Tuesday, March 16, 2010

GAMBAR SEMINAR KEBANGSAAN 16.03.2010






SEMINAR KEBANGSAAN (STAKEHOLDERS CONSULTATIVE SEMINAR) PROGRAM PENCEGAHAN PENCEMARAN DAN PENINGKATAN KUALITI AIR

SEMINAR KEBANGSAAN
STAKEHOLDERS CONSULTATIVE SEMINAR)
PROGRAM PENCEGAHAN PENCEMARAN
DAN PENINGKATAN KUALITI AIR
SUNGAI KUANTAN, PAHANG.

Tarikh: 16 – 17 MAC 2010 (Selasa & Rabu)
Tempat: Hotel M.S Garden, Kuantan.

Perasmian Seminar disempurnakan oleh YBhg Dato’ Hon Khai Mun, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Negeri Pahang.

Bendahari PSK berkesempatan hadir mewakili PSK atas jemputan mengikuti ketiga-tiga pembentangan kertas kerja tapi terpaksa meninggalkan majlis selepas makan tengah hari atas komitmen lain. Dukacita tidak dapat bersama pada sesi petang 16 MAC 2010 dan hari terakhir 17 MAC 2010. Melalui Pn Hjh Rohani mewakili SUSDEN, PSK akan berkongsi maklumat selanjutnya.

Kertas 1:
“Overview of Sg. Kuantan Catchment conditions and its Water Pollution Problems”
Oleh: Dr Abdul Rani Abdullah Baginda (MERC)

Kertas 2:
“Biological Assessment of Sg. Kuantan Catchment”
Oleh: Mr. Gopinath Nagaraj

Kertas 3:
“Sg. Kuantan – Proposed Strategy and Action Plans for Water Quality Improvement”
Oleh: Dr Abdul Rani Abdullah Baginda (MERC)

Melalui ketiga-tiga pembentang kertas tersebut, para peserta telah diberikan gambaran jelas tentang Sungai Kuantan , masalah pencemaran air, penilaian biological serta saranan strategi dan plan tindakan dalam penambahbaikan kualiti air.

Penyertaan para peserta yang menyeluruh membabitkan jabatan & badan kerajaan berkaitan dan NGO adalah diharapkan akan diikuti dengan tindakan susulan mengikut keupayaan dan bidang kuasa diperuntukan oleh perundangan dan peraturan sediada.

Pihak Jabatan Alam Sekitar Malaysia dan MERC telah membuat langkah yang tepat atas penganjuran seminar tersebut dengan ‘mengetuk’ minda para peserta akan perkara PERLU & TIDAK PERLU dalam merealisasikan capaian terbaik hasrat kualiti kesejahteraan penduduk dan habitat sewajarnya.

Mudah-mudahan Sg. Kuantan tidak berubah menjadi seperti beberapa batang sungai di sebelah pantai barat semenanjung Malaysia yang tahap pencemarannya melampaui kemampuan sungai-sungai tersebut menanggungnya.


Catatan:
Bendahari PSK
Tarikh: 16.03.2010

Wednesday, March 10, 2010

TERIMA KASIH YAB MB PAHANG !

YDP bersama Ahli Jawatankuasa PSK dan seluruh ahli merakamkan setinggi penghargaan kepada YAB Menteri Besar Pahang atas keprihatinan tentang kepentingan dan peranan NGO dalam masyarakat.

Insyaallah sumbangan kewangan yang baru diterima akan dimanfaatkan sebaik-baiknya seperti sumbangan2 YAB terdahulu dengan aktiviti berkaitan dengan kegiatan PSK dalam merealisasikan pembentukannya yang dianggotai oleh berbilang kaum terdiri daripada warga Kuantan ini.

Sumbangan yang diterima dari YAB tersebut dapat meringankan dan melicinkan urusan berkaitan aktiviti PSK sepanjang tahun dan hendaknya berterusan pada tahun-tahun akan datang.

