompok peserta diadakan dan diakhiri dengan pembentangan hasil bengkel kelompok masing-masing yang berfokus kepada Program / Aktiviti Kempen Pemeliharaan / Selamatkan Sungai kuantan @ KRCC”.

Adalah diharapkan dengan input dari sudut pandangan dan pengalaman wakil-wakil coordinator, individu sukarelawan, Jabatan Belia & Sukan dan juga PSK selaku NGO berdaftar aktif telah melengkapkan pesepsi positif para peserta untuk turut bersama sebagai sukarelawan bersemangat kesukarelaan.

Kesediaan para peserta untuk tamatkan seminar jam 5.20 petang sebelum minum petang dan bersurai adalah petanda baik yang positif untuk gerakan kesukarelaan di Kuantan.

Terima kasih kepada semua telibat dan para peserta & peceramah yang hadir .
Mohon banyak maaf atas sebarang kelemahan & kekurangan dalam pengendalian seminar sehari tersebut.

Laporan oleh:
Bendahari PSK
26.11.2010.


RAKAMAN GAMBAR-GAMBAR SEMINAR
Tarikh : 20 NOVEMBER 2010 ( sabtu )
Masa : 8.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : Kompleks Dagangan Mahkota, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang



Backdrops ..SEMINAR

Gambar sebahagian peserta bersama-sama para penceramah..

YDP PSK Tn Hj Ismail Nihat ...ucapan aluan

En Muthusamy Suppiah..SGP GEF National Coordinator ...."Peranan SGP GEF UNDP"

En Amran Talib .."Gerakan Kesukarelaan"

Tn Hj Mohd Shari Md Pilus..Bendahari PSK.."Kesukarelaan PSK"

En Nik Ismail bin Nik Wan Haron (Timbalan Pengarah - jabatan Belia & Sukan Pahang) ..."Kesukarelaan"

En muthusamy Suppiah...ikut serta ceramah-ceramah disampaikan.

Rehat / Makan tengahari...

Rehar / Makan tengahari....

Perbincangan / penulisan hasil bengkel kumpulan..."Aktiviti/Program KRCC"

Perbincangan / penulisan hasil bengkel kumpulan..."Aktiviti/Program KRCC"

Perbincangan / penulisan hasil bengkel kumpulan..."Aktiviti/Program KRCC"

Pembentang Hasil bengkel.....oleh wakil peserta.

Pembentang Hasil bengkel.....oleh wakil peserta.

En Amran & Cik Wati ..sukarelawan PSK ..fasilitator bengkel