Terima kasih YAB MB Pahang.


Catatan: Bendahari PSK
Tarikh: 10 MAC 2010 (RABU)

Saturday, February 27, 2010

SESI RUNDINGAN UMUM - 14 MAC 2010

JEMPUTAN KE SESI RUNDINGAN UMUM KEBANGSAAN
BAGI LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2007 DAN 2008


Tarikh : 14 MAC 2010 ( Ahad )
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tempat : Hotel Grand Continental,
Kuantan, Pahang
Pendaftaran
Peserta : 8.00 pagi – 9.15 pagi


PSK amat berbesar hati menerima jemputan untuk menghantar LIMA (5) orang peserta mewakili PSK pada ketetapan tersebut di atas.

Pengesahan penyertaan telah dimaklumkan kepada ERA Consumer Malaysia melalui kiriman faksimili pada 27 FEBRUARI 2010.

PSK telah menyenaraikan LIMA (5) orang peserta seperti berikut:

1. Encik Muhamad Nor Ismail - Yang DiPertua
2. Tuan Haji Ismail bin Nihat - Naib Yang DiPertua
3. YM Tengku Asidah bt Tengku Kadir - Penolong Setiausaha
4. Pn Wong Choo Ching - Ahli Jawatankuasa
5. Pn Sushila A/P Sivapragasam - Ahli Jawatankuasa

Kehadiran penyertaan adalah percuma dalam mendedahkan kegiatan SUHAKAM kepada umum dengan judul “Hak Sivil & Politik dan Hak Ekonomi, Sosial & Kebudayaan”.

Dato’ Siva Subramaniam selaku Pesuruhjaya SUHAKAM akan hadir untuk maklumbalas SUHAKAM.

Penganjuran RUNDINGAN UMUM tersebut adalah penganjuran ERA Consumer Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Pengguna Pahang dan disokong oleh Kedutaan Finland.

Terima kasih kepada Datuk Marimuthu Nadason, Presiden ERA Consumer Malaysia yang sudi menjemput PSK menyertai RUNDINGAN UMUM pada ketetapan dinyatakan.


Catatan: Bendahari PSK – 28.02.2010

Wednesday, November 18, 2009

SIJIL PENGHARGAAN & SIJIL PENYERTAAN

Salam Sejahtera !

PSK memberikan Sijil Penghargaan & Sijil Penyertaan kepada semua sekolah / institusi pendidikan dan para peserta yang menjayakan Pertandingan Sajak dan Fotografi Alam Semulajadi Sempena MASM Peringkat Negeri Pahang 2009 mulai 13 OGOS 2009 hingga 30 SEPTEMBER 2009.

** SIJIL PENGHARGAAN:

Diberikan kepada Pengetua Sembilanbelas (19) buah sekolah / institusi pendidikan seluruh negeri Pahang yang mengizinkan dan menggalakkan penyertaan pelajar di bawah tadbiran mereka atas kepercayaan kepada PSK selaku URUSETIA PERTANDINGAN.

** SIJIL PENYERTAAN:

Diberikan kepada seratus tujuh orang pelajar mewakili sembilanbelas buah sekolah / institusi pendidikan seluruh negeri Pahang yang telah mengambil inisiatif menyertai kedua-dua kategori iaitu SAJAK & FOTOGRAFI dalam dua kumpulan:

(a) Kumpulan A: Pelajar Tingkatan 1 hingga 3.
(b) Kumpulan B: Pelajar Tingkatan 4 hingga 5.


Pengalaman sendiri dialami para peserta dan maklumat berkaitan yang diperolehi dalam proses menyediakan diri untuk penyertaan pertandingan SAJAK & FOTOGRAFI tersebut adalah hadiah yang amat berharga buat semua peserta. Jadikanlah sijil yang diberikan sebagai hadiah untuk diabadikan dalam sejarah laluan hidup para peserta.

Terima kasih kepada semua pengetua dan pelajar serta para guru yang turut menyumbang masa dan tenaga membimbing peserta sekolah / institusi pendidikan masing-masing.

Terima kasih kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang atas kepercayaan diberikan pada PSK mengendalikan pertandingan SAJAK & FOTOGRAFI hingga selesai.

Syabas dan terima kasih kepada semua pihak menjayakan pertandingan SAJAK & FOTOGRAFI menjadi kenyataan. Mohon maaf andai kata terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan

Semua SIJIL PENGHARGAAN & SIJIL PENYERTAAN telah dihantar kepada Pengetua dan para peserta melalui kiriman pos pada 17 NOVEMBER 2009 lepas dialamatkan kepada sekolah / institusi pendidikan berkenaan.

Catatan:
Bendahari PSK
Mewakili PSK & URUSETIA PERTANDINGAN
Tarikh: 18 NOVEMBER 2009.

Thursday, November 5, 2009

SAMBUTAN MASM 2009 PERINGKAT NEGERI PAHANG


...BACKDROPS MAJLIS....

..BACAAN IKRAR PETUGAS JAS PAHANG....

..PERSEMBAHAN PENTOMEN..SMK. PANDAN, KUANTAN...

..PERSEMBAHAN PENTOMEN...SMK.PANDAN, KUANTAN...

...PERSEMBAHAN PENTOMEN...SMK.PANDAN, KUANTAN...

...UCAPAN ALUAN OLEH PENGARAH (BARU) JAS PAHANG...

...PERASMIAN OLEH YB DATO' HOH KHAI MUN,DIMP...Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar Dan Kesihatan Negeri Pahang

...SMK Dato' Shahbandar Hussain, Raub memenangi sebahagian besar Pertandingan Sajak & Fotografi ...Diwakili guru untuk menerima hadiah disampaikan oleh YB Dato Hoh Khai Mun

...Peserta SMK Teluk Chempedak, Kuantan menerima hadiah

...PENUTUP....CENDERAHATI KEPADA TOKOH PERASMI..Disampaikan oleh Pengarah JAS Pahang
"Majlis Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)2009"
Anjuran : Jabatan Alam Sekitar Pahang
Dengan Kerjasama: Persatuan Sejahtera Kuantan (PSK)

Di Dewan Utama, Wisma Belia, Bandar Indera mahkota, Kuantan
Pada 05 November 2009.
MAKLUMAT PENYERTAAN & HADIAH
PERTANDINGAN SAJAK DAN FOTOGRAFI ALAM SEMULAJADI
SEKOLAH MENENGAH NEGERI PAHANG
SEMPENA MASM PERINGKAT NEGERI PAHANG 2009
ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN SEJAHTERA (PSK)
…………………………………………………………………………

A. SENARAI NAMA SEKOLAH (Susunan bilangan penyertaan)

01. SMK. Dato’ Shahbandar Hussain,
27600 Raub – (27)
02. SMK. Clifford,
27200 Kuala Lipis – (24)
03. SMK. Datuk Bahaman,
28500 Lanchang – (9)
04. SMK. Perantau Damai,
26700 Muadzam Shah – (8)
05. SM Teknik Sultan Hj Ahmad Shah,
27200 Kuala Lipis – (6)
06. SMK. TPP. Tengku Muhamad,
25200 Kuantan – (5)
07. MRSM Bentong,
KM 63, Lebuhraya KL-Karak,
28700 Bentong – (5)
08. SMK. Seri Jengka,
26500 Maran – (4)
09. SMK. Bandar Tun Razak,
26900 Bandar Tun Razak – (4)
10. SMK. Teluk Chempedak,
25250 Kuantan – (2)
11. SMK. Abdul Rahman Talib,
25250 Kuantan - (2)
12. SMK. Temerloh Jaya,
28000 Temerloh – (2)
13. SMK. Lanchang,
28500 Lanchang – (2)
14. SMK. Jerantut,
27000 Jerantut – (2)
15. SMK. Seri Bentong,
28600 Karak – ( 1 )
16. SMK. Sultanah Hajjah Kalsom,
25150 Kuantan- (1)
17. SMK. Chanis,
26700 Muadzam Shah-(1)
18. SMK. Temerloh,
28000 Temerloh -(1)
19. SMK. Pelabuhan,
26100 Kuantan – (1)

B. SENARAI NAMA SEKOLAH & MURID PENERIMA HADIAH

( i ) SAJAK – Kumpulan A (Tingkatan 1 – 3)
(a) SMK. Seri Bentong, 28600 Karak
Pelajar: NUR HANNA FARAHIN BT. MOHD ADZHAA
Judul: ADAKAH MUNGKIN (Pertama)
(b) SMK. Pelabuhan, 26100 Kuantan
Pelajar: MOHAMMAD SYAFIQ BIN RAZALI
Judul: DI PERSIMPANGAN ITU… (Kedua)
(c) SMK. Temerloh, 28000 Temerloh
Pelajar: SITI AISYAH BINTI MOHD RODZI
Judul: KHAZANAH BUMI (Ketiga)
(d) SMK. Perantau Damai, 26700 Muadzam Shah
Pelajar: NUR NAJWA FARHANA BINTI SAHADAN
Judul: KEINDAHAN PANTAI (Keempat)
(e) SMK. Datuk Bahaman, 28500 Lanchang
Pelajar: NURRUL SYUHADA BINTI BAKHTIAR
Judul: CINTA AKAN ALAM SEKITAR (Kelima)
Pelajar: AFIQAH AIMAN BINTI KAMARUDIN
Judul: GENERASI HIJAU (Keenam)

(ii) SAJAK – Kumpulan B (Tingkatan 4 – 5)
(a) SMK. Bandar Tun Razak, 26900 Bandar Tun Razak
Pelajar: NUR HIDAYAH BINTI MOHAMAD
Judul: SUARA KEDAMAIAN (Pertama)
(b) SMK. Dato’ Shahbandar Husain, 27600 Raub
Pelajar: ROS FARAHANA BT JASMI
Judul: NESTAPA TAMAN RIMBA (Kedua)
Pelajar: MOHAMAD SHAHRUL NIZAM BIN JAMALUDDIN
Judul: ALAMKU (Keenam)
(c)SMK. Abdul Rahman Talib, 25250 Kuantan
Pelajar: MUHAMMAD AFIQ BIN QTWAMUDDIN
Judul: GEMERSIK SENANDUNG ALAM (Ketiga)
(d)SMK. TPP Tengku Muhamad, 25200 Kuantan
Pelajar: NUR NAJWA FARHANA BINTI SAHADAN
Judul: KUALA SETIAP SISA (Keempat)
(e)MRSM Bentong, 28700 Bentong
Pelajar: MOHD LUQMAN BIN AB AZIZ
Judul: CERITA ALAM – PERMATA HILANG SINAR (Kelima)

( iii ) FOTOGRAFI – Kumpulan A (Tingkatan 1 – 3)
(a) SMK. Dato’ Shahbandar Husain, 27600 Raub
Pelajar: NURULHUDA BT KAMARUL ARIFFIN
Judul: DUGAAN ALAM RIMBA (Pertama)
Kamera: KODAK – Digital
Pelajar: NUR MUNIRAH SYAHIRAH BT MOHD ANUAR
Judul: MELASTARIKAN ALAM (Keempat)
Kamera: NIKON COOL PIX 5700
Pelajar: SITI NURSUMANYAH BT KAMARUDDIN
Judul: PERMAIDANI SAMUDRA (Kelima)
Kamera: KODAK – Digital
Pelajar: SITI AISHAH BINTI RABIN
Judul: LIKU-LIKU MALAR HIJAU (Keenam)
Kamera: KODAK – Digital
(b) SMK. Teluk Chempedak, 25250 Kuantan
Pelajar: LEO KAI XIAN
Judul: THE FALLEN MEMORY OF A LONELY LEAF (Kedua)
Kamera: KODAK – CX7300
Pelajar: KUHEN A/L GANESAN
Judul: HEAVEN ON EARTH (Ketiga)
Kamera: PANASONIC LUMIX

( iv ) FOTOGRAFI – Kumpulan B (Tingkatan 4 – 5)
(a) SMK. Dato’ Shahbandar Husain, 27600 Raub
Pelajar: SITI NUR AIN BIN MOHD NASIR
Judul: ALIRAN PERMATA ALAM (Pertama)
Kamera: KODAK – Digital
Pelajar: SITI NUR AIN BIN MOHD NASIR
Judul: PERWARIS ALAM (Kedua)
Kamera: KODAK – Digital
Pelajar: MOHAMAD TAUFIQ BIN SAGIMIN
Judul: KEINDAHAN FLORA (Ketiga)
Pelajar: TENGKU HAFIZI BIN TENGKU HAMDAN
Judul: INDAHNYA HIASAN ALAM (Keempat)
Kamera: KODAK – Digital
Pelajar: ROSHINI DEVI A/P CHELLAM
Judul: KEHIJAUAN, KETENANGAN, KEDAMAIAN (Kelima)
Kamera: KODAK – Digital
Pelajar: MUHAMAD IZZUDDIN BIN AHMAD MURAD
Judul: HARGAI CIPTAAN TUHAN (Keenam)
Kamera: CANON EZ SHOT 560Z


CATATAN:
(A) KEPUTUSAN RASMI OLEH PANEL HAKIM ADALAH DALAM SIMPANAN JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PAHANG SEBAGAI RUJUKAN RASMI- MOHON MAAF JIKA KESILAPAN SUSUNAN PENERIMA HADIAH
(B) SEMUA HADIAH KEPADA PEMENANG TELAH DISAMPAIKAN DALAM MAJLIS PELANCARAN RASMI MSM PAHANG 2009 PADA 05.11.2009
DI DEWAN UTAMA , WISMA BELIA, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN.

DICATAT OLEH:
Bendahari PSK
Wakili URUSETIA PERTANDINGAN
SAJAK & FOTOGRAFI MASM PAHANG 2009

Tarikh: 07.11.09

Tuesday, October 27, 2009

SELAMAT DATANG KE KUANTAN

Makluman kepada sekolah menengah / institusi pendidikan dan pelajar berkenaan yang menyertai pertandingan SAJAK dan FOTOGRAFI sempena MASM Peringkat negeri Pahang 2009.

INSYAALLAH jika tiada halangan, Majlis Pelancaran Rasmi MASM Peringkat Negeri Pahang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh :
05 NOVEMBER 2009 ( Khamis )

Tempat :
Dewan Utama
Wisma Belia
Indera Mahkota
Kuantan
(Berhampiran Kolej SHAHPUTRA)

Tokoh Perasmi:
YB Dato’ Hoh Khai Mun , Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Negeri pahang.

Pihak sekolah / institusi pendidikan berkenaan akan dihubungi untuk tujuan majlis tersebut dan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Sedikit pindaan dibuat kepada bilangan penerima dan nilai tunai kepada semua pemenang termasuk saguhati kerana setiap penerima hadiah dihadiahkan juga berupa barangan iringan.

Semua pihak yang berkenaan akan dihubungi oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.

Tahniah dan terima kasih kepada para Panel Hakim yang selesai menyempurnakan penilaian untuk menentukan kedudukan para pemenang dalam masa ditentukan.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak melaksanakan Pertandingan SAJAK dan FOTOGRAFI bertemakan “ Alam Semulajadi Untuk Masa Hadapan”

Catatan:
Urusetia Pertandingan Sajak & Fotografi Alam Semulajadi 2009.

Tarikh: 28 Oktober 2009.